CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

31 October 2011

Dinner .....

Lunch makan pizza..dan makan malam plak Nasi arab plak...memang tak muak makan nasi ni..order satu pinggan besar RM17 dan satu pinggan kecil RM12 nasi arab ayam grilled..roasted mmg tak ada peluang la nk makan mmg dioarang dh tak buat huuu.. ibu order Omelet ..ingatkan telur tu shj leh buat lauk tambahan rupanya skali dgn roti arab daa..besar gedabak plak tuu..apa lg tapau la..mkn kat umah..cik Na dengan ammar pun join sekali...dinner di taja ayahanda bersama ibu..
masih terasa kesedapannya..sabar yea..ibu puasa hari  ini...masih ku teringat kesedapannya..

Domino's

Terasa nak makan Pizza...ayahanda nak belanja..Alhamdulillah..tercapai hajatnya..Pizza Hut pun sodap menu baru tuu..kalo 'free' semua sedapkan..menu Lunch kami hari sabtu..berpizza..
Pizza Classified Chicken mmg peberet sos secret dia ohhh la..la..dan pizza Beef Pepperoni..rasanya mcm mkn sos spaghetti..Aloha Chicken pon sodapp..
Model pizza dominos..boleh bg pizza freee tak..domino's kata bolehh..delivery jahhh
Best..besttt..ala tak nampak plak lambang kebesten itu..

Lelong..Lelong..Lelong

Siapa nak angkat tangan..dah tak ada tempat nak simpan..kena pi recycle nampaknya..botol2 baru dan lama Amna..nak clearkan kabinet..
Sebahagian botol2 susu.. sayangkan tapi kesihatan anak lebih di utamakan

27 October 2011

Makan2 bersama family Tok Sue

Selamat Hari Deepavali..sempena raya diwali ni tok su amna nak datang so, kami sediakan beberapa juadah untuk makan tengahari..c,na pun datang sama..
Menunya: Gulai Batang Keladi brsama Udang, Ayam Goreng Rempah, Kerabu Terung, Ikan BAwal Masak Kicap, Ulam2 dgn Budu, Sayur Goreng, Ikan Keli Goreng, Buah Kiwi Gold dan Air Perisa Pisang..
..Selamat Menjamu Selera..

JoM MaNdi KoLaM

Kalau hari minggu saya selalu ajak ibu dan ayah pi kolam..tapi sesekali jer dapat pergi sbb sekrg cuaca tak menentu..kalau hujan tak dapat lah..
Paling tak bleh lupa..ibu saya citer sampai mimpi2 berenang nak mandi kolam sangat

Mai la kawan2 kite mandi sama2
Saya tak sabar tunggu hari minggu

Let's Go 2 School

Ini Jumaat minggu lepas..kebanyakan setiap hari Jumaat ibu saya pakaikan baju kurung..tudung tu ikut suka saya..nak pakai saya mintak jer ngan ibu..kadang2 pakai baju gaun pon nga tudung..
Comel dan ayu tak saya?.. boleh jadi calon Menantu @ Ustazah Pilihan tak?

18 October 2011

Khatamun Nubuwwah

Keistimewaan Khatamun Nubuwwah

Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam at-Tarmizi R.A. katanya, "Sesiapa melihat Khatamun Nubuwwah dalam keadaan berwudhuk,
  1. Pada waktu Subuh nescaya Allah akan memeliharanya hingga ke petang.
  2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
  3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
  4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman, Insya Allah."
Keistimewaan Nabi Muhammad

Cop Khatamun Nubuwwah pada diri Rasulullah menunjukkan baginda adalah penyudah segala Nabi dan Rasul, manakala cop tersebut pada belakang dan hadapan kerana apabila baginda keluar daripada rumahnya, maka cop tersebut dikunjungi oleh para malaikat.

Hikmat cop tersebut kepada kita amat banyak. Antaranya sesiapa yang menjadikan cop Nubuwwah Nabi itu perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan dipelihara Allah daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali di dalam Kitab Mahatnainiah, yang bermaksud, "Sesiapa yang menjadikan lukisan Khatamun Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah daripada kebakaran dan kecurian dan daripada tiap-tiap musuh dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

17 October 2011

Tok Saudara ibu datang

Hari sabtu ada kunjungan istimewa dari Tok Saudara ibu iaitu mak saudara bongsu kpd mak..mmg 'bestfrenz' la mereka nie dr zaman muda sampai sekarang..namanya Kamariah, kerja kat TELEKOM KL, tahun depan nak pencen tak larat katanya dah lah jauh dari Klang nak drive ke KL setiap hari..yang tudung putih tu anak nom. 2 namanya Atikah, nama manja Nonie, tudung pink yg sulung Farah Amira..nak konvo kakak Farah la tujuan mereka datang dan bermalam di rumah kami sbb takut tak sempat...konvo nya semalam kat PICC, dia belajar kat Kolej Polytech Mara, Bangi dan yg last tudung biru tu isteri kpd dua pupu ..namanya Aida kerja nurse kat HKL...
Nie plak suami nya kami panggil ayah su..
Hidangan yg sempat kami sediakan...buat dua hidangan utk perempuan dan lelaki
Menunya: Ikan bakar cicah air asam, kerabu sawi, kerabu mangga + sengkuang, sayur kangkung goreng brsama udang dan sotong, kuah asam pedas ikan pari, ikan goreng dan ikan bawal masam pedas, air sirap perisa pisang.. 
** Chef yg tak bertauliah kami suami isteri hehehhehehhehe pagi ahad sarapan tak ambil gambar menu nasi berlauk, lauk gulai ikan tongkol, ayam goreng, telur dadar, nasi putih dan air kopi serta Vico..mabelessss

Aksesori nak mandi kolam!

Cuci2 mata kat Toys "R" Us dapatlah 3 ketoi brg2 utk amna mandi kolam, Google, pelampung utk tangan dan mcm baju ..
Hari2 dok mencuba..belum sempat nak pi kolam..semalam hujan..dan setiap hari jgk dia dok mintak nak mandi kolam..minggu lepas demam so tertunda lagi..
Malam tadi mandi kolam kat bilik air jerlah... sabar yea amna

14 October 2011

♥ Panduan Melentur Anak Menjadi Soleh & Solehah ♥

Untuk menangani anak nakal. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah 
keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya

3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
(bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
anak masih menyusu..hembuskan pd susu.

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.


p/s Marilah kita sama2 mengamalkannya semoga anak2 kita akan menjadi anak2 yang soleh & solehah

13 October 2011

Pompa Bensin ~ Jangan Lupa Namaku [Full Version HQ]

Jangan Lupa Namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku menyintaimu

Andai aku bisa bertemu mu
dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu ….ooooo
sepenuh hati


Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh sepenuh hati


Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh
kekasih hati..


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa  menyintaimu



12 October 2011

Ttupat Sotong

Saper suko tupatt sotong..nie dia saya nak tunjukkan cara ikut suka saya buat..sepatutnya ada gambar bahan2 yg diperlukan sbl masak..tp tak di upload oleh tukang upload yea..

bahan2 yg diperlukan:
sotong ( ikut suka nak berapa ekor)
beras pulut (rendam)
lidi/pencungkil gigi/lidi kelapa sawit ( utk cucuk tak bagi pulut keluar)
santan
gula melaka/nisan bkn batu nisan yea
daun pandan
gambar kat atas tu pulut yg telah di rendam

toskan airnya
masukkan kesemua bahan2 di atas
apalagi letak atas dapur utk proses memasak
sudah masak dan sejukkan boleh di hidangkan kpd org tersayang ..ini lah menu suka suki saya pada hari ini

Konvokesyen Cik Nie kat USM Penang 23 September 2011

Entry tertunda...Tahniah buat bakal cikgu...cikni..rajin2 lah yea study utk rujukan student...lps ni leh sambung master cik nie tak boleh sambung terus sbb dpt biasiswa JPA kn kerja dulu saper2 dpt pinjaman leh trus amik master..cik lin pon rasa nk sambung jgk lah heheheh..berdebar tunggu borang posting..jgn gatal2 nk kawin cepat ekkk hehehhehe ingat janji 2 tahun lagi tuuu...
Amna pon belajar rajin2 nanti panjang umur dapat ibu pi konvo kakak yeaa.. InsyaAllah..
Amna Faqiha Zhafra dan Muhammad Ammar Darwisy
kami menginap di RECSAM, Gelugor, International House, cukup selesa sama taraf jer dgn hotel..mmg berbaloi2
Mercu tanda P.Pinang KOMTAR
Sebelum majlis konvo sempat mencari pasar ni nak beli jeruk dan cenderamata untuk kengkawan kat opis..dah beli baru member bagitahu yg melayu ada..jeruk pak ali..tak apalah lenkali kannn

07 October 2011

Makan2 sempena besday Boy


Kak Amna sokaaa dpt kek..
Nie beseday duyu saper hahhahaha
Eppi bebeday duyu...potong jgn dok potong kek..Amna mmg suka dan berselera makan kek choc cheese dr baker's cottage..memang sedap..ala2 choc indg. SR..lagi sedappp

Alhamdulillah licin spaghetti bolognese ibu masak


AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna