CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

22 July 2013

MI BANDUNG


MI BANDUNG

Waktu memasak: 45 minit
Saiz hidangan: 10 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 100gm mi kuning
  • 10gm lobak merah | dihiris nipis
  • 10gm bunga kobis | dipotong
  • 8gm sawi
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu makan tepung jagung | dicampur sedikir air
 
BAHAN A:
  • 12gm isi ayam
  • 12gm udang
  • 12gm sotong
  • 1 biji telur
  • 1 liter air rebusan ayam
 
 
BAHAN B:
  • 2 sudu makan cili | dikisar
  • 3 sudu makan tomato sup
  • 2 sudu makan sos tomato
 
BAHAN HIASAN:
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
  • Hirisan limau kasturi
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan A dan biarkan mendidih seketika.
3. Setelah itu masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam secukupnya dan pecahkan telur (poaching).
5. Kemudian masukkan sayur, mi dan kacau perlahan supaya telur tidak pecah.
6. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuahnya.
7. Apabila kuah pekat, angkat dan hidangkan bersama bahan hiasan.

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna