CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

21 February 2012

Asid Folic

Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Ia dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect"

atau NTD. Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Saintis tidak pasti bagaimana ia membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ,kulit dan tulang.


Ia juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam, selain buah-buahan sitrus dan bijirin.


Pelbagai kajian menunjukkan wanita yang mengambil 400 microgram (0.4 miligram) setiap hari sebulan sebelum hamil dan tiga bulan pertama kehamilan, berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf sehingga 70 peratus.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata kerosakan tiub saraf yang biasa terjadi ialah spina bifida.

“Spina bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol, tetapi kekurangan asid folik juga boleh mempengaruhi pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) dan terjadinya bibir sumbing,” katanya.

Begitupun, lazimnya kejadian spina bifida lebih kerap berbanding yang lain. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal columm) yang menyebabkan pertumbuhan otak janin terjejas dan juga berada dalam keadaan encephalocele - otak menonjol melalui jurang trauma dan konginental dalam tempurung kepala.

Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg)atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.


Selain itu, kata Dr Fatima, spina bifida juga terjadi kerana kebanyakan wanita tidak merancang kehamilan.

“Selalunya, seseorang wanita itu hanya menyedari dia hamil selepas kandungan berusia antara enam hingga tujuh minggu. Sedangkan ketika itu kebanyakan organ sudah terbentuk,” katanya.

Oleh itu, merancang kehamilan sangat penting dan melengkapkan diri dengan bekalan asid folik amat perlu. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Bagaimanapun, pengambilan asid folik yang kurang bukan satu-satunya faktor terjadinya masalah ini. Ada beberapa faktor turut mempengaruhinya.

Antaranya termasuk genetik, wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat, contohnya epilepsi.

Faktor lain mungkin menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti. Apabila janin berhadapan dengan spina bifida, ia boleh dikesan seawal 12 minggu kehamilan. Menerusi imbasan, bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang belakang janin.

Ada bayi yang lahir dengan masalah spina bifida yang sedikit. Peluang untuknya hidup normal agak cerah, tetapi bagi bayi yang mengalami spina bifida yang teruk, dia akan lumpuh dan tidak berupaya mengawal pundi kencing.

“Bagi kes lain disebabkan kekurangan asid folik seperti anencephaly, ibu dinasihatkan menggugurkan janin pada awal kehamilan. Bagaimanapun, bagi spina bifida yang terjadi dengan beberapa keabnormalan lain yang serius, kandungan ini mungkin juga akan gugur sendiri.

“Jika tidak begitu serius, ia akan lahir seperti bayi lain. Begitupun peluang untuk memiliki hidup yang normal bergantung kepada serius mana kecacatan tulang belakang yang dialaminya,” katanya.

Dr Fatima berkata, wanita yang pernah melalui kandungan bermasalah seperti ini digalakkan mengambil lebih asid folik.

Begitupun ada juga wanita yang mengambil jumlah asid folik yang betul hamil dengan bayi spina bifida, bibir sumbing atau tempurung kepala yang tidak sempurna. Dalam kejadian begini, selalunya faktor genetik turut memainkan peranan.

FAKTA

Asid folik

# Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.

# Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing

# 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik

# Genetik, masalah buah pinggang, epilepsi, rokok, arak dan obesiti antara faktor terjadinya kerosakan tiub saraf bayi.

# Pengambilan asid folik dikaitkan dengan penurunan masalah tekanan, jantung, barah kolon dan barah servik.

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna