CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

17 April 2013

Tahniah! Dato' Shahlan bakal bertanding di Parlimen Pokok Sena..

Tahniah!Tahniah..walaupun pernah dengar dulu2 my exboss ni tak minat politik2 apalagi  nak bertanding..apa pun kemungkinan boleh berubah...masa tu blom sampai seru kot..hehe..sekarang ni memang sesuai sebab dengan statusnya sebagai SUPOL kan..pastu supol bukan sebarang supol orang no.1 negara plak tuu... Semoga Dato' meneruskan perjuangan yang suci murni kepada Agama dan bangsa..sentiasa berada dilandasan yang betul... ^_____^...


LATAR BELAKANG 


Datuk Shahlan Ismail dilahirkan di Kampung Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah. Berkahwin dengan Datin Dr. Noralaini Binti Ismail seorang Doktor Pergigian dan dikurniakan  7 cahaya mata iaitu Khairul Aiman (30), Zatil Hanan (28), Shahidatul Qistina (21), Muhammad Syamil Faruqi (19), Alya Dalila (16) and Anis Salsabila (13)

PENDIDIKAN

Beliau Menerima Pendidikan awal di Sekolah Kebagsaan Gajah Mati, Pokok Sena (Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad), Sekolah Menengah Pokok Sena Kedah, Sekolah Menengah Sains Pengkalan Chepa Kelantan and Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya

KERJAYA

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pendidikan di Sekolah Menengah Tunku Putra Baling, Kedah. Selepas itu beliau meneruskan khidmat sebagai pegawai di Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

Kemudiannya Beliau Berkhidmat dengan penuh dedikasi bersama YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak seperti butiran berikut:

Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan (1987–1995), 
Pegawai Khas kepada Menteri Pertahanan (1995–2000), 
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri (2004–2008) 
Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna