CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

23 July 2013

AYAM GORENG LEMON



BAHAN-BAHAN:
✔ 250 grm isi peha ayam
✔ 1 sudu besar parutan kulit lemon
✔ 3 ulas bawang putih
✔ 5 tangkai cili kering - dipotong
✔ 1/2 inci halia
✔ 2 sudu besar sos tiram
✔ sedikit kulit lemon dipotong memanjang
✔ sedikit daun sup atau daun ketumbar
✔ 1 biji telur ayam
✔ minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS:
✔ sedikit air - secukupnya
✔ serbuk perisa ayam - secukup rasa
✔ jus lemon secukup rasa
✔ gula secukup rasa
✔ Garam secukup rasa - bila perlu saja

CARA MASAK :
✔ Bersihkan ayam dan dipotong kecil kemudian perap ayam bersama 2 sudu besar sos tiram dan parutan kulit lemon selama 30 minit.
✔ Bersihkan bawang putih dan halia kemudian dipotong kecil atau dicincang . Sedikit kulit lemon dihiris nipis-nipis .
✔ Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan pukul sebiji telur kemudian celup isi ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan . Angkat dan toskan .
✔Bagi buat sos panaskan minyak secukupnya dalam 3 sudu besar dan tumis semua bawang putih dan halia sehingga wangi . Masukkan cili kering kemudian masukkan air serta serbuk perasa ayam secukup rasa dan biar sampai mendidih . Masukkan jus lemon secukup rasa , gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati. Rasa jika ada bahan yang kurang seperti garam boleh lah ditambah .
✔Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau bila kuah dah pekat boleh terus dimasukkan semua ayam digoreng tadi . Taburkan daun sup dan hirisan kulit lemon tadi untuk xtra citarasa dan bau . Kacau semua bahan sehingga cukup rata dan boleh ditutup api dapur .

Okey, selamat mencuba

*Ayam goreng lemon ni saya masak ikut citarasa kami sekeluarga sekiranya anda semua nak cuba sila la ubah suai tambah atau kurang bahan mengikut citarasa anda sendiri ya....selamat menjamu selera.

2 comments:

Azian Elias said...

salam kenal.

thanks sudi follow..

kat rumah we all tak pernah masak menu cam ni.. kalau kat luar pernah makan lahh..tapi we all kena adjust sikit bagi pedas..

Amna Faqiha said...

Azian Elias, Salam kenal..

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna