Erm…wanginya. Bau apakah ini? Macam bau bunga. Apakah namanya?
Aromanya memang menusuk kalbu dan sungguh mengasyikkan. Kehebatannya boleh anda temui dalam bait-bait puisi indah dan lirik-lirik lagu cinta.
Malah dalam al-Quran juga diceritakan kehebatannya!
Itulah minyak kasturi, satu nama yang sinonim dengan dengan minyak wangi ( malah digunakan untuk nama orang juga!)
Apa Itu Kasturi?
Kasturi adalah sebatian wangian yang biasanya digunakan sebagai not asas dalam pembuatan minyak wangi. Ia diperolehi daripada pelbagai sumber seperti dari bintil kelenjar yang ditemui pada bahagian perut, leher dan genital kijang jantan, pelbagai tumbuhan yang mengeluarkan wangian serta penghasilan secara tiruan.
Kasturi telah digunakan sejak zaman berzaman dan merupakan salah satu produk daripada haiwan yang paling mahal dalam dunia. Kura-kura, musang dan tikus adalah antara haiwan yang menghasilkan kasturi selain daripada kijang jantan.
Lebih Dari Sekadar Minyak Wangi
Selain digunakan sebagai minyak wangi, kasturi juga mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Perubatan Ayurveda menggunakan kasturi untuk mengubati penyakit asma, demam, sakit kepala, histeria, luka luaran, pendarahan dalaman dan sebagainya. Dalam perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu menyedarkan seseorang yang pengsan atau pitam, melancarkan peredaran darah, mengurangkan bengkak dan menyingkirkan darah haid.
Halal ke Kasturi Ni?
Pemakaian minyak kasturi sememangnya menjadi kelaziman muslimin dan muslimat yang menggemari minyak wangi. Namun, disebabkan punca penghasilan minyak wangi ini yang berasal dari haiwan dan kaedah mendapatkannya memerlukan haiwan itu dibunuh (atau disembelih), beberapa persoalan fikah perlu diambil berat.
Jawapan kepada masalah ini dihuraikan dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
- Hendaklah darah dalam bintil kelenjar haiwan tersebut telah membeku sebelum minyak diambil.
- Minyak kasturi yang diambil adalah suci digunakan jika bintil kelenjar itu tidak terkena najis.
- Selagi mana darah haiwan atau minyak kasturi itu tidak dicemari dengan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak ( contohnya alkohol), maka minyak itu halal untuk digunakan.
Kelebihan minyak kasturi memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Jika minyak wangi ini dipakai untuk mencapai kehendak dan cita-cita seseorang, Insya-Allah ia pasti dimakbulkan.
Minyak kasturi yang telah ditenagakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta doa-doa adalah alternatif terbaik untuk muslimin dan muslimat yang ingin meningkatkan seri muka, mencapai kebahagiaan rumah tangga, melindungi diri daripada ancaman sihir dan juga sebagai penerang hati nurani.
Anda boleh memakai minyak wangi ini bila-bila masa. Calitkan sedikit pada pergelangan tangan, kening mata atau pada tengkuk sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W di samping memohon hajat yang diingini ke hadrat Allah Taala. Insya- Allah.
No comments:
Post a Comment