Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran
bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang
kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.
Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.
Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.
“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di
peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos
semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan
untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.
Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.
“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.
p/s: setujuuu sangatlah pengusaha,, cer suh turunkan rega ada nak LIKE????... uhuuuuu ..tak tanya kami para ibu bapa yang nak menghantar anak ni mampu ke tidak..anak1 ...2,3,4 kiralah..apa lagi yg selang setahun..ini kalilah,
Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.
Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.
Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.
“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.
p/s: setujuuu sangatlah pengusaha,, cer suh turunkan rega ada nak LIKE????... uhuuuuu ..tak tanya kami para ibu bapa yang nak menghantar anak ni mampu ke tidak..anak1 ...2,3,4 kiralah..apa lagi yg selang setahun..ini kalilah,
No comments:
Post a Comment