^______^
25 May 2012
22 May 2012
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru kepada semua yg bergelar Guru, yang bersara terutama Tok Bat Amna, semalam ada majlis sambutan diperingkat Tadika AF...buat kad yg tak nampak mcm kad ..yg penting ingatan..kannn
Di samping tu hadiahkan brooch kat cikgu-cikgu yang mengajar kelas AF...
Jalan TAR Mall
Naik ERL yea..saya kena bayar tambang RM2.50 tau..so saya layak dapatkan tempat duduk..hehehe
Temankan ibu cari kain buat baju raya..raya kerr...ibu cakap nanti kat Kelate pi nagoya cari kain sama untuk kami.mcm tahun lepas tuu...yang ni ibu punya..sekarang ni musim kain digital..3D katanye..apa2 jer
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
1.
Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur.
Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu
kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8.Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13.
Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas
minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA
16.
Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya
sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak
kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak
perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
PELIHARA BUAH PINGGANG
Apakah
sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu
menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu
oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang
mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan
buah pinggang.
Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1.
Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja
kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang
minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7.
Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan
spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang
menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8.
Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan
perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13.
Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga
siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16.
Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan
pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari
sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam
kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.
Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17.
Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam
(kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon
seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.
Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang
dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan
membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan
sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan
kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung
ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39.
Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger,
sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast
food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga
adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti
oleh Hong Kong, Australia dan England
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Kurangkan makanan bersantan
43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
Sunquick..sunquick..penghilang dahaga..
Sedapnya air sunquick perisa Jambu merah dan Strawbery..kalo buat pasti licinnn..laju jer lalu ikut tekak..sejuk2..nyamannn
Dah beli 3 botol..dapat jag lagi...terima kasih sunquickk..jag finkkk kami punya..yg kaler hijau tu bagi kat family..
14 May 2012
Doa Untuk Anak Dengar Kata
Doa
memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak
dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata,
keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan
terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah
dalam cara kita membentuk peribadi anak.
1.
Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak
sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Kita
perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang
yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.
3. Baca
al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian
baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
"YA
ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN
NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan pada makanan atau minumannya.
4. Untuk
suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat
200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan
kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah
supaya kamu berjaya.”
Ini
diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff
dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut
hati.
Doa Untuk Anak-anak Kita
Pernah seorang Ustaz mengajarkan saya
Doa-doa ini untuk kebaikan anak-anak kita. Semuga pengamalnya dapat
faedah bersama dan anak-anak akan berperangai seperti apa yang kita
kehendaki. Insya-Allah.
Peganglah dengan tangan kanan kepala anak-anak atau anak-anak kecil itu dan bacalah:-بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x
(Dan doakanlah semoga anak menjadi Soleh,
berbakti kpd kedua ibu bapa, bijak, cerdas, tangkas dan berbagai-bagai
kebaikan yang kita mahu)
Amna ada Ujian
Ya Allah (S.W.T) permudahkanlah urusan anakku Amna Faqiha untuk meghadapi ujian dari 14/5-18/5/2012...ibu doakan semoga AF dapat menjawab dengan tenang, boleh buat dengan baik..dengar arahan dari cikgu betul2... InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar..Ameen..Ameen..
Kat sini ada petua untuk dikongsi bersama:
Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau
yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak
ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan
peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para
pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu
persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam
alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca
bacaan-bacaan berikut:
- Al-Fatihah 7 kali
- Selawat 7 kali
- Subhanallah 44 kali
- Alhamdulillah 44 kali
- Allah hu Akbar 44 kali
- Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
- Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya
Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan
mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah
hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk
mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya
Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di
biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil
segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa
yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air
tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang
bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..
11 May 2012
Rezeki di hari Jumaat
Alhamdulillah..rezeki di hari Jumaat..dapat tajaan dari SUB..Mr Chua..ada bihun goreng, satay, soto, roti jala, kuih muih, air soda gumbira, tea tarik dan aiskrim potong...
Aktiviti KRT Fasa 8B
Pagi-pagi ada sessi senam robik..sarapan disediakan..ada nasi lemak dan kuih-muih
Nak belon tapi takutt nak jumpa badut yang namanya Labu..di bawa khas dr Astro
tuuuu dia..si Labu..
Amna get ready nak kuti coklat
Bukan main semangat nak kutip coklat dok depan sekali..sampai kat tempat coklat, orang dok terkam dia dok diamm..tengok jerr..bukan apa sbb kena amik coklat dlm tepung..mana la nak dia..
Rezki nombor 67..kalo tak bertuahh malas dah nak join..hehehe..dapat seterika Panasonic colour pink..dah ada hadiah kawin dulu warna biru..tak guna pon lagi..saper nak angkat kaki..=)
Satay Hj Samuri kat Taman Warisan
Menu makan malam..terasa nak makan satay....ajak c.na serta c.nie..pi Warisan..makan satay ayam dan daging..order dalam 60 cucuk..licinnn dan tambah 2 cucuk satay arnab..a.ngah yg nak makan..
09 May 2012
07 May 2012
Perkara Haram yang Di anggap Biasa
Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar,
biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa
saudara) lebih mudah daripada minum air.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap ...HARAM...
p/s: memang zaman sekarang adat mendahului syariat...senang2 shj bersalam tanpa segan silu tak mengira sama ada di pihak lelaki atau wanita..kalo mereka mendalami apa maksud mahram mereka akan tidak mudah berbuat sedemikian..bab salam memang nampak remeh apa lagi aurat seperti rambut, batas2 pergaulan dengan ipar duai..saudara mara..sudah menjadi 'alah bisa..tegal biasa' dlm kehidupan mereka jd susah nak amlakan yang sepatutnya..sekian buat renungan sendri..
Akma AF Bakal Bernikah Dengan Anak Setiausaha Perdana Menteri
Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan
tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan
seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah
keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.
Menurut portal hiburan Murai, Akma atau nama
sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One
Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang
dimiliki jejaka tersebut.
“Bagi saya dia seorang yang matang dan mengutamakan keluarga.
Hubungan dia bersama keluarga membuatkan saya tertarik kerana saya juga
begitu. Bila hubungan keluarga ini kuat, kemesraan itu wujud,” ujar Akma
yang memaklumkan bahawa pertemuan pertama mereka bertempat di KLCC.
Bagi Farih pula, Akma seorang wanita yang begitu lemah lembut dan dia
terkenangkan sifat dan pekerti penyanyi ini dan keluarganya juga turut
menyenangi kehadiran Akma dalam hidupnya.
“Selepas berkenalan saya lihat Akma ini seorang yang tinggi budi
pekertinya. Walaupun dia bergelar seorang selebriti namun dia pandai
menjaga nama baik keluarganya, itu yang paling penting,”ujar jejaka yang
berasal daripada Kelantan ini.
Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di
Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung
majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis
menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) .
Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas
tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung,
cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju
melayu.
Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas
kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu
RM300.
Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan
statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan
media khususnya.
“Sudah sampai masa saya akan jemput rakan media datang, dan hari ini
sudah tertunai impian saya itu dan saya merasa lega,” ujar anak keempat
daripada enam orang adik beradik ini.
Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu
hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek
terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah
mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah
hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.
Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.
Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia
teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau
indah tersebut.
Bila bercakap tentang bakal suami Akma ini, ia adalah anak Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Fatmi Salleh.
Yang penting, kalau semuanya menjadi kenyataan, diharapkan Akma akan bahagia hingga ke akhir hayat dengan suami tercintanya itu.
P/S: Tahniah la yea buat Datuk Fatmi..nak dpt menantu dr kalangan retisss...
Perhimpunan Bulanan
Dah hampir sebulan Majlis APC dan Perhimpunan bulanan bg bulan April baru sempat nak upload..huhuhu
Group Koir yang besttt...ni lagu yg terakhir sebelum majlis berakhir...TAHNIAH2
Remaja maut taufan landa Jepun
Sebahagian penduduk memeriksa kerosakan rumah mereka selepas puting beliung melanda Tsukuba di Ibaraki, semalam.
“Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut akibat puting beliung,” kata jurucakap ibu pejabat bencana di bandar raya Tsukuba di Ibaraki, yang terletak 67 kilometer ke barat laut Tokyo.
Pasukan bomba dan kecemasan Tsukuba berkata 30 hingga 50 rumah musnah akibat bencana itu.
Beberapa kes kecederaan ringan turut dilaporkan di Togichi manakala sebahagian besar timur Jepun turut dilanda angin kencang, hujan batu, petir dan hujan lebat.
Rakaman televisyen dari Tsukuba menunjukkan rumah musnah, kereta terbalik, serpihan kaca bertaburan dan tiang elektrik tumbang. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan kemungkinan ratusan rumah dan pangsapuri dengan kaca tingkap yang berselerak, kebanyakannya tiada bumbung diterbangkan puting beliung.
Agensi cuaca Jepun mengeluarkan amaran bagi wilayah di timur negara itu, meminta penduduk mencari tempat berlindung jika angin kencang bertiup.
Angin kencang menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada hampir 20,000 penduduk di wilayah berkenaan, kata jurucakap Bekalan Elektrik Tokyo.
“Taufan dan guruh yang berlaku sekitar 12.46 tengah hari waktu tempatan dipercayai punca gangguan bekalan elektrik kepada 19,300 penduduk Tsukuba dan kawasan sekitarnya,” katanya. – AFP
04 May 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)