Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan
tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan
seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah
keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.
Menurut portal hiburan Murai, Akma atau nama
sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One
Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang
dimiliki jejaka tersebut.
“Bagi saya dia seorang yang matang dan mengutamakan keluarga.
Hubungan dia bersama keluarga membuatkan saya tertarik kerana saya juga
begitu. Bila hubungan keluarga ini kuat, kemesraan itu wujud,” ujar Akma
yang memaklumkan bahawa pertemuan pertama mereka bertempat di KLCC.
Bagi Farih pula, Akma seorang wanita yang begitu lemah lembut dan dia
terkenangkan sifat dan pekerti penyanyi ini dan keluarganya juga turut
menyenangi kehadiran Akma dalam hidupnya.
“Selepas berkenalan saya lihat Akma ini seorang yang tinggi budi
pekertinya. Walaupun dia bergelar seorang selebriti namun dia pandai
menjaga nama baik keluarganya, itu yang paling penting,”ujar jejaka yang
berasal daripada Kelantan ini.
Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di
Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung
majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis
menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) .
Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas
tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung,
cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju
melayu.
Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas
kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu
RM300.
Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan
statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan
media khususnya.
“Sudah sampai masa saya akan jemput rakan media datang, dan hari ini
sudah tertunai impian saya itu dan saya merasa lega,” ujar anak keempat
daripada enam orang adik beradik ini.
Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu
hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek
terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah
mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah
hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.
Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.
Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia
teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau
indah tersebut.
Bila bercakap tentang bakal suami Akma ini, ia adalah anak Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Fatmi Salleh.
Yang penting, kalau semuanya menjadi kenyataan, diharapkan Akma akan bahagia hingga ke akhir hayat dengan suami tercintanya itu.
P/S: Tahniah la yea buat Datuk Fatmi..nak dpt menantu dr kalangan retisss...
No comments:
Post a Comment