CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

18 October 2011

Khatamun Nubuwwah

Keistimewaan Khatamun Nubuwwah

Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam at-Tarmizi R.A. katanya, "Sesiapa melihat Khatamun Nubuwwah dalam keadaan berwudhuk,
  1. Pada waktu Subuh nescaya Allah akan memeliharanya hingga ke petang.
  2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
  3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
  4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman, Insya Allah."
Keistimewaan Nabi Muhammad

Cop Khatamun Nubuwwah pada diri Rasulullah menunjukkan baginda adalah penyudah segala Nabi dan Rasul, manakala cop tersebut pada belakang dan hadapan kerana apabila baginda keluar daripada rumahnya, maka cop tersebut dikunjungi oleh para malaikat.

Hikmat cop tersebut kepada kita amat banyak. Antaranya sesiapa yang menjadikan cop Nubuwwah Nabi itu perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan dipelihara Allah daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali di dalam Kitab Mahatnainiah, yang bermaksud, "Sesiapa yang menjadikan lukisan Khatamun Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah daripada kebakaran dan kecurian dan daripada tiap-tiap musuh dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

2 comments:

~~AzaLea~~ said...

mane dpt ni kak lin?

Amna Faqiha said...

jumpe lam blog..tp penah tgk la kat umah sbl ni

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna