skip to main |
skip to sidebar
Salam Jumaat
Salam Jumaat...Penghulu segala hari ...Buat renungan bersama. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat dari kata-kata ini. Petikan kata-kata dari Dr Reda Bedeir seorang Pensyarah Institut AlMaghrib.
"BENARKAH kehidupan ini tidak sempurna dan lengkap? Dan hidup sebenarnya akan sempurna selepas hidup kembali menjelang akhirat kelak?"
“Kita tidak boleh mengeluh dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah sebaliknya banyak bersabar dan lebih mendekatkan diri kepadaNya.”
“Kita perlu tanya siapa diri kita, apa yang ingin dicapai dalam hidup dan apakah profesion yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat.
“Untuk mencapai matlamat, kita perlu mengenali musuh dan rakan sebenar dalam diri kita iaitu musuh terdiri daripada kelemahan diri-sendiri, nafsu dan syaitan.”
“Masih belum terlambat untuk kita kembali kepada Allah,”
Ayat-ayat yang penuh dengan maksud yang mendalam yang membuat aku berfikir sejenak. Terasa diri ini kerdil didalam dunia yang penuh dengan dugaan. Sama-samalah kita renungkan.
No comments:
Post a Comment