CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

27 August 2013

Buah Tunjuk Langit



Kandungan Aktif Dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit)

FLAVONOIDS

Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit atau Mahogany) mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:

Fungsi-Fungsi Utama

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Mengimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki peredaran darah
Menyingkirkan radikal bebas dalam badan
Membesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik dalam darah

SAPONINS

Saponins yang terdapat dalam Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax:

Fungsi-Fungsi Utama Saponins

Meningkatkan imuniti tubuh badan
Merangsang perembesan insulin daripada pankrias
Meningkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Menambahkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyahtoksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati

BITTER ALKALOIDS

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) mengandungi unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasa Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) yang pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkaloids yang tinggi di mana Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna