CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

29 February 2012

Lucky Draw @ Tupperware Party

 Alhamdulillah rezki kami dua beranak pada parti tupperware anjuran Lieza Tupperware di Presint 18, blok 18R12 kat bilik KRT. hari Sabtu lepas...ada member kat situ kata tuah amna pakai baju biru sebab dapat tupperware dua2 warna biru..heheh kebetulan jer kot..aura..aura blue..sudu tu dpt hadiah kehadiran, key-chain dpt sebab volunteer citer bab pengalaman guna tong beras tupperware, yg tinggi tu dapat antara 2 org terpilih untuk sign up members baru...(dulu dah pernah masuk 2006 tp dh exp.) yg ni ditaja sepenuhnya oleh member kpd member (harap2 mnjadi kenyataan) dan dpt 1 freezer kecik lucky draw yg last...
Minnie Mouse ni hadiah bertuah gak..bertuah kena bagi duit 16 hengget sbb anak dara dok berzikir nak yg pink..pink..pink..haaaa seb baik dapat beli seketol..kalo tak 1 set 4 ketol RM78 hengett..

Amna & the Geng @ WOW

 Cuba cari mana Amna?...
 Pergi malam upin ipin & the gang dah tidur lah..hehe siang panas so tak berpeluang nak jumpalah kali ni

Party Tupperware~~Sabtu 25 Feb 2012

Barang-barang parti..bukan setakat tengok..boleh beli & order sekali..
Ni tokey demo yang buat pizza hari tu keje spital...bahan2 yg dia bawa boleh buat 3 biji pizza..ok lah rasa pizza tu ..kerakk nya terlebih kerass..bukan susah pun nak wat pizza cuma bab chesse tu yg mahal skit..
Tadaa pizza on the way... yg pasti kena dapatkan Tupperchef dulu yea..baru leh wat pizza ..=)

Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Jommm..kita nyanyi sama2..

28 February 2012

Le Tour d Langkawi

Ustazah ...

Saper yg edit mengedit ni..comey sungguh..kalau lah suatu masa ditakdirkan sampai serunya..Alhamdulillah..sejuk jer mata memandang..

Mee Soya

Mee soya...ada stok kat rumah beli kat Sogo..tak tau nak masak apa..Google2 ramai yang suka masak sup..goreng pon boleh..nampak macam sedapp jer masak sup atau berkuah...dua-dua cara masak boleh dicuba... =)

::MoNday::


Tapi saya suke hari ni dan bersemangat jer buat keje.. kwang..kwang.. seKiaN..

27 February 2012

SUP AYAM LENGKUAS @ ทอมไข่ไก่


Nampak sedappp kannn...kalo ada anak kecil kena renovate la bab pedas2 tu.. google kat blog mat gebu first time tengok resipi ni..biasanya sup atau..tomyam


rsz_dsc_8047

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  3. Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
  5. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
  6. UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas tadi..

Baju Sukan

 Setelah bersekolah hampir dua bulan, baru dapat baju sukan..mungkin ambil masa sebab tukar pentadbiran..nak cetak nama bagaii.. suka la si Nana Qiha ni..
Hari rabu ni boleh la rasmi baju baru hehe.. selamat bersukan..Maju Sukan untuk Negara..rajin sungguh senaman sekarang..ada gaya ala2 goyang inul pon ada.. =)

:;Hadiah dari Ummi::

 Terima kasih Ummi..sebenarnya ini hadiah besday Amna 2011..masa balik kampung baru-baru ni ummi aka kakak ayahanda baru berkesempatan bagi..
Beberapa contoh kandungan buku..Alhamdulillah..bertambah lagi koleksi buku Amna..

25 February 2012

::Pen Digital Al-Quran::

 Terima kasih kepada Tok Bat kerana hadiahkan kepada Amna..cucu ada dua so Ammar pun dapat..yang ni dari Dubai (UAE) ada sesetengah tu dari China..
kenapa perlukan Pen ini?..Antaranya dapat membaca ayat per ayat dan surah persurah, Al-Quran lengkap 30 juzuk, berfungsi sebaga MP3 untuk nasyid, rekod suara sendiri pon boleh, boleh disambungkan kepada earphone untuk kegunaan sendiri tanpa mengganggu orang lain..
 Bahagian belakang ada gambar ini...manfaat yang kita perolehi ialah dapat meningkatkan mutu bacaan Al-Quran, menghafal, juga boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, cenderahati perpisahan, sumbangan kepada masjid dan sedekah/zakat kepada ibu bapa..( yg ni kes datuk bg kat cucu) apa2 pon boleh..
 Aksesori sampingan yang dapat ialah senaskah Al-Quran, Muqaddam yang dilengkapi doa harian, pen elektronik yg mempunyai speaker, earphone, kabel USB utk charger dan panduan penggunaan..

Bacaan Yaasin

Jam 8:15 Pagi tadi adanya bacaan Yaasin di opis...

24 February 2012

Majlis Pernikahan Yusry KRU dan Lisa Surihani Tahniah..semoga kekal hingga hujung nyawa


Hot & Roll

 Selepas balik dari Giant ..Chef ayahanda buatkan ais kacang...dan ibu plak buat tortilla ala-ala twister kehepsi tuuu.. tapi menggunakan tortilla berperisa garlic..
apa kena mengena dengan tajuk Hot & Roll sebab teringat makan kat hentian hari tuu.. ni resipi buat sendiri tak google mana2 pun..
apa yang diperlukan..
Tortilla ( apa saja perisa )
1 tin Sardin (saja pilih sardin sbb senang)
Mayonis
Salad (organik punya ranggup- tak pahit)

 Panaskan tortilla dgn pan sekejap..pastu sapu mayonis
 Saja gedik tabur salad yg dipotong halus  (halus ker tu)
 Sardin yang digaul ngan mayonis biar sebati..kemudian letak salad lagi ( sbb salad byk)
Gulung...sedia untuk dimakan..
Ini gambaran sebenar Hot & Roll...

Air/ais Kacang Merah...Yummy

 Sesekali ku terasa teringin...nyanyi lagu shima plakk.. teringin air/ais kacang merah yg akan disempurnakan oleh chef ayahanda amna..1st time trial..nanti buat lagi..yang ni versi guna gula melaka..rasa real & lagi sedap kalau kacang merah sahaja..okeh bahan-bahan yg diperlukan :

1. Susu cair / santan
2. Gula melaka
4. Cendol
5. Kacang Merah
6. Ais kiub

 Kacang merah direbus 

Bukti kacang merah yang sudah direbus dan dalam proses mengisar

 Campur semua bahan2 tadi ke dalam bekas

 Tadaa dah siap

Pandangan sisi..nampakkan kacang merah kat bawah tuu..saja nak suh korang jelouss

23 February 2012

Kasut Baru

 Amna dapat kasut baru lagi..kasut sepasang dan selipar sepasang...hari minggu pergi umah C.na kat Puchong..hari Sabtu tu pergi Giant kat Bandar Putri Rawang dekat ioi Mall..1st time pergi Giant kat sini..dah sopim mopim nampak kedai Bata so ajak Amna tengok2 kasut kot2 ada dan berkenan..nasib baiklah dia kata ok ..tu pu jenuh memujukk..kalo dimata dia asyik tak cantik saja..sebab dah pi Alamanda..kedai Bata. dalam Car4 & Parkson..semuanya dia cakap..'tak cantik pun'...sib baik ada sorang baru anak dara...ada kasut warna hitam purple tp tak ada saiz plak..amik yg biru ni senag sikit..senang kalau kotor drpd jenis kain..selipar sebab sama ngan baju uniform..purple

Lagu tema drama atas nama cinta tv3

Layannnnn

Prosedur Permohonan Sijil Pengesahan Halal


PDF Cetak emel
Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:
  • pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
  • pengedar/penjual (distributor/ trader);
  • pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
  • pembungkusan semula (repacking);
  • premis makanan (food premise); dan
  • rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.
pic_006  
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.


pic_006

Pemohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:
  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
  • Produk yang tidak halal;
  • Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
  • Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ;
  • Pewarna rambut (hair color / hair dye);
  • Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
  • Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan sebagainya;
  • Baja dan makanan binatang;
pic_006  

Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian :
  • Produk / Barangan Gunaan
  • Premis Makanan
  • Rumah Sembelih
Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:
  • Profil syarikat;
  • Pendaftaran syarikat/perniagaan;
  • Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
  • Bahan ramuan yang digunakan;
  • Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;
  • Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);
  • Jenis bahan pembungkusan;
  • Proses dan prosedur pengeluaran;
  • Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
  • Peta lokasi premis / kilang.
Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

22 February 2012

:: WordLEsS WeDnesdAy ::

 Ada ker sesapa nak hadiahkan kat saya sebijik?..=)

 Ada sesapa nak henset ni..hehe..boring  Symbian yg entah apa2 dan blh upgrade ke bella,  sekrg android best dan akan datang apa lagi yea

Terasa nak henset HTC..bagus ker HTC ni..cer gi tau saper2 penah guna HTC nih..dah lama berminat..tp setiap kali beli..dok berkenankan Cokia Nokia jerr..

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna