CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

27 June 2011

~~Hari Pulut Sedunia~~

 Hai anda semua sarapan dengan apa?.. Hari ini masak pulut di makan dengan ikan kering/ikan masin dengan kelapa...bawa bekal ke opis.alhamdulillah habiss..
 Kalau rajin esok masak pulut pagi..sedappnyaa
 emmm..yang ini sedap juga tapi kadang2 la nnti mudah jemu pulut mangga
 Ini pulut inti..kalo kat kampung banyak..kat sini sudah nak jumpa
 Namanya pulut dakap..biasa makan tak?..kat dalam ada inti pisang..
Pulut bakar ada inti serunding ikan..

22 June 2011

BoY oR GiRL...

Para ahli bahasa Arab menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am 6 Ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.

Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah s.w.t. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.

Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaAllah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

13 June 2011

I Luv Coklat

 Soka2 dah dapat fingers idaman..dkt Car4 ada yg kecik sahaja...semalam pi UO- Untung Orang ramai jumpa..apa lagi ambil 3..dan yang kat bawah ni fingers dlm pelbagai packing may B di oversea..so selamat menjamu selera kpd penggemar Cadbury...


 macam packing buah prunes jerr


macam tak berapa sodpa jer kalo coklat putih..





Ambil yg ni satu..dpt free yg kecil..tak sabar nak balik nak makannnn coklattt

Best dapat seat sensorang

Lena sungguh AF tidur bila dapat tempat untuk dia sorang2..dr KB ke P.jaya tak jaga langsung...sebelum ni pernah ambil seat untuk dia..tp tak nak dia duduk..kali ini.alhamdulillah dia mahu..so apa lagi jom kita balik lagi..berdua dengan AF pon bolehhh..hehehe ;-)

09 June 2011

Bubble Soap

Ini bekas buih sabun 1 liter haaa amikkk amna main smpai puas hatii..dah macam leh wat refill buih sabun kannn..murah saja..ibu jumpa kat Tesco kat kota bharu masa balik kampung bulan lepas..RM5.90 kalo tak silap lah reganya..
Buih sabun yang ni RM1.50 sahaja..amna dok zikir nak jugak yang ni beli jugakla satu..kan berbaloi2 kalo yang 1 liter tu..demi anak kannn dari dok menangis satu tesco tu hahahahha, sekarang main sikit sahaja sebab apa..ibu malas nak tiup..simpa atas kabinet jer..hari minggu kita main 
 Buih sabun yang guna bateri ni ayah belikan masa pi Hari Belia
Biasa di lihat di gantung di mana2 kedai..yg ni Rm2.00 saja

07 June 2011

Majlis Perkahwinan Azhari & Ika



Majlis perkahwinan Azhari kawan satu opis ibu..dah hampir sebulan pun dia kawin...baru nak hapdet..cik Iqa kat dlm gambar pon da kahwin semlm di dewan presint 9..majlis Azhari kat Perak, dalam kawasan Slim River.,selepas beberapi majlis ada masuk dalam 360' pasal topik karaoke kampung..ada video tp tak dapat nak upload..huhuh

04 June 2011

Board 2 in 1

 Hai kawan-kawan semua...mai2 saya nak perkenalkan & nak bagitau..ini white board baru saya..ibu baru belikan kat Pustaka Rawang
 Saya teruja yea..kenapa?..sebabnya board ini 2 in 1..ada black board skali ..
 Model ini sangat masyammm..kenapa ni...pakej board ni ada magnet ABC, 123, pemadam, marker dan kapur..kapur mcm kat sekolah tu..tapi ibu saya simpan la sbb saya kecik lagi
 Board setelah di keluarkan dari kotak
o.k ya student2 semua cikGi Amna Q-ha nak mengajar ni..sila ambil perhatian
Biasa saya guna yang macam ini sahaja..kalo ibu saya gantung..saya nangis2 marah..tak nak ia melekat kat dinding..

 Marker ini dapat bersama white board warna hitam tudung nya sama, dan saya dah ada tiga termasuk 1 pink & 1 lagi purple
 Marker white board ini untuk kegunaan ibu, dah canggih sekarang boleh refill kalo habis..p.cik kat pustaka kata kalo habis jangan buang
Ini refill nya dlm RM 1.80 satu refill.

03 June 2011

Dan Hilangggg...

Ini rantai duit-duit Amna yg lama

dah upgrade tukar rantai leher manik namanya..rantai nampak mcm sama cuma tak sama duit2 dengan manik..

Baru beli dalam bulan Mac masa balik kampung hari tu..dan masa balik bulan lepas (Mei) jatuh ker tercicir ker..kn potong ker..tak pasti..da nasib kan Amna rezeki sekejap jer..ini hari kedua terakhir amna pakai masa majlis perkahwinan sepupu sebelah ayahanda..

Ini masa hari beli..kenangan kan kak nana..nnti ada rezki ibu beli Zhulian la plak lagi..

Hidupnya Insan - Hijjaz

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna