KUALA LUMPUR – Orang ramai yang keluar dan masuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang sama akan turut dikenakan caj bermula 15 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), Khairani Mohamed berkata, caj itu turut dikenakan di Stesen Monorel.
“Rapid Rail menetapkan caj 70 sen ke atas orang ramai yang masuk dan keluar Stesen LRT yang sama dan caj serupa sebanyak RM1.20 dikenakan di Stesen Monorel.
“Langkah ini untuk meningkatkan operasi dan menangani penyalahgunaan sistem itu yang kini merekodkan tambang sifar untuk keluar dan masuk dari stesen yang sama,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Khairani bagaimanapun menjelaskan caj tersebut bukan satu caj tambahan kepada pengguna LRT dan monorel kerana caj ke atas pengguna komuter kekal seperti biasa.
Menurutnya, caj tersebut akan ditolak secara automatik daripada nilai kada MyRapid atau Touch ‘n Go.
Jelas beliau, caj itu berdasarkan caj paling rendah dalam perkhidmatan pengangkutan LRT iaitu 70 sen untuk perjalanan sehala dan RM1.20 untuk perjalanan sehala monorel.
Tambahnya, pengumuman awam dan notis akan dibuat oleh Rapid Rail untuk memastikan orang ramai peka dengan sistem baharu tersebut.
No comments:
Post a Comment