PUISI BUAT GURU
Sempena dengan musim cuti persekolahan iniAmna ingin mengucapkan selamat bercuti dan beristirehat buat Tok Bat,Cik Naa dan Mok Jah.InsyaAllah hari selasa nie, Amna akan balik ke kampunguntuk sama2 memeriahkan cuti persekolahan.
Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja perlu dikerah
Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang
Kalau guru kenal pelajar
Di luar kelas dia tak liar
Kalau guru suka berdamping
Semua murid dapat dibimbing
Kalau guru kencing berdiri
Murid pula kencing berlari
Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar penuh ralat
Kalau guru banyak cakap
Ada murid bertambah gagap
Kalau guru mengajar tanpa nilai
Tidak akan tahu murid pandai
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun
Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara
Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa
Kalau guru sentiasa sibuk
Kelas jadi hiruk pikuk
Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca
Kalau guru tak galakkan mencuba
Murid sekadar asyik menerima
Puisi ini Amna copyright dalam blog http://suzanalelawatty.blogspot.com/, skrg Amna kongsi2kan kat sini...
Oleh kerana Amna tak kemana-mana cuti hujung minggu nie...so tak adalah gambar dan aktiviti terbaru Amna he he..
2 comments:
Guru pembimbing anak bangsa..
Nak jadi guru, ssh lak nak dpt..
nyesal lak dulu tak amik perguruan..
hehehe..apa salahnya cuba mitak kpli @ dpli..ada rezki insyaAllah dpt..boleh mitak tuu, muda lg..
ramai gak kengakawan dr lulusan IT mohon kpli..skrg dh jd CiKgu
Post a Comment