CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

19 March 2011

Dari Mata turun ke Mata

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa...ohhh aku tak tergoda tapi terkena jua sakit mata..oooooo...hampir dua minggu ibu dapat MC gara2 berjangkit dengan AF..berkali-kali pi KKM..last2 jumpa pakar kat hospital..sakit mata kali ini lebih teruk dari yg sebelumnya tahun 2009 dan 19997, tahun 2009 pun virus dari taska AF..redha jerlah..

Kali ini lebih kritikal...mata sebelah kanan bengkak yg amat..merah..sakitnya ohh..kdg2 keluar air mata warna merah mungkin darah..AF pun mcm tu masa kena..seriau la jgk..dah dpt MC minggu lepas travel blk kg..kat sana pi KKM check ada putih2 dlm mata kn buat slip lamp..sebelah kanan..nak jumpa pakar kat sana tak sempat sbb nk blik KL..bawa surat jumpa pakar putrajaya..check ada dua2 belah plak tp yg kanan still byk..doktor bagi 'air mata palsu' supaya mata tak kering..sbb puti2 @ konjuktivitis suka tmpat kering..minggu depan ada temujanji lagi untuk tengok dah ok ke tak..sayangi mata anda..oh.sbl terlupa kalo sesiapa sakit mata boleh mencuba petua yg saya google..& cuba..beli teh bunga kat kedai cina ..rebus & masa nak minum masukkn gula sedikit..efect dia cirit-birit untuk keluarkan panas dr dalam..insyaAllah dgn izin.Nya..cepat pulih sakit mata

03 March 2011

Melawat Seri Perdana

Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.
Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.
Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.
Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. 
 Sesiapa yang berminat boleh lawat web seriperdana atau hubungi:

Alamat :
Pengurus
Kompleks Seri Perdana
Persiaran Seri Perdana
62502 Putrajaya
Malaysia


02 March 2011

Tiada Duka Yang Abadi

Lirik Lagu Opick Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’.

Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’.
Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy).
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira (merasai kegembiraan di jiwa)

Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.

Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.

Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.

Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.

Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.

Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).

Tips 4: Hobi.

Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.

Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.

Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna