CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

26 July 2013

Pakaian anti rogol

Sekumpulan mahasiswa di Universiti Memorial Sri Ramaswamy telah mencipta sehelai pakaian dalam antirogol berteknologi tinggi di India kelmarin.
Walaupun undang-undang telah digubal bagi melindungi wanita daripada kejadian rogol, namun ia ternyata tidak mencukupi.
Justeru, tiga pelajar jurutera yang terdiri daripada Manisha Mohan, Rimpi Tripathi dan Neeladri Basu Pal telah mencipta sehelai pakaian antirogol atau Society Harnessing Equipment (SHE).
“Pakaian dalam ini dilengkapi modul sistem kedudukan global (GPS), sistem global bagi komunikasi mudah alih (GSM) dan pengesan tekanan.

“Pengesan tekanan itu mampu menghantar gelombang kejutan elektrik 3,800 kilowatt, selain isyarat amaran kepada ibu bapa wanita serta pihak polis,” kata Mohan dalam satu temu ramah.
Jika ada penjenayah yang cuba mencabul seorang gadis, penjenayah tersebut akan terkena kejutan elektrik sebaik sahaja pengesan tekanan diaktifkan.
Sementara itu, sistem GPS dan GSM pula akan menghantar satu sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor kecemasan dan ibu bapa wanita berkenaan.
Pakaian dalam antirogol ini telah dicalonkan untuk Anugerah Inovasi Teknologi Muda Gandhian 2013. Ia akan dipasarkan tidak lama lagi.


anti rogol

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna