Hari sabtu ada kunjungan istimewa dari Tok Saudara ibu iaitu mak saudara bongsu kpd mak..mmg 'bestfrenz' la mereka nie dr zaman muda sampai sekarang..namanya Kamariah, kerja kat TELEKOM KL, tahun depan nak pencen tak larat katanya dah lah jauh dari Klang nak drive ke KL setiap hari..yang tudung putih tu anak nom. 2 namanya Atikah, nama manja Nonie, tudung pink yg sulung Farah Amira..nak konvo kakak Farah la tujuan mereka datang dan bermalam di rumah kami sbb takut tak sempat...konvo nya semalam kat PICC, dia belajar kat Kolej Polytech Mara, Bangi dan yg last tudung biru tu isteri kpd dua pupu ..namanya Aida kerja nurse kat HKL...
Nie plak suami nya kami panggil ayah su..
Hidangan yg sempat kami sediakan...buat dua hidangan utk perempuan dan lelaki
Menunya: Ikan bakar cicah air asam, kerabu sawi, kerabu mangga + sengkuang, sayur kangkung goreng brsama udang dan sotong, kuah asam pedas ikan pari, ikan goreng dan ikan bawal masam pedas, air sirap perisa pisang..
** Chef yg tak bertauliah kami suami isteri hehehhehehhehe pagi ahad sarapan tak ambil gambar menu nasi berlauk, lauk gulai ikan tongkol, ayam goreng, telur dadar, nasi putih dan air kopi serta Vico..mabelessss
2 comments:
lama tak mkn ikan bakar...teringin pulak
sesekali org datang best jamu diaorang ngan macam-macam lauk ya
Anamarza: boleh2 masak menu hari ini...a'ah rasa puas tgk tetamu makan dgn brselera
Post a Comment