CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

31 October 2012

Wordless Wednesday

18 October 2012

Sebelum & selepas trim rambut anak dara

 Keadaan masa ikat..tak nak ikat ibu cakap nak jadi macam kak limah kerr..teruss nak ikat..
 kalo lepas kekdahnya cenggini la panjangya..
 Mitak izin dulu sebelum potong..potong ckit jerr..bahagian bawah & bahagian atas tak kasi masuk mata..

17 October 2012

Wordlessss kerrr... ^_^







Sustagen kembali lagi kat Alamanda

Yeay...Sustagen kembali..
Mencuba 'games' yang di sediakan..tujuan nak dapat goodies..heee
Dapat belon taww..& 3 paket susu trial pack..

Akhir sekali timbang dan ukur ketinggian..Alhamdulillah AF seimbang...berat 16kg dan tinggi 100cm..dengan  umurnya..
Dapat paket susu sahaja..dulu dapat gak hadiah lain..apa pun trima kasih kat Sustagen...

5 Minuman yang membantu mengurangkan berat badan


1-Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2- Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3-Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
4-Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.
5-Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda. Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.

11 October 2012

Island BBQ Steamboat @ Subang

 Sabtu lepas ibu jenalan 4 beranak...hubby masing2 tak ikut..so kami ke ioi Mall kat Puchong..petang sampai umah ayahanda dok zikirlah nak ke Island Steamboat nih..akibat dari tengok JJCM kekdahnya tengahari tu...so setelah menggoogle kami sepakat nak pi sebelah petang sebab di buka dari jam 6.30petang...tak reserve apa-apa kami pegi jerr..nak dijadikan citer dah sampai dekat kawasan tu tapi kami u-turn balik mencari kawasan U5 sebab berada di area U6..puas mencari rupanya tempat tu sudah dijejak sebelumnya...
 Kena reserve dahulu..tapi kami selamba jer pergi..setelah dok gebang-gebang bolehlah diterima..setelah solat Maghrib kami dok kat meja yg orang reserve kul 8...ada rezeki kami orang tu tak datang..apalagi meja tu milik kami..hahahah..gelak sakan..makan jangan dok makan..
 NOt bad lah kan ayahanda..terima kasih kerana mengbelanja kami semua..bersteamboat malam itu..
 2 sepupu nie yang tak makan sangat pun AD makanlah jugak..si AF nie makan sosej semata..ngantuklah esok nak pi school kannn..
Apa pun bergambor tetap wajib..nie dalam mood nak posing lagi..tp ibu malas nak snap ,...
boleh lah kepada sesiapa nak datang...memuaskan..makan sampai kenyang wehhh..

ISLAND BBQ STEAMBOAT

Lot 3370, Jalan Kemboja,
Seksyen U5, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
 

TEL: (+6) 012 6 8000 41

GPS : N 03  09.746′   E 101  31.765′

 

Post Politik ckit ari nie...

Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno'

LAJIM UKIN
LAJIM UKIN
DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.
Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.
Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.
Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang. 

Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.
Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.
Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku
Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.

Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?
Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.
Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.
Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.

Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.
Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.
Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.
Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.
Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?
Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.
Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.
Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon BN. Saya menjadi mangsa.
Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.

Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.
Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.
Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.
Datuk menyebut bahawa Datuk adalah calon winnable candidate, adakah Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkata sesuatu semasa Datuk mahu letak jawatan?
Perdana Menteri minta saya bersabar, tetapi saya ada alasan yang baik diberikan kepada Perdana Menteri. Saya berjumpa dengan Perdana Menteri pada 20 Disember 2011, saya letak jatawan pada 29 Julai 2012. Maknanya saya sudah bersabar untuk lapan bulan.
Maknanya laporan yang saya hantarkan kepadanya langsung tidak mendapat apa-apa tindakan. Saya juga amat malu sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dan salah seorang dipertanggungjawabkan memantau keadaan di Sabah. Laporan yang saya hantar langsung tidak diterima walaupun saya memberikan fakta. Jadi untuk apa saya tunggu lagi?
Bila agaknya masa pemimpin  Sabah yang lain dijangka keluar dari BN?
Kemungkinan besar selepas Parlimen dibubarkan dan pemimpin ini tidak dicalonkan, kerana sebahagian besar dari pemimpin ini adalah winnable candidate.
Sekiranya ada perubahan yang dibuat Umno, adakah Datuk akan kembali semula kepada parti itu?
Bagi saya sukar bagi Najib untuk mengubah Umno buat masa ini, jika beliau cuba untuk mengubah Umno, saya yakin keadaan akan menjadi lebih kecoh. Dalam keadaan PRU13 hampir sekarang, tidak akan ada perubahan besar berlaku.
Mungkin selepas PRU13 nanti barulah ada perubahan. Bagi saya, jika saya gagal dalam perjuangan saya, sekurang-kurangnya saya memberi landasan kepada rakyat untuk berfikir sama ada mereka mahu 20 peratus atau lima peratus royalti minyak? Mahu wilayah autonomi atau tidak.
Selepas PRU13, faktor yang memungkinkan Datuk kembali kepada Umno?
Dalam politik apa-apa pun boleh terjadi, saya tidak mahu meramal awal dari sekarang. Jika ekonomi negara, kita boleh ramal tetapi politik... tidak.
Bagaimana Datuk melihat politik sekarang dan masa depan politik Umno dan BN pada PRU13?
Bagi saya, untuk PRU13, agak sukar bagi BN untuk menang di Semenanjung, mereka cuma mengharapkan calon-calon di Sabah dan Sarawak boleh menang. Jika PR boleh dapat 20 Parlimen di Sabah dan 20 Parlimen di Sarawak, maka BN akan tumbang pada PRU13.
Bagaimana reaksi rakyat Sabah mengenai NGO Pakatan Perikatan Sabah yang ditubuhkan Datuk?
Setakat ini reaksi yang saya dapat cukup baik. Di luar jangkaan saya.
Apakah kelebihan PR di mata Datuk?
Dalam PR, mereka ada dasar yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, sebagai contoh mengenai royalti minyak 20 peratus. Katakan setiap tahun Sabah akan memperoleh RM6 bilion dari hasil minyak keseluruhan RM30 bilion di Sabah.
Untuk bajet negeri, RM4 bilion digunakan, maknanya dari hasil minyak sahaja Sabah ada lebihan bajet sebanyak RM2 bilion. Hasil ini tidak masuk dengan hasil negeri lain sebanyak RM4 bilion.
Maka hasil negeri dan royalti minyak ada RM10 bilion.
Dari lebihan ini, maka gaji boleh ditingkatkan dan boleh memajukan infrastruktur seluruh negeri Sabah. Selain itu, air percuma juga boleh diberikan dan pelbagai insentif lain. Dengan bajet ini, bagi saya tiga tahun sahaja, maka macam-macam perubahan yang boleh saya buat.
Adakah Datuk akan bertanding di kawasan Dun atau Parlimen?
Itu belum tentu lagi, Mungkin saya boleh bertanding di kedua-dua peringkat. Tetapi, apa yang penting, saya tidak boleh tamak kerana orang yang tamak selalu rugi.
Bagi saya yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam Kabinet Sabah, Insya-ALLAH saya boleh lakukan perubahan di negeri ini.
Adakah Datuk pernah berasa kesal kerana keluar dari Umno dan BN?
Tidak, kerana saya membuat keputusan ini sebab semangat rakyat yang berkobar-kobar. Dahulu semasa saya dalam kerajaan, ketika saya mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan, mereka yang turun hanyalah individu yang berjawatan sahaja.
Tetapi pada hari ini, apabila saya datang semula ke kawasan-kawasan itu, sokongan rakyat adalah lebih dari apa yang saya jangkakan. Dorongan ini yang membuatkan saya lebih kuat untuk berjuang.
Adakah Datuk yakin BN Sabah akan tumbang pada PRU13?
Saya yakin untuk Dun, pembangkang akan menguasai sekurang-kurangnya 35 kerusi dan sekali gus BN Sabah tumbang.
Jika PR memperoleh Sabah, adakah Datuk calon Ketua Menteri?
Belum tahu lagi. Bagi saya apa pun peranan saya tiada masalah. Bagi saya jawatan tidak penting. Apa yang paling penting adalah rakyat.
Bagi saya, saya tiada masalah dengan kepimpinan tertinggi Umno, saya cuma bermasalah dengan dasar parti. Perkara ini yang tidak boleh diterjemahkan oleh Perdana Menteri.

10 October 2012

Jika benar, tahniah buat Chong Wei dan Mew Choo!








 Foto Pra-Perkahwinan

Umum mengetahui yang pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, 29, sedang bercinta dengan pasangannya bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo.
Pada tahun 2009, hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan tetapi kembali bertaut semula setahun kemudian kerana masih lagi mempunyai rasa kasih sayang terhadap diri masing-masing.
Beberapa bulan yang lalu, Chong Wei pernah mengeluarkan kenyataan akan mengadakan persiapan dan perancangan kahwin pada tahun hadapan kerana dia tidak akan mempunyai komitmen dalam sebarang pertandingan besar.
“Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda seperti dulu,” kata Chong Wei yang dipetik dari myMetro.
Namun, dalam diam, beberapa keping gambar telah tersebar yang jelas menunjukkan persiapan perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo sedang giat dilakukakan.
Dalam satu profil di Facebook, terdapat satu status yang dimuat naik oleh individu tertentu juga amat mengejutkan.
“Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?”
Tiga hari yang lalu, melalui NTV7, Chong Wei memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.
Dikhabarkan perkahwinan mereka berdua akan diadakan di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast.
Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan dua warna sebagai tema utama iaitu merah jambu dan putih.
Antara tetamu jemputan ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.
Jadi, mungkin Chong Wei sudah melakukan rombakan tarikh perkahwinannya dari tahun hadapan ke tahun ini.
Jika benar, tahniah buat Chong Wei dan Mew Choo!







Hasil Tuaian

Inilah hasil penat lelah..penat ker?..menuai kat Nuri dapat 'cenderamata' dari pihak Bank Rakyat...ada keychain dah hilang sebab gantung kat beg sekolah..tak tahu siapalah yang mengambilnya...budak-budaklah katakan..,nanti rajin-rajinlah menabung lagi yea AF..banyak hasil akan dapat...

09 October 2012

G.S.C ..dah basi...sok lusa kuar citer ATN plak





Berdominoss again...



Oder di hujung jari sahaja... ^_^

Majlis Besday anak teman opiss..

Wonder Girl & wonder boy
Saper saya?..
Tuan rumah Mel & hubby with Rayyan Anaqi...thanks menjemput kami..

Kursus kat PiCC

Opis punya program..kerjasama dari syarikat swasta yg beroperasi di putraheight..
Tak mengantuklah kursus penyelesaian masalah ini..setiap masa ada jer kerja kumpulan yg kena di bereskan..namanya penyelesaian masalahkannnnn..
Ahli group sedang buat perbincangan..hah si Haznam mamat dr Sabah bah yg nak kecek kelate ni sompat lg menge'peace'


Fasilitator kami dgn gelaran Mr. Ram

Bahayanya kebas kaki dan tangan


Semenjak dua menjak ni asyik kebas ibu jari kaki jer...

So..  boleh baca artikel2 ni buat rujukan:

HIMPITAN yang berlaku pada dalam atau luar saraf akan memberi impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan.
KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.
Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.
Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.
Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf
“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.
Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.
Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.
“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.
Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.
“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.
Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.
Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa
Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.
“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.
Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.
Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.
“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.
Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.
“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.
Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera
Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.
“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.
Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.
Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.
“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.
Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.
Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

05 October 2012

spageti...sedapppp


Main Masak2

Kari Ketam & sayur campur2 & campak2
Ikan, udang, sotong dan cendawan celup tepung...masa makan buat mode kat tepi pantai..hehe ayahanda aman homemade..

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna