CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

30 September 2013

Masa-Persandingan abadi


Terguris jiwa dalam sengsara
Cinta berbunga hanya seketika
Kupendam rindu batinku tersiksa
Bayang dirimu makin jauh dimata

Terimbas mimpi di waktu bersama
Dingin kasihmu tak lagi terasa
Kini kusedar tak lagi terlena
Saat bahagia pasti menjelma jua

Aku masih menanti saat kita bersama
Memadu kasih yang menghalang kita di sana
Rindu..rindu aku pada dirimu
Bertemu kita bersanding bersama selamanya

Kan kugenggam bara cinta lama
Tidak aku padamkan lagi
Walaupun beribu dugaan menanti
Kutetap menunggu kau kembali

Bawa daku bersamamau
Sama kita mendaki
Bawa daku bersamamu
Sama kita menangis

Warna cintamu indah sekali
Terpahat rindu terukir dihati
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian

26 September 2013

~~~~~ Duit Raya 2013 ~~~~~


Alhamdulillah duit raya Amna tahun ni genap RM500++, dah bankin pun, masa kat kaunter tu org bank suh tambah RM250 lagi nak dapatkan bag jadi semuanya RM750.. dah ada 1 warna kelabu ..yang ni merah..amik jugalah ..pastu minta tabung sbb tak pernah dapat ..ada rezeki hari tu dapat gak tabungnya..

Pasta II

Pasta Spinach Fettucine: kaler hijau2 sebab ada bayam kan.. motif sbb Amna tak suka sangat sayur kalau dia makan ni dah kira plus sayurlah kan, nak mencuba buat carbonara sendiri..tak pernah google pon resepi macam mana..main agak2 rasa apa yg pernah di makan:


nak buat kuah carbonara ni saya sediakan mentega buttercup, susu fresh dari dutch lady, sosej kfc, bawang, garam secukup rasa, pasta, untuk rasa cheese saya gunakan cheese slice,


Tumis bawang macam biasa ..tak guna minyak tumis guna mentega ..agak2 cair masukkan susu, sosej dan kesemua bahan2 di atas, pastikan pasta direbus terlebih dahulu dengan sedikit minyak zaitun dan sedikit garam...kemudian slurppppp makan..emmmm

PASTA

Borong Pasta sebab ada less kat Aeon Big ..semua dah selamat masuk kuali dan perut huhuhu
Bow ties di masak goreng2

Solla Alaikallah






Lyric صلى عليك الله

صلى عليك الله يا عدنان عدنان
يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن
الحمد لله الذي أعطاني أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان أردان

قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان
أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان
حتى أراه بالغ البنيان بنيان
أنت الذي سمية في القرآن قرآن

أحمد مكتوب على الجنان جنان
صلى عليك الله في الأحيان أحيان
أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان

أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان
يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله


25 September 2013

PANDUAN MEMBELI KERETA TERPAKAI

1) Cara - Cara Yang Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut.

1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.

Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.

Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.

Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.

2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.
Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.

Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.

Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.

3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.

Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.

Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna

dari Kereta.info
----------------------------------------------------------------------------------

2) Petua Membeli Kereta Terpakai

Petua Membeli Kereta Terpakai -
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang- Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

PEMERIKSAAN ENJIN
- Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .- Pastikan enjin tidak diubahsuai- Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.- Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk- Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

PEMERIKSAAN DALAMAN
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah- Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik- Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik- Pastikan lantai tidak berkarat- Pastikan ‘dashboard’ tidak retak- Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan- Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch- Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik- Pastikan tali pinggang boleh dipakai- Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
- Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin- Pastikan meter suhu bergerak- Pastikan lampu minyak enjin menyala- Pastikan lampu bateri menyala
Cuba hidupkan enjin
- Pastikan semua meter berfungsi dengan baik- Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox- Cuba matikan enjin dan hidupkan semula- Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah- Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran- Tiada masalah semasa penukaran gear- Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?- Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.- Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.

PEMERIKSAAN TERAKHIR
- Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.
Petua diatas tidak dapat dijalankan sepenuhnya,semasa membeli kereta lelong kerana : -
1)) Kereta Lelong Dikunci
2) Bonet Depan Kereta Dibuka Sahaja
3) Tiada Salinan Pendaftaran Kereta Dilampirkan
Tetapi, Masih Ramai yang dapat membeli Kereta Leong dengan Harga Murah.

19 September 2013

AURA - KISAH NABI YUNUS AS - Lagu Nasyid Amna tahun ini


Kisah Nabi Yunus

Album : -
Munsyid : Aura
http://liriknasyid.com


Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan
2x

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan nabi tidak diterima
Nabi diejek dan nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci, walau dihina
Akhirnya nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Baginda menumpang kapal pedagang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hamper karam di tengah lautan
Bila diundi nabi merelakan
Terjun ke laut yang bergelora
Baginda ditelan ke perut ikan Nun
Gelap gelita tiada terkira
Sedarlah baginda akan dosanya
Dihukum Allah begitu rupa
Menangislah nabi sentiasa
Memohon ampun dari tuhannya

Begitulah kisah seorang nabi
Diuji Allah begitu sekali
40 hari, 40 malam
Barulah taubatnya diterima tuhan

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan
2x


05 September 2013

Puding Laici Koktel


Puding laici koktel

BAHAN-BAHAN
- Sepeket agar-agar
- 15 cawan air
- setin laici
- 3 senduk gula
- 1/2 tin susu cair
- sebiji telur
- setin fruit cocktail

CARA-CARA
1. Masak agar-agar dengan air sehingga betul-betul hancur.
2. Masukkan gula .Tutup api.
3.Kisar laici, susu cair dan telur hingga halus.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam agar-agar tadi dan masak semula api sederhana.
5.Tuang ke dalam bekas-bekas cocktail atau dulang (pilihan masing-masing).
6.Sejukkan sehingga keras dan tuang fruit cocktail atas agar-agar.
7.Hidang sejuk sebagai pencuci mulut. Lagi sedap tambah ais. .

Sup Gear Box

Sup gearbox @ kepala lutut
BAHAN-BAHAN
- 1 kg tulang gear-box @ tulang lembu •
- 1 biji bawang merah besar
- 5 ulas bawang puteh
- 3 inci halia muda
- Rempah 4 sekawan – buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis secukup rasa – tumbuk sedikit hancur
- 1 paket rempah sup tulang Adabi
- garam secukup rasa
- bawang goreng
- cili padi
- limau nipis

CARA-CARA
1. Rebus gearbox @ tulang sehingga empuk – ada yang beri petua, letakkan sudu @ garpu supaya cepat empuk.
2. Bawang besar, bawang putih, halia dikisar lalu ditumis beserta dengan rempah 4 sekawan.
3. Apabila dah sekata tumisannya, masukkan pula rempah sup Adabi, balik-balikan supaya sebati dengan ramuan tumisan tadi. Teruskan supaya agak garing.
4. Tuang tumisan ke dalam periuk rebusan tulang dan kacau supaya ngam…
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidangkan serta taburkan bawang goreng, hirisan cili padi, hirisan daun sup dan perah limau nipis. Makan panas-panas lagi sedap.
Best memang best, gigit lemak terasa pecah dalam mulut, sedut lutut pakai straw tapi tak boleh selalu-selalulah!!

Resipi Sup Kaki Ayam

Resipi Sup Kaki Ayam


 Sup kaki ayam special
BAHAN-BAHAN
- 500 gram kaki ayam, dipotong dua.
- 3 biji bawang merah yang dihiris
- 5 ulas bawang putih yang dihiris
- 1 inci halia juga dihiris
- 1 sup bunjut
- Sedikit rempah 3 serangkai -kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga
- Sedikit minyak
- Sedikit garam
- Daun sup, bawang goreng, daun bawang – penambah perasa
- Sayur ikut citarasa sendiri – kentang, lobak merah, cendawan…
- Air

CARA-CARA
1. Masukkan semua bahan-bahan – kaki ayam, sup bunjut , bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan rempah serta air hingga tenggelamkan bahan-bahan termasuk kaki ayam.
2. Reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan pastikan kaki ayam lembut. Tambah air sekiranya perlu.
3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipilih tadi, reneh sehingga masak. Kalau guna ubi kentang, ia hendaklah dimasukkan terlebih dahulu kerana masa lebih panjang untuk lembutkannya. Juga masukkan garam.
4. Hidangkan serta tambahkan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
PS : Paling best gunakan periuk tanah.

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna