CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

22 February 2012

ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI PADA LOGO HALAL MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
 
KETUA PENGARAH
 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI
PADA LOGO HALAL MALAYSIA
 
Merujuk kepada kenyataan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1
Februari 2012 berhubung isu mengenai kesilapan ejaan Malaysia pada
tulisan jawi pada logo halal Malaysia.
JAKIM ingin menjelaskan kekeliruan tersebut dan ingin
memaklumkan bahawa penggunaan perkataan مالیزیا pada logo halal bukan
merupakan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia tetapi adalah nama
Malaysia dalam bahasa Arab. JAKIM telah mendaftarkan logo halal
sebagai Certification Mark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di
bawah Akta Cap Dagangan 1976. Logo halal Malaysia ini telah lama
digunakan dan didaftarkan pada tahun 2001 berdasarkan ciri-ciri berikut:
 
a) Bintang berbucu di tengah-tengah bulatan;
 
b) Perkataan Arab “ حلال “ di tengah bintang;
 
c) Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
 
d) Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan rumi dan
مالیزیا “ “ dalam perkataan Arab;
 
e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan
rumi dan perkataan arab tersebut.
 
Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halal Malaysia
menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi sepertimana yang
dinyatakan.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu
halal semua pihak diminta untuk merujuk melalui web Jakim
http://www.islam.gov.my ataupun laman web Bahagian Hab Halal
http://www.halal.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03–8315 0200.

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna