AMPANG - Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib
rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
"Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara
dengan baik," katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak
dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus
setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam
dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos.
Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan
657,000 pesara kerajaan.
Pada majlis di surau berkenaan, Najib mengumumkan pemberian 8,946 helai
kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta
surau Jumaat di seluruh negara.
Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.
"Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia," katanya.
Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf Surau Taman Sri Angsana Hilir. - Bernama
Nie untungnya ada Propaganza kannn..yg tidak benar jadi benarr sbl ni ..----------->>>>>>kat sini
Nie untungnya ada Propaganza kannn..yg tidak benar jadi benarr sbl ni ..----------->>>>>>kat sini
No comments:
Post a Comment