CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

27 October 2008










Penjagaan kesihatan kanak-kanak

Oleh DR. ALI AZMAN MINHAJ (Pakar Runding Pediatrik)


MEMASTIKAN anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan boleh menjadi mimpi yang paling ngeri untuk para ibu bapa!Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua - ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya.Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.Disebabkan iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan zat atau obesiti.

Memakan makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.Sama ada anak anda baru bertatih-tatih atau remaja, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak walaupun dari segi amalan, diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk diikuti.Berikut adalah beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet yang sihat.

Sejak lahir hingga 2 tahun:



* Susu badan adalah satu-satunya makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama. Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas umur 12 bulan.

* Bayi yang disusui ibu yang tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu menerima suplemen vitamin D.

* Mula dengan makanan pejal pada umur empat hingga enam bulan. Kebanyakan pakar mengesyorkan bijirin beras bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama.

* Mulakan sesuatu makanan baru pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah. Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau makanan baru yang lain.

* Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.

* Jangan beri madu kepada bayi sepanjang 12 bulan pertama.

* Jangan hadkan lemak sepanjang dua tahun yang pertama.
Dua tahun dan lebih tua:

* Beri pelbagai jenis makanan, termasuk buahbuahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.

* Guna garam (kalium) dan gula secara sederhana.

* Galakkan diet yang rendah lemak, lemak tepu dan kolesterol.

* Bantu anak anda mengekalkan berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar kerap bersenam.

Menurut Facts for Life UNICEF, setiap tahun, hampir 11 juta kanak-kanak mati akibat punca-punca yang boleh dicegah sebelum mereka menyambut hari lahir yang kelima. Berjuta-juta kanak-kanak lagi hidup hanya untuk menghadapi masa hadapan yang malap, tidak dapat mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.
Banyak daripada kematian ini boleh dielakkan jika ibu bapa dan penjaga memahami apa yang perlu dilakukan apabila penyakit menyerang dan bagaimana untuk mengenali tanda-tanda bahaya yang memberi isyarat terhadap keperluan untuk bantuan perubatan.

Beberapa penyakit biasa yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan termasuk polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi doktor bagi mengurangkan jangkitan, sakit dan kadar kematian.Tiada kaedah yang pasti selamat untuk mengelakkan sebarang jangkitan biasa dan selalunya, ia mengambil masa satu atau dua minggu untuk menghilangkannya. Walau bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan yang biasa ini



STEMLIFE adalah pengasas bank sel stem darah tali pusat bayi dan sel stem orang dewasa di Malaysia serta merupakan salah sebuah organisasi sel stem yang terbesar dan berpengalaman di rantau Asia tenggara. STEMLIFE menyediakan perkhidmatan menyimpan darah tali pusat bayi anda untuk kegunaan di masa hadapan.Tahukah anda bahawa darah tali pusat bayi anda begitu kaya dengan sel stem, iaitu satu sumber yang boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga anda? Oleh itu, jangan membazirkan darah tali pusat bayi anda kerana ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak ternilai.Kebiasaannya, setelah melahirkan bayi, tali pusat bayi dan uri dibuang. Manakala, bagi mereka yang beragama Islam, tali pusat dan uri dibersihkankan terlebih dahulu sebelum ditanam.

Tetapi, tahukah anda bahawa darah tali pusat bayi anda yang tidak ternilai ini kaya dengan sel stem? Kini di Malaysia, sel istimewa ini boleh disimpan dan ia tidak mahal, malah tidak menyakitkan ibu dan bayi.APA ITU SEL STEM?Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi. Sel stem ini boleh merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). Sel stem telah digunakan untuk menyembuhkan lebih daripada 70 jenis penyakit darah dan senarai ini terus meningkat setiap tahun.APAKAH KEBAIKAN / KEGUNAAN SEL STEM?Transplantasi sel stem telah digunakan untuk perubatan penyakit-penyakit seperti berikut:- penyakit darah ( cth : leukemia, limfoma )- penyakit darah yang diwarisi ( cth : thalassemia, anemia sel sabit )- penyakit metabolik- penyakit keimunan- penyakit jantung- kecederaan saraf tunjangSel stem juga telah digunakan dalam proses pemulihan rawatan kanser.

Di samping itu, keputusan yang positif telah diperolehi dalam penyelidikan penyakit-penyakit seperti berikut :- Penyakit Alzheimer- Kencing manis- Penyakit ParkinsonMENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT BAYI ANDA?Sel stem yang diperolehi dari darah tali pusat bayi anda mempunyai keistimewaannya.- Sel stem merupakan aset biologi yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau melanjutkan usia seseorang.- Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko terhadap ibu atau bayi.- Darah tali pusat bayi anda senang dikumpulkan. Dalam masa beberapa minit selepas bersalin, sel stem akan dikumpul untuk dihantar ke makmal kami untuk diproses dan disimpan.- Sel stem yang sepadan juga berpotensi digunakan untuk adik-beradik yang memerlukannya.- Berbanding dengan sel stem dari sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima oleh badan ( apabila didermakan kepada orang lain ) dan mempunyai risiko penolakan yang rendah.Sekiranya anda hamil, simpanlah darah tali pusat bayi anda dan anggaplah ia sebagai satu polisi insuran untuk ahli keluarga anda.



Pelahiran dan Kelahiran



Apakah yang dimaksudkan pelahiran?



Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.



Kelahiran Palsu



Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:

Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.

- Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalanjalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.

- Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.


Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.


Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.

- Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagianbawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.

- Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendirSemasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.

-Pancutan atau lelehan dari rahimLelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.

Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Di HospitalApabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.Orang yang memberikan sokonganKebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
Peringatan kepada bapa
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewabagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.


Peringkat pelahiran

Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.

Peringkat Pertama:


Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.
Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:


1. Pelahiran Awal:

Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil. Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dankesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.

2.Kelahiran Aktif:

Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakitdengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.
Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahanlahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akanmenyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.


Peringkat Kedua

Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj. Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.
Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.
Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktormengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.
Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan

Episiotomi

Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.

Peralatan yang digunakan semasa bersalin

Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .

Persediaan pelahiran

Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.
Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.

Pembedahan Caesaerean

Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.

Bayi Songsang

Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.

Selepas Bersalin

Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.

Bilik Pemulihan

Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.





25 October 2008


MENYAMBUT KELAHIRAN



Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.
Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memaka
n mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.
Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam
kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.
Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.
Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.
Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.
Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.
Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.
Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

Main Back Next

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna