CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

31 July 2011

Makan- Makan

Cik Naa, Cik Nie dan Mertua Cik Naa datang rumah Amna tengahari tadi....Ibu Amna buat makan-makan sempena kunjugan mereka di samping sempena ketibaan Ramadhan Al Mubaarak

Kerabu Terung,Sayur goreng,Budu n Ikan Tawar,Goreng Lala, Ikan Terubuk Serawak Goreng Bercili, Ikan Selayang goreng, Ulam-Ulaman , Gulai Lemak Batang keladi + Udang, Kerutuk Kambing
Pengat Pisang + Ubi Keledek
Jom makan Buah

30 July 2011

AHLAN YA RAMADHAN

video
Elakkan Pembaziran dan Kegelojohan di bulan Ramadan
Lusa....Ramadan akan menjelma dan umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malamnya dengan ibadat terawih di masjid-masjid dan surau-surau.
Ramadan adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi Allah.
Sepanjang Ramadan umat Islam digalakkan memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah daripada melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai daripada kita yang memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli pelbagai juadah makanan dan  minuman yang begitu banyak dijual di pasar dan bazar Ramadan  Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep Ramadan itu sendiri.  Adakah umat Islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al  A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah , dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”

29 July 2011

Mak Masuk Wad

Gambar tok mak amna era 90-an
Bulan lepas tok mak masuk wad..masuk untuk dapatkan rawatan dan berehat hampir dua minggu juga berada di HUSM, tok bat, cik nie, p.c. Wan bergilir2 menjaga tok mak, ibu sempat beberap hari sahaja.
Semoga tok mak sihat walafiat, kami bersyukur kerana masih dapat memanggil 'mak' dan mendengar suara walaupun mak tak sihat hampir 12 tahun..iya memang bersyukur sangat dapat tengok depan mata...biarpun kami merindui belaian, dakapan, kasih sayang seorang ibu, kami masih beruntung dari mereka yg sudah kehilangan orang tersayang...kami cemburu bila terdengar "mak saya yg masak", mak saya yg buatkan", mak saya itu, mak saya ini..tapi tak mengapa kami masihhhhh dapat menatap mak, melihat mata mak mengerdip, melihat mak makan dan minum, mak masih kenal kami walaupun kadang2 terlupa nama cucu, mak ingat tp sebut nama cucu saudara...semua itu ada HIKMAHnya, kami pasrah dan redha dgn ketentuan Ilahi. Apa jua kami sekeluarga tetap SAYANG mAk...

28 July 2011

~Kempen Kibar Jalur Gemilang~

 Berejam menunggu kannnn...tgk sekejapan jerr kannnnn so, malas nak komen tgk jerlah gambor2 nya
 
Yg terakhir turun dan last naik train..tp sempat lagi dok dpn kiteorg & cakap "nak bergambar k" suh kite amik gambar ngan dia...ooiiiii ni org gomen gak cuma kami d  'haramkan' pakai pas..cuba buat kat org biasa nnti apa yg diaorg fikirkan..gediks..bukan apa, da la last nk main2 plak..sib baik nmpak semua da lam train baru cepat2..aduyaaaaa..




~Group Kibar Bendera JPM~

      Kami sampai awal..apa kata posing dulu
Group yg trpilih blh 2run tunggu menteri2 kat bawah..hahhahampehh trpilih la sgt kannnnn..
 posing ckittt sbl PM turun






Kawan-kawan selamat mengibarkan bendera sempena bulan kemerdekaan yg k 54, tahun ini meriah sebab merdeka bersama raya..k raya bersama merdeka ..apa-apa aja laa

27 July 2011

Tipuware opss Tupperware

 Bukan nak masuk peraduan tipuware tupperware yea..nak abadikan sebahagian koleksi yg tak berapa nak hado..
 Tupperware yg di guna dan ada sesetengah kat tempat lain..
Menjadi idaman setiap surirumah..termasuklah i..Alhamdulillah tercapai memilikinya!

26 July 2011

~LITTLE WHITE CAFE, BANGI~

Dah tak tau nak berjimba kat mana kann kat putrajaya ni..so ni citer 2 minggu lepas punye...kami k Bangi
Group berjimba opis..dr kiri cik anis..sebelah tu pn iqa he2 baru kawin nk masuk 2 bulan
ni pn ilya yea..merangkap ketua rombongan cik kiah
antara menu kami, spagheti meat ball iqa dan sandwich liya
ni beef salad i punya pesanan
Lasagna Vege anis punye
tengok licinnn
siap ada lilin bagai
emmm..totalnya

Sarapan Pagi Selasa

Anda semua sudah sarapan?...Hari ini mood nak buat sarapan tetiba datang, pagi2 goreng keropok lekor, masak sup cendawan dan garlic bread beli punye...
Sarapan saja? Minum..ini jus beli semalam dekat jalan TAR, kedai yg jual barang2 dr Arab, 4 botol 10 henggit, ada buah2an campuran, orange plus carrot, mangga (da minum ms berbuka semalam) dan epal..minum jus yea pagi ni...

~~My Room~~

 Bilik anak dara ibu nan seorang setakat ni..tengok bukan main rajin dok study yea..blajar rajin2 tau..ibu dan ayah doakan smoga Amna Faqiha menjadi anak solehah berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah..
 Pagi2 di hari minggu bangun mcm nak pi taska, dah tak tidur kecuali ngantuk sangat baru tidur dalam jam 12 tgh, pastu ajak ibu temankan dia nak study kalo tak layan laptop dengan ayahandanya
tak ada kena mengena dgn tajuk cuma ada sekali dlm bilik hehehe

25 July 2011

~TRIFLE~

 Projek masak-memasak Trifle yg tertangguh2 nak membuatnya, hari sabtu slp beli bahan2 kat Car4 trus bikin..bukan syusyaahhh punnn tp sebab jealous dgn C.Nie yg terdahulu mmbuatnya maka terus datang mood..Bahan2nya: Tepung Kastard, Buah dlm tin, Jeli, Susu Cair, Kek Gulung, Badam (ikut suka) dan Yogurt (ganti Whiped Cream)..
 Sebab silau mata kot tgk kandungan kek mcm 16 biji rupanya 6 shj, nasib baik ada bluberry pie amna so, belasah sajork
 Campuran susu cair dan kastard..tuang atas kek tadi
 Buah2an Cocktail td di tabur atas kastard
 Tuang Jeli ke atas bahan2 tadi, jeli ikut sukatan d kotak
 Guna yogurt plain menggantikan cream whipe..sedap jg smua rasa ada dlm trifle ni
 Hiasan ini ikut suka suki kalo tak nak letak pon tak apa..ada jg yg letak buah strawberry @ pic
Pandangan sisi ..emmm marbeles kannnn..opss jgn lupa letak lam kulkas peti sejuk yea dlm 2-3 jam

24 July 2011

~~MeNu Hari Ahad ~~

Pagi tadi pergi ke pasar cari stok lauk pauk beli ikan, ayam, ketam, sayur2, ternampak ketam dah lama dok tinjau ni baru ada, apa lagi masuk periuk gulai lemak laa.
 Sayur goreng campur2 apa2 saja sayur boleh masuk
Ikan tuka aka ikan pari daun namanya kat car4 ..ikan tuka cicah air asam (cuka) ini menu malam tadi tp nak tumpang dok lam blog jgk..teringat kat datuk ku kalo tgk ikan ni sbb dia suka makan..insyaAllah balik raya ni nak buat & pi hantar buat berbuka
Ikan terubuk goreng dan ayam kokok goreng amna punya..kalo lauk mesti ada ayam goreng, dia panggil ayam kokok..
 
Ada makan2 mesti ada minumannya..air tembikai
Ini pemanis mulut ya konon2nya Ketupat sotong..emmm semalam tgk sotong mcm bestt jer kat car4..dah trpikir nk buat ketupat sotong..dan ayahanda pon terpikir sama..kami memang kalo bab2 makan ni trpikir slalu sama..ini sahaja buat hari ini...

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna