CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

26 December 2008


Tahun Hijrah 1430

Umat Islam wajib melihat keutamaan Tahun Hijrah ini daripada terus membesarkan tahun baru masehi sehingga peringkat kita lupa diri dan jati diri sebagai umat Islam yang beriman.Kerana Hijrah Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra serta umat Islam Makkah menuju ke Madinah penuh dan sarat dengan peristiwa bersejarah, sarat dengan pengajaran, pengalaman, hikmah dan perintah yang menunjuk jalan-jalan kebenaran dan kemenangan perjuangan umat Islam.Ia menjadi panduan dan teladan penting kepada umat Islam hari ini hingga hari kiamat.

Hijrah adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Hijrah juga bermakna meninggalkan tempat sebagaimana Hijrah Rasulullah saw dan umat Islam Makkah yang telah meninggalkan bumi Makkah tanah tumpah darah menuju ke Kota Madinah.Hijrah juga membawa maksud meninggalkan perkara yang dilarang Allah kepada melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan.Hijrah apapun maknanya.

Yang teramat besar dalam HIJRAH itu bukan tarikhnya, tetapi pengajarannya kepada umat Islam.Rasulullah saw, para sahabatnya dan umat Islam Makkah yang berhijrah kali pertama ke Habsyah negeri yang dipimpin Raja An-Najasyi seorang yang bukan Islam, namun kepimpinannya ada nilai keadilan dan peri kemanusiaan. Tidak seperti Abu Jahal yang zalim dan kejam ke atas Rasulullah saw, para sahabat dan umat Islam di Makkah.Hijrah Madinah.

Di sinilah sinar baru Islam berkembang ke seluruh dunia. Masjid Quba' diasaskan Baginda Rasulullah saw menjadi tapak asas pendidikan dan dakwah. Hal tersebut termaktub di dalam Al Quran LAMASJIDUN USSISA 'ALATTAQWA...Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Merupakan langkah kedua Baginda Rasulullah saw melaksanakan misi perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Al Quran INNAMAL-MUKMINUNA IKHWATUN...Langkah ke 3, 4, 5, 6 dan seterusnya sudah tersusun rapi ke arah wawasan besar BALDATUN TOIYIBATUN WA RABBUN GHAAFUR...mencipta tamadun ummah yang cemerlang dan gemilang duniawi dan ukhrawiIa tercakup dalam Al Quran dan doa umat Islam RABBANA ATINA FID-DUNYA HASANAH WA FIL-AKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABAN-NAAR...

Kesimpulannya, Hijrah memberi pengajaran, pengalaman dan pengajaran kepada umat Islam untuk perubahan dan kebangkitan yang menakjubkan, sebagaimana umat Islam Makkah yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah saw dan para sahabat mencipta tamadun dunia sungguh hebat sehingga berjaya memerintah dan menyebarkan Islam agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Terbukti Islam merupakan agama yang paling relevan dan lengkap dalam memenuhi kehendak dan menyantuni manusiawi, alam dan persekitarannya. Wallahu 'alam.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR..."

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna