CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

26 May 2011

~Ros untuk Selamanya~...tema untuk 9hb-17hb Julai 2011

Selamat Datang ke FLORIA Putrajaya – pertunjukan bunga dan taman yang terulung di Malaysia. FLORIA sekali lagi akan diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dan akan berlangsung dari 9hb-17hb Julai 2011.

Susulan daripada kejayaan FLORIA pada tahun 2007, 2009 dan dengan lebih daripada 600 000 pengunjung dari seluruh dunia pada tahun 2010, FLORIA kini kembali dengan menjanjikan pertunjukan yang istimewa penuh berwarna-warni. Festival ini akan mempertontonkan antara yang terulung dari dalam dan luar negara khususnya dari industri hortikultur, produk-produk komersial landskap, pertunjukan taman pereka dan pertunjukan bunga-bungaan. Kesemuanya dipersembahkan dalam suasana taman.

Bertemakan “Ros Untuk Selamanya”, FLORIA 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.

Kunjungilah FLORIA dan hayatilah keseronokan festival penuh berwarna-warni.

meh kite menjamu mata dgn keindahan warna ros;










sekian..nantikan kedatangan Ros d Floria...

No comments:

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna