CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

30 March 2012

Cuti hari Sabtu kami

 Semestinya wajib kalo ke Ikea..
 Tengok jerlah..kalo teringin sila ke Ikea
 Shopim mopimmm
Taraaaaaaaaa..jeng..jeng..jeng

Belian kat PUSPANITA

 Jumaat lepas pi kat jualan PUSPANITA sempena mesyuarat agung...ada jualan..ini jerlah yg sempat disambar..ooo lupa brooch x amik gambor..
 Model lady bugs apam
 Menggayakan beg barbie & speck mashi maro yg baru..

Hot Ballon 2

 Tak boleh naik ballon nai keretapi pon jadilah kannn

 Sokaa naik train..
Dah penat round2...dahaga la plak..selepas makan set kehepsi..layan kopies 1 tp nak 2 hahahaha

Hot Ballon 2012

 Ballon yang di katakan paling besar..bentuk simkad dari tune/airasia

 Frust tak der rezki naik ballon tahun ni...nanti yea tahun2 depan kita naik

Berita Hari Ini...

Tadi dalam bas dengar berita Mersing, Johor dilanda gempa yg lemah dan KLCC terbakar..tapi kebakaran kecil sahaja melibatkan restoran..orang ramai dikehendaki keluar....
Ramai orang berpusu-pusu keluar daripada KLCC kerana ada kebakaran berlaku di dalam Suria KLCC. Kebakaran dipercayai berlaku di dapur Restoran Chinoz On The Park. Buat masa ini pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat diambil.

Khutbah hari ni...Salam Jumaat


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
                                             MANUSIA BERHATI SYAITAN                                                              
(30 MAC 2012 / 7 JAMADILAWWAL 1433H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan ketakwaan yang tidak main-main tetapi ketakwaan yang bertanggungjawab membawa kita memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah: MANUSIA BERHATI SYAITAN .
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam menghadapi kehidupan yang serba mewah dan canggih ini, ramai manusia tidak mampu membezakan garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Bagi mereka yang tidak mendapat nur hidayah petunjuk, mereka mengganggap kebenaran itu bagaikan ranjau-ranjau yang berduri, sebaliknya mereka merasakan bahawa kesesatan  atau kekeliruan bagaikan taman indah yang dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni. Alangkah sesatnya mereka ini, ruginya kehidupan mereka kerana telah dipengaruhi oleh musuh Allah SWT iaitu Syaitan laknatullah. Ingatlah bahawa dalam sejarah kewujudan dunia, didapati Syaitan atau Iblis merupakan makhluk pertama yang berada dalam kesesatan dan kemungkaran serta berjanji untuk menyesatkan seluruh umat manusia di muka bumi  ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19:
Maksudnya: Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu orang yang rugi.
         
          Menurut Ulama, Syaitan adalah golongan kafir daripada Jin. Bapa mereka ialah Iblis. Syaitan adalah musuh utama manusia dan syaitanlah yang mengeluarkan Adam dan Hawa daripada Syurga. Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia tidak dapat memasuki syurga dan menjauhkan diri daripada jalan ke arahnya. Walaupun demikian sifat syaitan, namun  masih ada manusia yang menurutnya dan meninggalkan syariat Allah SWT dan petunjuk para Nabi dengan menerima pujuk rayu Syaitan.
Antara amalan Syaitan ialah melakukan kezaliman dan pengkhianatan kepada umat manusia, Syaitan melakukan tipu daya supaya manusia berbuat kejahatan dan mengajak ke arah keburukan dan kekejian. Manusia yang zalim iaitu yang berhati kejam, mereka tidak merasa takut kepada Allah SWT dan perbuatan mereka melanggar hukum-hukum Allah. Syaitan akan meninggalkan dan membiarkan manusia pada saat genting apabila manusia telah terjebak mengikut telunjuk Syaitan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Manusia yang berhati Syaitan atau saudara Syaitan adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan menjadi pengikut jalan para perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat-sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati, zalim, melakukan kemaksiatan malah mendorong ke arah kederhakaan kepada Allah SWT. Sayidina Ali RA berkata: “yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang-halangi kebenaran.” Mimbar ingin menegaskan bahawa mereka yang dikuasai oleh Syaitan, sebenarnya kebatilan  telah menguasai hati mereka dan menyangka bahawa Syaitan adalah teman karibnya sehingga menjadi pengikut Syaitan, maka ingatlah bahawa musuh Allah SWT ini sentiasa mengintai-intai sasarannya dan menunggu mangsanya untuk dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam.Masyaallah.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam usaha menjadikan manusia itu sebagai pengikutnya, maka sudah menjadi kebiasaan Syaitan melakukaan kefasadan, memusuhi anak Adam,  mendatangi anak Adam dari sebelah kanan, kiri, hadapan dan belakang mereka. Sentiasa mencari cari peluang untuk menghasut, menyesat dan menakutkan manusia. Syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ini iaitu lisan dan perbuatan. Cara lisan lebih hebat daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam Neraka. Sayidina Mu’adz pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam Syurga dan menjauhkan daripada api Neraka. Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya sendiri lalu bersabda:
Bermaksud: Jagalah lisanmu, kecuali untuk berkata baik, sebab dengan demikian itu engkau dapat mengalahkan godaan Syaitan”. (Riwayat at-Thabrani)
Bagi menghindari dari Syaitan menguasai diri kita, maka antaranya hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan memohon perlindungan daripada-Nya, sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran, mencegah diri dari berbicara yang berlebihan, memelihara mata, telinga, hati dan segala anggota, membuang amalan-amalan Syaitan seperti ketawa yang berlebihan, berjalan di waktu senja dan yang terakhirnya yang mesti kita lakukan ialah jihad melawan segala bentuk tipu daya Syaitan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengingatkan bahawa dalam kehidupan hari ini ramai manusia yang berhatikan Syaitan atau dengan kata lain menjadikan Syaitan sebagai saudara mereka. Apabila Syaitan menguasai diri manusia, mereka sudah tidak merasa takut untuk melakukan apa saja termasuklah perbuatan di luar batas kemanusian.  Lihatlah sahaja apa yang berlaku pada masa kini seperti perbuatan membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa, bahkan bukan setakat dibunuh tetapi kanak-kanak tersebut di dera, disiksa dengan begitu kejam serta dibakar. Malah pada hari ini juga ada orang-orang tua yang menjadi mangsa kepada saudara mara sendiri seperti dibiarkan terabai dan diperlakukan dengan begitu kejam. Kita juga menyaksikan pada hari ini bagaimana rakusnya nafsu manusia yang dikuasai oleh Syaitan seperti kes sumbang mahram, bapa merogol anak sendiri, kes isteri curang sehingga bersekedudukan, kes pembuangan bayi yang tiada kesudahannya dan lain-lain lagi. Mimbar ingin menyatakan bahawa perbuatan ini berlaku kerana diri dan hati manusia yang bertindak kejam itu sebenarnya telah dikuasai oleh Syaitan laknatullah. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kejadian-kejadian yang berlaku masa kini seperti gejala sosial, keruntuhan akhlak, kes-kes jenayah, pembunuhan, penindasan  sesama manusia, membunuh diri dan melakukan kejahatan, kezaliman  keatas makhluk-makhluk Allah adalah perbuatan yang dipengaruhi Syaitan. ketahuilah bahawa mereka yang menjadikan nafsu dan Syaitan sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan akhirnya. Mereka sentiasa resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah, bukan sahaja kepada Allah SWT tetapi juga kepada diri sendiri. Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah SWT dan di akhirat kelak mereka akan di azab dengan api neraka yang amat pedih.  Mimbar menyeru marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amal soleh, menutup segala pintu Syaitan dan kemungkaran serta mengingati akhirat agar kita sedar tentang hakikat kehidupan ini. Akhir sekali marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al- Hadid ayat 21:
Maksudnya: Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.

ayat 6

29 March 2012

Asam Laksa

Asam laksa homemade ...persiapan dari ibu..dan kuah dari ayahanda Amna..mebelesss..sampai esok boleh makan lagi...kenyang..jemput c.na ngan ngah datang makan

 Kad Besday yg pertama dan terakhir selama hampir 5 tahun dok di JPM...ni pon sbb cadangan SUB(S) sbb dia dari BPH...usul sbl ni ada tp bagaikan mencurah air di daun keladi..dapat 1st kot sbb dah nak kuarkan..chau chin cauuu
 Gambar ramai2 staff BIPSM...
 Hadiah dari seksyen dan badan BiPSM..
Terima kasih lah yeaa...bagi tupperware nii..i loikeee

Majlis Perpisahan Mac 2012

 Jutaan terima kasih warga SPSM, BiPSM, JPM...kerana raikan perpisahan ibu walaupon secara sederhana...kenangan bersama kalian tetap terpahat sampai akhir waktu..
 Cik KPSU(L) Maizatusima Judi
 Teruna jejaka malaya kat latihan..ada gak la kann
 Perpisahan merangkap besday bulan Mac
 Ini budak datang opiss sbb tadika & transit tutup seminggu sebab penyakit kuku & mulut...
Suka la dapat makan kek

28 March 2012

Berus gigi bebas kuman hingga 90 hari

RAMAI yang tahu untuk memiliki sebaris gigi yang cantik dan sihat, haruslah melakukan rutin memberus gigi, flos dan berkumur supaya terhindar daripada bakteria perosak.
Namun, mungkin tidak ramai yang tahu berus gigi juga adalah tempat pembiakan biasa bagi bakteria, kuman dan kulat kerana sering basah dan boleh tercemar menerusi bakteria di bilik mandi yang datang apabila seseorang mengepam tandas.
Justeru, kita dinasihati menyimpan berus gigi di tempat kering serta jauh dari tandas kerana ia adalah cara paling selamat memastikan berus gigi bebas mikro organisma.

Bagi membantu pengguna memiliki berus gigi bebas kuman, Colgate memperkenalkan berus gigi 360 darjah antibakteria yang pertama menggunakan zeolit perak sebagai agen antikuman sehingga 90 hari.

Menerusi ujian klinikal, ia menunjukkan tindakan antibakteria akan kekal pada berus gigi ini selama 90 hari kerana diperbuat daripada bulu yang boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria. Pada masa sama, ia membersihkan gigi selepas 24 jam berbanding berus gigi yang biasa digunakan.

Berus gigi ini direka untuk memberi jaminan tambahan kepada individu yang ingin perlindungan lengkap

daripada bakteria apabila mereka menjalankan rutin harian memberus gigi dua kali sehari menggunakan teknik yang betul.

Persatuan Pergigian Malaysia juga mengesyorkan menukar berus gigi sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki mulut. Ini terbukti selepas tiga bulan penggunaan, berus gigi menjadi haus dan lusuh serta kurang berkesan ketika membuang plak.

Bakteria juga boleh tertinggal dan hidup secara semula jadi di dalam mulut selepas menggunakan berus gigi secara berulang-ulang.

Menerusi berus gigi Colgate 360 darjah antibakteria, pengguna tidak perlu bimbang apabila bakteria tidak lagi berada di dalam mulut mereka serta dapat memberus dengan tenang.

Tidak seperti berus gigi lain, Colgate 360 darjah antibakteria mengeluarkan sehingga 90 peratus bakteria dan membersih secara keseluruhan termasuk lidah, dinding pipi dan gusi. Ia dilengkapi alat pembersih khas lidah pada kawasan tengah yang membantu membuang kotoran secara lebih efektif dan mudah.

Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna. Dulu, bentuk pemegang hanya lurus, panjang dan nipis. Kini bentuknya semakin berubah kepada berliku, lurus tebal dan nipis, mengikut cita rasa pengguna.

Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu selain dilengkapi pemegang ergonomik untuk cengkaman kuat bagi memberikan keselesaan ketika memberus gigi.

Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis, berkata berus gigi lama mudah hilang reka bentuk dan tidak boleh membersihkan gigi dengan berkesan seperti sebelumnya.

“Satu lagi sebab berus gigi perlu ditukar tiga bulan sekali kerana berus gigi lama akan mengumpul bakteria berbahaya dari semasa ke semasa.

“Bakteria dan virus boleh berkembang dan membiak secara berulang apabila ia
dipindahkan dari mulut ke berus gigi dan sebaliknya. Justeru, pakar kesihatan
juga menasihati orang ramai menggantikan berus gigi lebih-lebih lagi selepas seseorang itu mengalami demam atau selesema bagi mengelakkan jangkitan semula,” katanya.

Berus gigi Colgate antibakteria kini boleh didapati di semua farmasi dan kedai terpilih seluruh negara pada harga RM12.90 dan RM19.35 untuk satu dan pek berkembar.

24 March 2012

Seberapa pantas masa berlalu

Cepat sungguh waktu berlalu...lama tak ke udara..hari ini jumaat sudaaa...

Sudah seminggu berada di opis baru..pagi tadi ada jamuan sempena besday staff lelaki dan perempuan dapat hadiah tapi tak tanya plak diaorang dapat apa, pertukaran staff dua orang..seorang peagawai En. Choy dan zana tempat yang digantikan oleh ibu, sapa dapat anugerah cemerlang bulanan juga dapat ang pow dr SUB(PK) mr chua kok ching...untung maaa... dan aluan untuk ibu yang baru masuk...menu makanan soto ada pilihan nak pilih makan denagn nasi himpit, mee atau bihun.. kek ada 2 biji..choc. indulgence dan kek asikrim bakers...

16 March 2012

Kalaulah ini hakikatnya

Alhamdulillah..syukurlah kalau macam ni kannn...macam-macam di zaman serba canggih nie..akibat pandai sangat dalam Adobe Photoshop la ni..

Bertemu tidak jemu…berpisah tidak gelisah..





..Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu..

Pertemuan…
menghadiahkan kita kasih sayang…
jika cinta satu pasti bertemu…
ia tidak ternilai…
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi…
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita…
jasad dan suara berjauhan senantiasa
namun cinta abadi…
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu…berpisah tidak gelisah.

14 March 2012

Alamanda

Kat tengah-tengah Alamanda ada pameran pelbagai jenis kek dan cupcake..comey2..
Sambil menunggu nak tengok wayang jam 3..kami lunch dulu kat OLd ToWn..
Vromm..vroomm..ada gaya tak?..

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna