SUPAYA ANAK-ANAK TDAK TERENCAT PEMIKIRAN
Dalam usaha hendak menjadikan anak-anak taat, kebanyakan ibu bapa mencipta pelbagai undang-undang tersendiri keluarga. Undang-undang ini jika dilanggar akan menyebabkan anak-anak dihukum, biasanya tarik telingan, cubit atau menampar di lengan atau punggung. Perbuatan ini bagus pada asalnya, tetapi haruslah diingat terlalu kerap menghukum anak-anak walaupun tujuan asalnya untuk menjadikannya baik akan mengakibatkan:
1- Anak-anak terbiasa dengan kesakitan, justeru pukulan-pukulan berikutnya sudah tidak memberi apa-apa kesan.
2- Mereka menjadi insan penakut dan ini memungkinkan kerencatan pemikiran.
3- Daya kreativiti mereka akan hilang sedikit demi sedikit.
3- Perasaan kasih dan sayangkan ibu bapa pudar.
4- Timbul suatu dendam dalam jiwa anak-anak sehingga menyebabkannya menjadi nakal.
4- Kenangan yang tidak menyeronokkan dan kekal sehingga mereka dewasa.
Sebaiknya undang-undang keluarga dibentuk hanya apabila kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak itu terlalu berat umpamanya mencuri atau memukul kawan. Kesalahan-kesalahan kecil yang kebanyakannya dilakukan secara 'tidak sedar' atau 'tidak tahu perbuatan berkenaan salah' harus dimaafkan saja dan diiringkan dengan nasihat-nasihat berhikmah.
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hendaklah kamu memuliakan dan meraikan anak-anak kamu itu dan hendaklah kamu memperbaiki akhlak mereka kerana anak-anak kamu itu ialah hadiah Tuhanmu kepadamu."
No comments:
Post a Comment