CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

31 January 2012

~~Koleksi Video Amna~~

 Naik Fimble kat Sogo..video bawah ni..selepas amik dari transit..suh baca Iqra
video masa 1st day kat tadika 03 Jan 2012..time rehat jam 9.15am..

Rutin Keje dah tiba


Kek Choc ber chesee..

Kek ini bagi kat cikgu Amna di Transit..sedapp juga..yg ni dalam bentuk cup..ada yg sebiji2..
 wow..kek choc cheese..ni haa..nak wat balik nk bg  family kat kampung..yg plg kiri tu kek coklat ..harap2 family sukakannya..hoyehhh..kalo pandai buat lagi bermakna apakan daya ku mampu order sahaja.. ;-)

30 January 2012

Cuepacs : Penangguhan SBPA Jangan Salah Kami!! Skim SBPA Baru Dijangka Umum 2 Bulan Lagi?

Penangguhan SBPA 2012 telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Tetapi Cuepacs merasakan banyak pihak menyalahkan mereka (Cuepacs). Betulkah begitu? 
Cuepacs tidak menolak penangguhan SBPA, tetapi menerimanya bersama-sama dengan protes.

Cuepacs SBPA : Hujah Mengatakan Mereka Tidak Patut Dipersalahkan

  • Cuepacs tidak terlibat langsung dalam perancangan dan perbincangan mengenai SPBA 2012 daripada peringkat awal lagi
  • Malahan Cuepacs membantah keras pelaksanaan SBPA kerana pembahagian gaji yang diberikan kepada kakitangan awam yang tidak seragam

Cuepacs SBPA : Antara Aduan Kakitangan Awam Yang Akan Dibawa Cuepacs Berkenaan Masalah Pelaksanaan SBPA 2012

  1. Tempoh singkat menyebabkan kakitangan kerajaan yang tidak  memahami dengan jelas skim SBPA yang ditawarkan itu dikehendaki  menandatangani borang opsyen dengan segera
  2. Jurang perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40% berbanding gred-gred rendah
  3. Kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas memperolehi peratusan kenaikan gaji sehingga 50%, terlalu tinggi sedangkan kumpulan gred bawahan hanya empat %
  4. Ada di antara dapat kenaikan hanya RM40 tapi gred atas sampai RM40,000
  5. Kemudian masalah lain yang timbul, apabila dalam taklimat bersama Cuepacs, gred yang asal, dapat satu kenaikan, akan pindah ke gred yang baru dan akan dapat satu kenaikan lagi. Jadi apabila dicampurkan kedua-dua, inilah kenaikan yang akan diterima . Tetapi apabila sampai ke (peringkat) jabatan, pelaksanaan itu tidak ada, hanya berlaku kenaikan satu baris di mana apabila ke gred baru gaji (kalau kata RM15, RM15 lah dapat, sedangkan kumpulan di atas dapat kenaikan RM1,500 hingga RM5,000)
  6. Akhirnya berlakulah kemarahan (di kalangan kakitangan awam peringkat bawahan)
  7. Sepatutnya skim ini menceriakan penjawat awam dengan adil dan sama rata

 Cuepacs SBPA : Cadangan Kepada Kerajaan Untuk Penambaikan SBPA 2012 ini

  • Meminta 9 pegawai tertinggi kami berada dalam (panel) perbincangan itu kerana Cuepacs wakil 1.4 juta penjawat awam di negara ini
  • Panel itu akan disertai juga, pegawai Jabatan Perkhidmatan  Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Cuepacs  serta pegawai kementerian yang berkaitan
  • Gelaran untuk jawatan yang ditukar juga perlu disemak semula mengikut kesesuaian kerana terdapat aduan penjawat awam tidak setuju penukaran jawatan baru
  • Formula kenaikan gaji perlu yang baru supaya pindaan yang akan berlaku yang terbaik
  • Senioriti juga perlu diambil kira
  • Kedudukan lama paling maksimum dalam jawatan juga akan diubah
  • Kakitangan awam yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih tidak dianjak
  • Cuepacs juga akan mengadakan roadshow bagi menjelaskan penangguhan pelaksanaan skim SBPA akan dapatkan pandangan daripada ahli-ahli untuk dibangkitkan dalam jawatankuasa (untuk menyemak semula SBPA)

 Cuepacs SBPA : Video Penjelasan Omar Osman (Presiden Cuepacs) – Kredit Sinar Harian

 Cuepacs SBPA : Tempoh Semakan Semula SBPA

  • Dijangka 2 bulan daripada sekarang akan diumumkan penambaikan baru bagi skim SBPA 2012
  • Secara faktanya SBPA dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012. Kalau, SBPA dilaksanakan semula contohnya pada bulan Mei 2011, kakitangan awam akan tetap dapat tunggakkan

[UPDATE 18 januari 2012] Berita Terkini Pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 

  • Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.
  • Pasukan tersebut dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Peguam Negara; Kementerian Kewangan; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta pegawai kementerian yang berkaitan
  • Mereka diberi tempoh 2 bulan iaitu sehingga 16 April untuk mengkaji isu-sisu berbangkit berkaitan SBPA untuk  dikemukakan  cadangan-cadangan kepada kerajaan.
Setakat ini seramai 600,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam telah setuju opsyen SBPA ini. Adakah anda orangnya?
Baguslah jika begini tindakan yang diambil oleh kerajaan. Bagi pendapat kami, skim SBPA tidak wajar dibuat tergesa-gesa kerana perkara yang dibuat secara tergesa-gesa akan mengundang banyak ketidakpuasan hati penjawat awam sebaik dilaksanakan.
“Biar lambat sedikit, sekurang-kurangnya semua kakitangan awam dapat menerima baik akhirnya”
Supaya akhir nanti, ramai yang yang akan mendapat manfaat masing-masing. Bak kata pepatah :
‘Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah’.
P/S : Ciptalah suatu skim SBPA yang merangkumi kepentingan seramai 1.4 juta kakitangan awam yang menanggung hampir 10 juta rakyat Malaysia sebagai ahli keluarga mereka.
PP/S : Selain daripada cadangan di atas daripada Cuepacs, anda ada pendapat dan cadangan lain untuk penambaikan skim SBPA 2012 yang baru nanti?
Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak
 
SENARIO 1 :

“MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah.
Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
 



SENARIO 2 : 
 

“MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit,” kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya yang baru masuk Tahun Satu.
 
SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. 
Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi.
Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk.

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

“Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

“Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam . Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,” katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa.

Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.

Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukan lagi satu yang asing.

“Segelas susu di campur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil ,” katanya.

Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.

“Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik,” katanya.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah. 
terima kasih buat blog lilo80 ..ibu C & P sahaja..

Jadual Waktu budak Tadika

Budak tadika pun ada jadual waktu tau..pagi-pagi ada Iqra' dan hafazan setiap hari, disamping tu ada subjek2 seperti matematik, bahasa melayu, jawi, bahasa inggeris, pendidikan Islam, kesenian Islam, setiap hari Jumaat ada kelainan sedikit iaitu ada Tasmi' ( baca apa yg di hafal) ada amali solat dan seni kreatif, selepas waktu belajar amna dok transit..kat transit pun mereka diajar Iqra' lagi, solat..setiap petang khamis ada amali solat..kalo pi amik amna dok solat...ada juga aktiviti menonton tv dan main lego..

Koleksi Buku Amna

Boleh buat pameran buku tak ?...hehe tidaklah banyak pun..(pinjam ayat amna) ini koleksi buku-buku yang ibu belikan untuk amna..termuntah nak buatkan..amna ni ikut mood dia ..rasa nak buat..dia buatlah..semenjak masuk tadika ni boleh fokus sikit mewarna..kalo tak warna sikit nak tukar warna lain atau dah siap katanya..kebanyakan buku di beli oleh ibu, ada juga dr ayah dan dpt pemberian dr individu trsayang..
Buku ini paling besar saiznya, belajar dan membaca rajin-rajin yea sayang..

Buku Latihan ke - 2

Buku-buku kerja Amna ..dapat lagi dua buah..
Macam menarikk..paste & colour...tanggalkan gambar2 yg telah di 'cut' tp tak putus..kemudian
Tampalkan kat muka surat sebelah iaitu digambar yg sama dgn yg ditanggalkan dan warna..tak jumpa plak kat kedai stail buku macam ni..atau ibu jer tak perasan heheh
Ini kandungan buku pendidikan Islam..kalau ikutkan sukatan..buku ini utk prasekolah..tp baguslah kalo Amna belajar awal..antara tajuknya ada Rukun Iman. Rukun Islam, bersuci, solat, akhlak nabi dan lain-lain..gambar tak tahu lah knp gambar leh jd cenggini..amik ngan henpon..

Buku Latihan Amna

 Macam pas kerja plak..Amna suka sebab sama katanya dgn pas keje ibu..cikgu eja nama Faqiha tu salah tau tak ada 'H' yea..
 Buku2 latihan yang pertama dapat...cikgu bagi suh ibu bapa tengok..nanti simpan kat Tadika
Model mesti adoooo..

26 January 2012

Pustaka Presint 9

Ini budak yang suka ke perpustakaan..hari cuti tak kemana so pi pustaka kat Presint 9, berdekatan dengan Foodcourt..sampai tertidur membaca buku..

Pusat Sumber Presint 11

Selepas makan2 kat foodcourt presint 11..kami ke pusat sumber nak bawa Amna kat situ..cuba pustaka kat tempat lain plak..gambar malas nak betulkan yea..bukan salah penglihatan anda..kat sini masa terhad setakat jam 04.00ptg shj..kalo presint 9 sampai malam..

ke Mana Destinasi CNY ...?

Cuti2 lama2 ni boring kan dok umah jerr..so kite pi jenjalan tanpa plan..so kemana nak pi ni..nak ke Genting atau ke KL...
Pantang nampak benda ni nak naik..kalo dulu2 naik & masuk coin nangis tak nak duduk..dia suka dok sesaja...jimat duit ibu kann..tp kita nak lah tgk benda tu bergerakk..fimble ni sama kat Alamanda..sebijik..ni kat Sogo..nak naik jgk..masuk coin dah ok dah skrng ni..
Ini bukan kat foodcourt Pudu yea..ni kat Sogo..Dah sampai kat Hentian Pudu/Kotaraya...ramai sungguh manusia cam konpius dok malaysia ker Bangladesh or Myanmar hahhaha..tengok tiket latest ke Genting jam 03.00ptg..mcm lewat kann..tukar agenda ke Sogo..sbl tu makan2 di foodcourt Pudu ...stail peniaga masih sama suka paksa2 makan kat kedai dia..walopun kedai dh renovation..feel peniaga msh sama..dah la mahal gilerrr ..makan tak seberapa harga dekat Rm10 sepinggan..tak makan dah kat situ.lenkali
Anak dara yg peminat tegar nasi ayam..sukalah dpt peberetnya..kalo makanan lain tak der nya dia nak makan..

Nak merasa laksa/asam laksa peberet adik..tapi kali ni masam betoii kuahnya..tengok tu berkeping2 asam kepingnya..kn tukar nama plak jadi masam laksa/laksa masam  ;-)

25 January 2012

Riang Ria di Taman Botani eps. 2

 Bersiri2 la plak...ni jer gambar2nya..kat sini nak masuk pun dh tutup maklumlah awal sangat kami sampai hahaha
 Taman mcm tamadun Islam gitew..apa namanya kalo tak silap Morrocan Pavillion..


Riang Ria di Taman Botani eps. 1

 Citer di awal tahun ni..tak silap 2hb Januari 2012..sempena kehadiran pak cik din amna ke putrajaya...p.cik din ni baru balik dari Kota Kinabalu..Sabah bah..pi panjat gunung tuu..pi 25hb Dis 2011..balik 1hb Jan 2012..lama tu pi lain tahun..balik lain tahun heheeheh..kumpulan dia pi khatam Al-Quran kat puncak kinabalu..kawan2 dan ustaz2 dari Maahad Tahfiz Daril Naim...
 Petang tu ajak lepak2 king kat Botani..jumpa la si tramp ni..patot la pi tak pernah ada prkhidmatannya..rupanya tak bergerak..di rantai di galangi rindu kat sini

 Tak nak tengok henpon camera  la plakk..kalo nak tau belakang tu umah PM tauu

20 January 2012

:: CNY ::

Selamat Hari Raya ber Happy New Year buat kaum Cina yg akan menyambutnya pada 23hb-24hb Jan 2012, kita semua pon Happy dapat cuti2 selama 4 hari..nak balik kampung tak jadi minggu ni..so tunggu minggu seterusnya....

19 January 2012

Rahsia Solat ::

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

18 January 2012

:: WordLEsS WeDnesdAy ::

10 TANDA ANAK ANDA BIJAK

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-


1. Mengekalkan Maklumat

Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.

Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.

Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.


p/s – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya. & ciri2 diatas ada yg dimiliki oleh Amna ms 2thn lps - sekrg..Alhamdulillah..

17 January 2012

Komik Transformasi

Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu-Cikgu & Ibubapa Yang Dah 


komik najib 5 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?
Kalau sebelum ini komik “Transformasi Najib” ini boleh didapati di pasaran pada harga RM13.90 senaskhah termasuklah kedai buku utama seperti MPH Bookstore. Walaubagaimanapun, terdapat dakwaan terbaru yang mengatakan komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah.

Komik Transformasi Najib : Sudah 8 Kali Ulang Cetak

Ada kalangan ibubapa telah memperolehi “komik Najib” semasa menghadiri mesyuarat PIBG. Setakat ini dikatakan Komik Najib ini telah diulang cetak sebanyak 8 kali sejak mula diterbitkan pada tahun 2011. Adakah kerana komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah, menybabkan ia terpaksa diulang cetak sehingga beberapa kali?
Kalau diikutkan sebenarnya Komik Najib ini ada dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Nak tahu apa yang terkandung dalam komik Transformasi Najib ini yang mempunyai sebanyak 109 mukasurat?
Di bawah ini kami sertakan antara isi kandungan berserta gambar komik Transformasi Najib ini :

Komik Transformasi Najib : Rosmah Mansor Sebagai “Tulang Belakang”

komik najib 2 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?

Komik Transformasi Najib : Sila Sokong Kerajaan Bukannya Pembangkang

komik najib 3 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?

Komik Transformasi Najib : Ketika Detik-detik Pengunduran Tun Mahathir Sebagai Presiden UMNO Semasa Perhimpunan UMNO

komik najib 4 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?
P/S : Cikgu-cikgu ada yang dah dapat komik ini? Ada kalangan anak-anak anda di sekolah sudah menerima komik Transformasi Najib ini?

11 January 2012

Syukur Alhamdulillah..my geGirL Amna dah tak sedih2 lg bila nak tinggal pagi2 kat sekolah..minggu lepas mesti menangis sekejap..kalo dengar memang runtun lah jiwa raga ibu..rasa nk belajar sekali dlm kelas tuu..tp apakan daya tak boleh..selepas waktu belajar masa untuk ke transit naik van dan berada di sana amat disukainya..minggu ni pagi & petang beress..semalam lagi lah macam tak nak balik..nak dok umah ni..(transit)..turun tangga mcm bukit sikitt tu pon..nana nak tengok belakang(umah) dulu..aduhaiii anak ibu suka sangat yea dok situ..nanti ibu beli sebuah umah teres yea.. Amna dah dapat 6 buah buku latihan..nanti belajar rajin-rajin tau..buku yang ibu beli kat rumah pun kena buatlah ..dah lama ibu beli tauu..amna jer tak nak buat..mood belum datang yea..


Updates: walaupun mungkin lewat tp bagi kami adalah perubahan yg menggembirakan bila Amna dah pandai nak buang air sendiri kat tandas..sbl ni mmg nangis la dan semalam nak duduk atas mangkuk tandas..letak la pelapik utk budak punya..dh bertahun ibu beli baru nak guna..ada yg dh lama tak gunakan pampers tp anak dara kami beransur2 nak belajar ..apapun TAHNIAH ibu ucapkan kpd Amna..good Girl...

06 January 2012

Abu Ada Ayam - Malay Phonics Song


Amna suka sangat video ni..video terkini yg dia suruh ayahanda buka...ibu tak pernah tengok cuma dengar shj dan cari kat you tube jumpa..rupa2nya dlm vcd bacalah anakku..nanti thn depan amna jumpa..mesti terkejut sbb pernah tengok kann..buku2 bacalah anakku yg cik su & p.su lie ada tp cover versi lama...

03 January 2012

Hari pertama Amna ke Tadika Islam Muhammad Al Fateh (TAFIST)

Intan payung nan seorang nih..semangat nak pi sekolah..setiap hari lah dok sebut nak pi sekolah Tafist
Masa sampai tak ramai lagi yg umur 4 tahun..kira amna la yg first..tu pilih dok depan sbb dah niat kalo boleh biar dia dok depan senang cikgu nak pantau..cikgu Rahimah bagi mainan supaya tak boring..
Tengok kawan ramai tu amna tapi tak di hiraunya ..bukan nak pi bertegur sapa..mungkin perubahan tempat, suasana, cikgu & kawan2 menyebabkan amna tak dapat sesuaikan diri lagi..menangis meraung kalo ibu bangun..tak ambil cuti ingatkan dia ok..pastu dengar2 ada taklimat utk ibu bapa..alang2 dah mcm tu amik cuti kecemasan la jawabnya..ramai jgk yg menangis..lastly ibu bapa keluar dan cikgu tutup pintu..apalagi meraung lah kat dalam tu..
Kalau nangis mesti muntah lah si amna ni.dah salin baju kurung dah sbb muntah...tu ibu dok luarr tengok dari jauh sbl cikgu tutup pintu..kejap2 dia tgk..kita ada tak apa..memang aktif dia..cikgu tanya..ramai2 jawab dia pon..angkat tangan..tp kejap2 mata dok melilau cari ibu..nak buat mcm mana kalo tak tutup pintu nnti keluarlah budak2 tu..

Kat tepi tu twins..pernah jumpa masa kat kolam..tak sangka sekelas ngan amna
Masa makan..mulanya tak nak dia dok sendiri nak kita teman..lama tu blh tp kita ada kat depan..makan satu jer roti ngan air milo..
Suasana kat transit..lps kelas 11.15..makan & naik van ke transit presint 9 kat petronas..rumah teres 2 tingkat..bah. bawah utk boboi..kat atas gegirl..saja petang tu pi awal..sampai amna tidur & mcm dia tahu ibu sampai..dgr dia nangis..
Semangat tu dok makan nasi goreng sebelum balik..sbl makan baca doa dulu..ada beberapa suap lg dia tolak pinggan kat cikgu suh suapkan.. hari 1st solat zuhur berjemaah jerla..tak sempat asar sbb pi amik awal..kalo kat rumah dah tak kaco ibu solat sejak besar ni...dia plak bg arahan kat kita.." jgn kaco nana nak solat" ..jgn kaco ibu solat..hehe

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna