Putrajaya merupakan kawasan pembangunan millennium yang cukup terancang dari segi susun atur dan lanskapnya. Dengan barisan bangunan-bangunan yang unik arkitekturnya, pelan pembangunan Putrajaya Malaysia sebenarnya masih belum 100 peratus siap sepenuhnya. Maka, tidak hairanlah pada masa ini kita dapat melihat pembinaan bangunan-bangunan hebat terus berlaku dan ia menghala ke arah Presint 5 iaitu kawasan dimana terletaknya Putrajaya International Convention Center atau singkatannya PICC. Saya begitu berminat mengikuti perkembangan dan pembangunan pembandaran di Putrajaya. Salah satu sumber gambar-gambar mengenai perancangan bandar Putrajaya pada masa akan datang dapat dilihat di sini
Pullman Putrajaya Lakeside hotel di Presint 5 mengeksploitasi keindahan tasik Putrajaya dan panorama matahari terbenam untuk menggamit pengunjung.
Kawasan pembangunan utama di Putrajaya telahpun penuh dengan bangunan-bangunan dan pusat-pusat pentadbiran kerajaan meliputi kawasan Alamanda Putrajaya, Masjid Putrajaya dan sepanjang jalan utama dari Presint 1 hingga Presint 5. Kawasan-kawasan sepanjang jalan utama ini menghidangkan pemandangan yang menarik untuk dirakam oleh lensa kamera. Di tambah lagi dengan tasik-tasik yang mengelilingi Putrajaya Malaysia, serta jambatan-jambatan futuristik yang menghubungkan antara dataran dengan dataran yang lain menjadikan Putrajaya sebuah destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang melawat Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Putrajaya tidak memerlukan bangunan-bangunan pencakar langit untuk menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di negara ini kerana Putrajaya mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri yang mampu menggamit pelancong datang ke sini.
Memandangkan Putrajaya sebenarnya merupakan kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang baru, maka projek-projek pembinaan yang dirancang pada ketika ini tidaklah termasuk pembinaan hotel-hotel mewah, resort, rumah rehat dan sebagainya. Ini adalah kerana jarak Putrajaya dengan Kuala Lumpur yang dekat membolehkan pelancong asing datang berkunjung ke Putrajaya dengan menginap di bandaraya Kuala Lumpur.
Pada masa ini, pembinaan bangunan residential dan kuaters kakitangan kerajaan sangat rancak di Putrajaya. Kuaters di Putrajaya nampak terlalu berlebihan kerana kuaters-kuaters yang telah lama siap pun masih lagi banyak yang kosong. Jika anda ingin mengetahui kekosongan kuaters di Putrajaya, Mungkin, jika kuaters Putrajaya ini telah berlebihan, ia dapat ditukar statusnya menjadi service apartment ataupun hotel putrajaya. Kuaters Putrajaya yang baru-baru kebanyakannya mempunyai rekabentuk yang moden dan sesuai untuk di convert menjadi hotel Putrajaya ataupun apartment suite hotel.
Pembangunan kawasan residential di Putrajaya yang kini menumpu kepada pembinaan kuaters, akan beralih kepada pembangunan hartanah komersial yang terdiri daripada kondominium dan resort pada masa akan datang.
Senibina unik ini akan wujud di Putrajaya dalam masa 5 tahun akan datang. Adakah anda mengetahuinya?
Hotel Marriot Putrajaya merupakan hotel mewah yang popular dan telah beroperasi lebih awal berbanding hotel-hotel di Putrajaya yang lain.
2 comments:
saya suka pegi putrajaya waktu mlm cantik jerk
EIJAM'S FAMILY: datanglah selalu yea..
Post a Comment