BACHOK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin, meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik
pulih bangunan Pasar Jelawat di sini, bagi memberi keselesaan kepada
lebih 100 peniaga kecil yang berniaga di pasar itu.
Muhyiddin meluluskan peruntukan itu ketika melakukan tinjauan mesra hampir 30 minit di pasar tersebut, sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan pada Selasa.
Sebaik tiba pukul 9.30 pagi di pasar itu, Timbalan Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.
Muhyiddin turut bersarapan pagi di sebuah warung dalam pasar tersebut, bersama orang ramai yang begitu gembira dapat bersua dan bersalaman dengan beliau yang juga Menteri Pelajaran.
"Peruntukan segera RM500,000 ini menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap nasib peniaga kecil di sini," kata Awang Adek, yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok ketika mengumumkan peruntukan itu, di hadapan peniaga dan orang ramai di pasar itu.
Para peniaga dan orang ramai terus bertepuk tangan gembira sebaik mendengar pengumuman itu.
Sementara itu, pemilik warung makanan Che Bidah Mamat, 70, melahirkan rasa bertuah atas kesudian Muhyiddin sarapan pagi di warungnya.
"Mak cik rasa terharu dan sedikit terkejut dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Seorang peniaga keropok, Zaiton Donek, 50, berkata, beliau tidak menyangka Muhyiddin sempat membeli tiga kilo keropok ikan di gerainya.
Beliau yang berasal dari Kampung Pantai Melawi dekat sini berkata, ini pertama kali beliau melihat seorang pemimpin nombor dua negara melakukan lawatan di pekan Jelawat.
Seorang lagi peniaga, Tan Bee Te, 37, pula berharap dengan kehadiran Muhyiddin akan memberi nafas baru ke arah pembangunan di Bachok.
Beliau yang menjalankan perniagaan jam dan telefon bimbit berkata jika Bachok dibangunkan seiring dengan negeri lain, beliau percaya perniagaannya yang kini hanya mencatatkan RM500 hingga RM600 jualan sehari akan meningkat. - BERNAMA
p.s: untunglah saper dok kaw jelawat terr..tetiba jer dpt doyann runtuh..leh update pasar baru kann..

1 comment:
salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
Post a Comment