Pada ketika ini sifat ingin tahu mereka
sangat aktif terutama pada perkara yang menjadi perhatian mereka.
Contohnya alatan memasak yang kita gunakan di dapur, barangan elektronik
dan gajet di rumah seperti telefon bimbit, Ipad ataupun komputer
tablet. Lagi dilarang lagi dibuat. Ooo anak…anak…
Tahukah kita bahawa tingkahlaku yang mereka pamerkan itu menandakan minda dan fizikal anak-anak kita berkembang sihat?Penjelasannya begini, setiap apa yang dilihat mereka akan tafsirkan input yang dilihat dalam bentuk memori gambaran atau picture memory. Memori ini akan menyimpan imej dan idea yang dilihat.
Setelah itu, otak mereka mula memproses untuk menghantar pesanan ke sistem anggota badan atau limbs-metabolic system untuk mula menyentuh. Ini seterusnya menghasilkan daya sentuhan atau sense of touch yang sangat penting bagi perhubungan timbal balik antara sistem maklumat di otak dan sistem saraf pada anggota badan. Bayangkan jika sistem ini tidak berkembang aktif ketika umur mereka ini, apakah yang akan terjadi ? Ya, pertumbuhan IQ mereka akan lambat atau delay seterusnya akan menganggu perkembangan emosi anak dan kita sendiri.
Justeru itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kesihatan dan sempurna akal yang dianugerahkan oleh Allah ke atas anak-anak kita ini walaupun kadangkala merengut kesabaran dalam menghadapi tingkahlaku mereka yang kadangkala di luar kawalan.
Sebagai perkongsian, saya sertakan sekali pencerahan 4 Tahap Dalam Mengenali Tingkahlaku Anak Berumur 2-4 Tahun di bawah ini buat rujukan semua ibubapa. Ingatlah, masa kecil anak-anak kita hanya sekali sahaja, pilihlah untuk menyayangi mereka lebih lagi daripada memarahi mereka. Jadilah sebahagian masa belajar mereka di waktu kecil ini.
No comments:
Post a Comment