CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

31 August 2009

Berpuasa kat Kampung
Dah lama betul tak hapdet blog amna nie...sebenarnya dah satu minggu lebih amna kat kampung..so bersawang laa blognya...Amna balik kampung dengan Cik Naa n Cik Nie....mereka berdua datang ziarah Ibu Amna kat hospital...tiga hari Ibu Amna masuk Wad (nie kisah sebelum Ramadhan )....jadi sebab itu lah mereka bawa amna balik kampung...bagi Ibu rehat secukupnya...tambah2 masa tucuti sekolah.. ramai laa tukang jaga dan dukung Amna...
Tiga hari lepas...ibu balik kampung untuk mengambil Amna balik ke Putrajaya... so dapatlah ibu berpuasa di awal Ramadhan kat Kampung...selalunya dua tiga hari nak berhari raya baru sempat berpuasa kat kampung
Juadah untuk berbuka puasa yang Ibu dan Cik Naa masakkan
Pak su Lie dan Pok Wan...tengah "ready" untuk berbuka

Pak Cik Pie...tukang buat air

Amna di atas ribaan Cik Naa ...masa waktu berbuka

Skg Amna dah pandai duduk atas walker...thanks buat Tok Bat sebab "hadiahkan" Amna walker
Bergambar dengan cik naa

video

Amna dan walkernya he he

22 August 2009

AHLAN YA RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah dan kepadaMu Ya Allah kami meminta pertolongan..

Bulan Ramadhan telah tiba. Ramadhan yang menjadi saat yang ditunggu2 pada setiap tahun.Ya Allah,Engkau janjikan pada bulan ini rahmat dan keampunan..

Ya Allah,segala puji bagiMu Ya Allah..
Engkau masih memanjangkan umur kami hingga ke saat ini biarpun diri ini sering alpa akan perintahMu.Maha Suci Allah dengan Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang,yang mengizinkan diri kami yang kerdil ini menyelusuri hari2,menanti dengan penuh debar bulan Ramadhan

Ya Allah,kami memohon keampunanMu.Ampunilah segala dosa,kesalahan dan kekhilafan diri kami selama bertahun2 permusafiran kehidupan kami di dunia ini.Kami kembali kepadaMu Ya Allah..Terimalah kami..Terimalah kami sebagai hamba yang sentiasa mencintai dan merinduiMu saban waktu..

Ya Allah..dengan rahmat dan kasih-sayangMu..Lembutkanlah hati kami Ya Allah..Lembutkanlah hati kami untuk mendengar segala nasihat dan pengajaran.Lembutkanlah hati kami untuk sentiasa insaf tatkala membaca Al-Quran.Lembutkanlah hati kami agar sentiasa rindu untuk melaksanakan ketaatan padaMu Rabbi..
Ya Allah,sekian lama Engkau pinjamkan nyawa ini,sudah berapa banyak kesalahan yang kami lakukan kepadaMu Ya Allah..Sudah banyak fasa Ramadhan yang pernah kami lalui,namun kami sering gagal mengemudi hati yang kerdil ini Ya Allah..Ya Allah..kami lemah,kami tak mampu untuk berhadapan dengan azabMu yang begitu pedih...

Ya Allah..
Sungguh kami rindu untuk bertemu Ramadhan.Tidak sabar rasanya untuk menempuh hari dan detik yang penuh barakah itu Ya Allah..Ya Allah,ku merenung hari2 yang berlalu.. Betapa di bulan Ramadhan ini berlakunya "Badar Kubro". Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam yang bersatu mengikat janji mencintaiMu hingga ke akhir hayat. Allahu Rabbi..mereka tegar,kuat dan tabah melaksana perintah menuju ke medan jihad biarpun sedang berpuasa. Lapar dan dahaga yang mereka rasai sama seperti umat di zaman ini,namun mereka mampu bangkit dan gagah bertempur di medan jihad.Inilah Ramadhan..Madrasah iman,menjana keimanan umat manusia agar kembali bangkit melawan nafsu yang beraja.Kuingin menjadi seperti para sahabat terdahulu,tangkas dan gagah persis singa garang di siang hari,manakala malamnya tersungkur sujud dengan penuh tawadhuk di hadapanMu Rabbi.. Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran..

Tanpanya manusia buta,tiada petunjuk dan pedoman..Ayat Al-Quran yang kutatap pada hari ini adalah ayat yang sama diturunkan kepada junjungan tercinta,Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'..Ayat yang bisa meruntun hati2 yang rindu dan teruja untuk mengetahui isi kandungannya..

Subhanallah..betapa hebatnya bulan ini..
ibarat kita tertunggu2 untuk melaungkan kalimah 'Merdeka' pada 31 Ogos kerana itulah mercu tanda kebebasan negara kita dari genggaman penjajah.Begitulah juga sepatutnya kita meraikan kehadiran Ramadhan..yang di dalamnya terkandung peristiwa yang besar bagi umat manusia dan seisinya..Al-Quran yang Allah janjikan tidak akan mampu diselewengkan ayat2nya hingga akhirat..Semakin dibaca dan direnung tidak akan terbit jemu di hati..MashaAllah..

Ya Allah.. Terimalah taubat dan doa2 kami Ya Allah..Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kami..amin..

16 August 2009

Semalam 14/08/09 Cik Naa dan Cik Nie datang ke Putrajaya ziarah Amna...macam biasa Cik Naa dtg dari Kelantan dan Cik Nie pula dari Pulau Pinang..Oleh Kerana skg nie H1N1 sedang bermaharajalela...So...pada hari sabtu (semalam)...Amna tak dapat ikut serta XTVT Ibu, Cik naa dan Cik nie ronda2 cari sesuatu kat Jalan TAR KL..Amna hanya duduk kat rumah jea dengan Ayahanda..boring jugak.....tapi nak buat camana...kesihatan diri perlu di utamakan...betulkan?
Pagi tadi (16/08/09)Cik Naa dan Cik nie dah pun nak bertolak balik,
Amna ikut serta hantar Cik Naa dan Cik Nie kat Airport...depa berdua balik ke kelantan naik flight pukul 11.00 pagi...kami bertolak ke LCCT jam 9.00 pagi...sajer pergi awal ckit...dapat laa snap gambar2 dan bersarapan kat sana dulu.. Kami semua pakai mask masa kat saner...Amna plak paling spoting...dari awal hingga akhir..he he..still dengan masknya

Masa dalam perjalanan ke LCCT

Apa2pun bergambar dahulu..masa nie mula2 sampai

Di dalam kedai The Zon Emporium

Ibu tengah Order sarapan di MB (MarryBrown)

Sempat lagi bergambar sebelum makan

Ibu yang sentiasa Cool

Amna tengah makan apa tuu

"Bila waiter/es nak hantaq bubuq ayam pula nie"

video

Amna yang sentiasa "berselera
"
Bergambar dengan cik naa & cik nie...sebelum berlepas...
Gaya seorang kanak2 genius

10 August 2009

Hari ini Ibu bawa Amna ke Pesta Floria Purtajaya 2009....baru skg ada kesempatan untuk ke sana, walaupun jarak pesta dengan rumah Amna tak sampai 10minit ...hari ini adalah last day setelah 9 hari "berpesta" so,oleh kerana hari last...banyak juga bunga2 yang dah mulai layu...pada hari ini cuaca amat panas ..jadi tak dapatlah nak snap gambar Amna manyak2...ibu hanya ronda2 pameran yang dalam khemah jea...
Welcom to Pesta Floria Putrajaya 2009

Kreatif betul...."Tapir" di ukir menggunakan biji kuaci

wah! Amna cukup ceria sekali

Amna tengah lihat apa tu...?

Amna da Ibu di celah2 para pengunjung
Sempat lagi bergambar....dalam cuaca panas

Ibu tengah memilih baju buat Amna.....baju raya ker

05 August 2009

Petang tadi 05/08/09 lepas ambil Amna kat Taska,Amna & Ibu tgk box,....selalunya ada surat-surat untuk ibu seperti bil air,bil letrik dan bil Astro kadang2 ada juga bil celcom brodband untuk ayahanda..tapi hari nie lain plak...ada sampul surat warna coklat, (urusan seri paduka Baginda)yang di tuju khusus buat Amna Faqiha...surat apa yea...untuk tahu surat dari siapa sila layan gambar di bawah...
Terkezuutt Amna dapat adiah dr auntie Ena & family (http://qaisya.blogspot.com/) ..apa2 pun terima kasih ya.." terima kasih daun keladi, menang contest dpt adiah lagi"..hehehe

Amna teruja nak tahu apa adiahnya...

Amna sangat sookaa dgn prezenn ini..thanks U berry2 muchhhhhh....

====================================================================

Nie koleksi gambar-gambar Amna masa balik kampung arie tuu

Amna tengah drive untuk ke rumah Tok Nek

oppps tunggu jap....belum bersedia lagi nie

ok skg dah ready

bergambar dengan Tok Bat

Pic terbaru Amna

01 August 2009

Khamis (30/7/09) Amna pulang ke kampung lagi....Macam biasa,balik dari kerja ibu terus ambil Amna kat Taska, lepas tu bersiap apa yang patut..terus ke LCCT.Amna naik flight pukul 9.30 malam.. kali ini Amna balik kampung cuma 3 hari jea.. tujuan Amna balik kampung ialah untuk meraikan kenduri perkahwinan sepupu amna.(sebelah ayahanda) Sebenarnya...semua saudara mara sebelah ayahanda tak tahu yang Amna akan balik kg..sajer nak buat kejuatan pada diorang..Sampai kat airport Key Bee jam 11.00 malam.Cik Naa ambil kat Aiport dan bermalam di rumah Tok Bat( atuk sebelah Ibu) Pagi2 lagi Cik Naa pi hantaq ke tempat kenduridi kampung ayahanda Amna...Thanks Cik Naa...
Masa mula sampai kat LCCT
Sempat lagi try spek mata kat kedai The zone di LCCT
Ruang menunggu untk berlepas
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Bergotong royong memotong daging..

Kaum wanita pula sedang memotong sayur-sayuran

Ayahanda Amna sedang "mengacau" gulai daging

Salah satu periuk gulai daging yang sudah siap dimasak

Tetamu jemputan dah start nak menjamu selera

Tetamu kaum Hawa sedang menjamu selera

Nie jea gambar Amna yang sempat di ambil,Amna selalu "menghilangkan diri" ..di dukung oleh saudara mara..

Lauk pauk untuk pengantin

Pengantin sedang "makan beradab"

Sepupu Amna sedang bergambar dengan pengantin (yg berbaju koko tu
kakak pengantin)

Nie gambar masa bersanding ketika kenduri di sebelah pihak perempuan...(untuk pengetahuan semua...he he..sepupuAmna nie namanya Wan Mohd Adam..umurnya baru 19thn...kedua2 mempelai ni masih lagi belajar kat politeknik ...apa2pun Amna doakan...semoga mereka berdua berbahagia hingga ke Anak cucu ...untuk Abg Adam, Amna harap dah bersedia untuk memikul amanah yg besar ini...pandai2 laa bawak diri ya he he )

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna