Tapi
pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia
mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu
kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa
menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia
menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa
melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga
mengenakan baju dan serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah
kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya
seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Dari Yakuza jadi Imam masjid |
Kalimat
itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW
sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa
pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan
penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran
kepercayaan Shinto.
Pertemuan
dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun
selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi
inspirasinya itu. "Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota
Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.
Imam
Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di
kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu
beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia
menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
No comments:
Post a Comment