CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

26 April 2011

Tanya Pakar : Lewat bercakap

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.
“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.
Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.
Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.
Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:

  • Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)

  • Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)

  • Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
    Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.
    Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
    Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.
    Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.
    Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.
    Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.
    Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.
    Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.
    Perkembangan percakapan

  • Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan

  • Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

  • Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

  • Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

  • Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

  • Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

  • Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

  • Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

  • Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

  • 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

  • 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

  • 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan

  • 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

  • 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

  • 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

  • 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

  • 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

  • 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

  • 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

  • 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

  • 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

  • Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataanSaringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

  • Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

  • Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

  • Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

  • Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

  • Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

  • Jangan paksa anak bercakap.

  • 22 April 2011

    ~Putrajaya~

    Putrajaya merupakan kawasan pembangunan millennium yang cukup terancang dari segi susun atur dan lanskapnya. Dengan barisan bangunan-bangunan yang unik arkitekturnya, pelan pembangunan Putrajaya Malaysia sebenarnya masih belum 100 peratus siap sepenuhnya. Maka, tidak hairanlah pada masa ini kita dapat melihat pembinaan bangunan-bangunan hebat terus berlaku dan ia menghala ke arah Presint 5 iaitu kawasan dimana terletaknya Putrajaya International Convention Center atau singkatannya PICC. Saya begitu berminat mengikuti perkembangan dan pembangunan pembandaran di Putrajaya. Salah satu sumber gambar-gambar mengenai perancangan bandar Putrajaya pada masa akan datang dapat dilihat di sini
     Pullman Putrajaya Lakeside hotel di Presint 5 mengeksploitasi keindahan tasik Putrajaya dan panorama matahari terbenam untuk menggamit pengunjung.

    Kawasan pembangunan utama di Putrajaya telahpun penuh dengan bangunan-bangunan dan pusat-pusat pentadbiran kerajaan meliputi kawasan Alamanda Putrajaya, Masjid Putrajaya dan sepanjang jalan utama dari Presint 1 hingga Presint 5. Kawasan-kawasan sepanjang jalan utama ini menghidangkan pemandangan yang menarik untuk dirakam oleh lensa kamera. Di tambah lagi dengan tasik-tasik yang mengelilingi Putrajaya Malaysia, serta jambatan-jambatan futuristik yang menghubungkan antara dataran dengan dataran yang lain menjadikan Putrajaya sebuah destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang melawat Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Putrajaya tidak memerlukan bangunan-bangunan pencakar langit untuk menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di negara ini kerana Putrajaya mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri yang mampu menggamit pelancong datang ke sini.

    Memandangkan Putrajaya sebenarnya merupakan kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang baru, maka projek-projek pembinaan yang dirancang pada ketika ini tidaklah termasuk pembinaan hotel-hotel mewah, resort, rumah rehat dan sebagainya. Ini adalah kerana jarak Putrajaya dengan Kuala Lumpur yang dekat membolehkan pelancong asing datang berkunjung ke Putrajaya dengan menginap di bandaraya Kuala Lumpur.
    Pada masa ini, pembinaan bangunan residential dan kuaters kakitangan kerajaan sangat rancak di Putrajaya.  Kuaters di Putrajaya nampak terlalu berlebihan kerana kuaters-kuaters yang telah lama siap pun masih lagi banyak yang kosong. Jika anda ingin mengetahui kekosongan kuaters di Putrajaya,  Mungkin, jika kuaters Putrajaya ini telah berlebihan, ia dapat ditukar statusnya menjadi service apartment ataupun hotel putrajaya. Kuaters Putrajaya yang baru-baru kebanyakannya mempunyai rekabentuk yang moden dan sesuai untuk di convert menjadi hotel Putrajaya ataupun apartment suite hotel.

    Pembangunan kawasan residential di Putrajaya yang kini menumpu kepada pembinaan kuaters, akan beralih kepada pembangunan hartanah komersial yang terdiri daripada kondominium dan resort pada masa akan datang.


    Senibina unik ini akan wujud di Putrajaya dalam masa 5 tahun akan datang. Adakah anda mengetahuinya? 





    Hotel ini pula sangatlah mahal! Lantaran itu, hotel-hotel berhampiran Putrajaya menjadi tumpuan. Antara hotel yang paling popular ialah Hotel Marriot Putrajaya. Hotel ini berada bersebelahan Highway ke Puchong -LDP dan bebas daripada kesesakan jalanraya dan kedudukannya di antara Putrajaya dan Kuala Lumpur menjadikan hotel ini menjadi pilihan ramai.
    Hotel Marriot Putrajaya merupakan hotel mewah yang popular dan telah beroperasi lebih awal berbanding hotel-hotel di Putrajaya yang lain.

    14 April 2011

    PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

    Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

    1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

    2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

    3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

    4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

    5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

    6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
    • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
    • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
    • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
    • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

    7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

    8. Petua masyarakat kita:
    • Cekur Manis
    Image
    Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com





    • Kacang Tanah
    Image
    Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
    • Air Longan
    Image
    Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)



    • Halba dan Jintan Hitam
    ImageTerdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

    • Bunga Melur
    ImageBunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
    Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
    • Lobak Putih
    Image Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.



    • Pucuk Betik
    ImageAir rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.



    • Tuaman Daun Sirih
    ImageSapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak



    • Jantung Pisang
    ImageJantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.



    • Makanan Tinggi CLA
    Image
    Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
    Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
    Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
    • Kurma

    Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

    • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
    1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
    2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
    3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
    4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
    5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
    6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
    7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
    8. Barli – air atau bubur barli.
    9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
    10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
    11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
    12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
    13. Air horlicks
    14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
    15. Teh hijau jepun
    16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
    17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
    18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
    19. Ubat homeopati.

    Rujukan : http://susuibu.com , http://ratuhati.com , www.sarakids.com

    Nuffnang Ads

    ~Alhamdulillah~

    Hari selasa pergi check box ada sampul misteri...rupa2 nya ada cek dr Nuffnang..gambar dipinjam dr En. Google..oho sukanya biarpun baru pertama kali mcm dpt beribu-ribu kali hehehe gelak melampau..apa2 pun ribuan terima kasih kpd pihak Nuffnang yg bg cek ni kpd blogger yg tak berapa nk tegar ni..dan tak lupa juga kpd blogger2 yg sudi singgah ke blog ini..

    11 April 2011

    Sepupu Amna Faqiha ~






    Ini wajah-wajah comel sepupu pertama Amna, cucu sulung lelaki Tok Bat..dah  sepasang cucu tok bat & tok Mak..namanya Muhammad Ammar Darwisy bin Mohd Normanizam..lahir pada 04.04.2011 hari isnin..dah masuk seminggu usia ammar..lahir kat Hospital Putrajaya..kak amna rinduu kat baby ammar..dari keluar wad hari selasa hingga jumaat ammar berada di rumah amna..sekarang kat kampung...rindunyaaaa...

    Kampung Again..

    Dah selamat  tiba pagi tadi ke Putrajaya setelah dua hari berada di kampung..kali ini tujuannya hantar c.Na Amna berpantang brsama keluarga di Kelantan..semalam pergi ke Masjid Tok Guru utk acara cukur jambul Muhammad Ammar Darwisy tapi MB Kelantan tiada krn berada di Sarawak..upacara tersebut di ambil alih oleh menantunya..


    AF

    Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna