RAMAI yang tahu untuk memiliki sebaris gigi yang cantik dan sihat,
haruslah melakukan rutin memberus gigi, flos dan berkumur supaya
terhindar daripada bakteria perosak.
Namun, mungkin tidak ramai yang tahu berus gigi juga adalah tempat
pembiakan biasa bagi bakteria, kuman dan kulat kerana sering basah dan
boleh tercemar menerusi bakteria di bilik mandi yang datang apabila
seseorang mengepam tandas.
Justeru, kita dinasihati menyimpan berus gigi di tempat kering serta
jauh dari tandas kerana ia adalah cara paling selamat memastikan berus
gigi bebas mikro organisma.
Bagi membantu pengguna memiliki berus gigi bebas kuman, Colgate memperkenalkan berus gigi 360 darjah antibakteria yang pertama menggunakan zeolit perak sebagai agen antikuman sehingga 90 hari.
Bagi membantu pengguna memiliki berus gigi bebas kuman, Colgate memperkenalkan berus gigi 360 darjah antibakteria yang pertama menggunakan zeolit perak sebagai agen antikuman sehingga 90 hari.
Menerusi ujian klinikal, ia menunjukkan tindakan antibakteria akan kekal pada berus gigi ini selama 90 hari kerana diperbuat daripada bulu yang boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria. Pada masa sama, ia membersihkan gigi selepas 24 jam berbanding berus gigi yang biasa digunakan.
Berus gigi ini direka untuk memberi jaminan tambahan kepada individu yang ingin perlindungan lengkap
daripada bakteria apabila mereka menjalankan rutin harian memberus gigi dua kali sehari menggunakan teknik yang betul.
Persatuan Pergigian Malaysia juga mengesyorkan menukar berus gigi sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki mulut. Ini terbukti selepas tiga bulan penggunaan, berus gigi menjadi haus dan lusuh serta kurang berkesan ketika membuang plak.
Bakteria juga boleh tertinggal dan hidup secara semula jadi di dalam mulut selepas menggunakan berus gigi secara berulang-ulang.
Menerusi berus gigi Colgate 360 darjah antibakteria, pengguna tidak perlu bimbang apabila bakteria tidak lagi berada di dalam mulut mereka serta dapat memberus dengan tenang.
Tidak seperti berus gigi lain, Colgate 360 darjah antibakteria mengeluarkan sehingga 90 peratus bakteria dan membersih secara keseluruhan termasuk lidah, dinding pipi dan gusi. Ia dilengkapi alat pembersih khas lidah pada kawasan tengah yang membantu membuang kotoran secara lebih efektif dan mudah.
Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna. Dulu, bentuk pemegang hanya lurus, panjang dan nipis. Kini bentuknya semakin berubah kepada berliku, lurus tebal dan nipis, mengikut cita rasa pengguna.
Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu selain dilengkapi pemegang ergonomik untuk cengkaman kuat bagi memberikan keselesaan ketika memberus gigi.
Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis, berkata berus gigi lama mudah hilang reka bentuk dan tidak boleh membersihkan gigi dengan berkesan seperti sebelumnya.
“Satu lagi sebab berus gigi perlu ditukar tiga bulan sekali kerana berus gigi lama akan mengumpul bakteria berbahaya dari semasa ke semasa.
“Bakteria dan virus boleh berkembang dan membiak secara berulang apabila ia
dipindahkan dari mulut ke berus gigi dan sebaliknya. Justeru, pakar kesihatan
juga menasihati orang ramai menggantikan berus gigi lebih-lebih lagi selepas seseorang itu mengalami demam atau selesema bagi mengelakkan jangkitan semula,” katanya.
Berus gigi Colgate antibakteria kini boleh didapati di semua farmasi dan kedai terpilih seluruh negara pada harga RM12.90 dan RM19.35 untuk satu dan pek berkembar.
No comments:
Post a Comment