CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

01 February 2012

SELAMAT HARI WILAYAH

SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012

Perayaan Hari Wilayah Persekutuan disambut pada tarikh 1 Februari setiap tahun, bagi
memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah
Persekutuan dan sambutan pada tahun ini merupakan perayaan kali kelapan yang
menggabungkan ketiga‐tiga wilayah berkenaan sejak wujudnya Kementerian Wilayah
Persekutuan pada 27 Mac 2004.
Untuk Kuala Lumpur, ini merupakan sambutan yang ke 38.
Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah “Rakyat Bersatu
Wilayah Persekutuan Maju”.
Tema ini dipilih, selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana
Menteri, di mana untuk mencapai pembangunan yang utuh dan berterusan ia
memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu serta saling memahami di antara
setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Adalah diharapkan dengan penggunaan tema ini, mampu merangsang seluruh warga
Wilayah agar dapat seiringan dengan Kerajaan; bersama-sama memajukan dan
memakmurkan bumi Wilayah Persekutuan yang tercinta ini sebagai sebuah bandar
raya metropolis yang lestari untuk dihuni sepanjang masa.

A. KONSEP SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012

Penganjuran majlis sambutan akan berkonsepkan 1Malaysia, melibatkan pelbagai
peringkat warga ketiga-ketiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya serta
Labuan. Bagi memeriah dan memupuk jatidiri warga Wilayah Persekutuan,
penglibatan pelbagai jabatan/agensi Kerajaan, badan korporat, pihak swasta dan
NGO, parti politik, institusi pendidikan di seluruh Wilayah Persekutuan akan
digembelengkan sepenuhnya.
Pelbagai program dan acara sambutan telah dirancang sebagai satu inisiatif untuk
menceriakan lagi program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan bagi
menggerakkan penyertaan aktif komuniti setempat ke arah pemupukan semangat
perpaduan warga kota dalam menanamkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan.

B. PELANCARAN DAN FESTIVAL

Pada tahun ini, sebaik sahaja Majlis Pelancaran dan Perbarisan tamat, Festival Hari
Wilayah Persekutuan 2012 akan terus diadakan.
Festival akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari 2012.

***SELAMAT HARI WILAYAH KPD WARGA WILAYAH PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR DAN LABUAN***

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna