CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

22 July 2015

HUKUM GABUNG PUASA QADHA DAN PUASA ENAM SYAWAL

Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?
Terima kasih
Jawapan:
Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:
“Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata:
“Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.

Kesan Buruk Apabila IbuBapa Menjerit Pada Anak Untuk Jangka Masa Panjang


Mungkin anak-anak boleh dijaga. Diberi makan minum sekolah sebagainya. Tetapi mendidik untuk menjadi manusia, bagaimana?
Salah satunya adalah percakapan ibubapa itu sendiri terhadap anak-anaknya. Ada yang berkomunikasi dengan anak-anak dengan cara menjerit!
Bukan setakat menjerit malah perkataan yang tidak sesuai pun digunakan pada anak-anak.
Kesan buruk apabila ibubapa jerit pada anak

Mengapa ibubapa tidak boleh jerit terhadap anak?

Salah satu nasihat dan panduan daripada Ibu Rose tentang kesan buruk yang akan berlaku pada anak-anak kita apabila kerap dijerit dengan kata-kata kurang baik dan kurang bermotivasi.
Jikalah ibu bapa tahu besarnya kesan buruk menjerit kepada anak, ibu bapa tentu tidak akan sanggup melakukannya dengan selalu dan sengaja.
Jika hendak tahu dan nampak kesannya, buat experimen ini.
Ambik dua bekas yang bertutup yang boleh dibubuh sesenduk nasi.
Labelkan A dan B
Setiap hari untuk seminggu, jerit pada nasi dalam bekas A. Jerit pada pagi dan malam. Jerit dengan marah. Guna perkataan yang selalu digunakan bila marah. Tutup balik dan buat malam pula dan seterusnya untuk 7 hari.
Bekas B
Senyum saja pada nasi itu. Niat dalam hati yang anda bersyukur ada nasi itu. Buat dua kali juga.
Jangan letak dalam peti ais dan jangan letak dekat-dekat. Letak di satu sudut dapur dan letak jauh dari satu sama lain.
Semasa menjerit itu, pastikan bekas B jauh dari anda.
Beritahu apa jadi pada hari ketujuh.
Tapi kalau malas nak buat, mungkin video di bawah ini boleh membantu.
Itulah sebabnya kita tengok anak-anak yang sering dimarah, dimaki hamun dan diguna perkataan kasar dan tidak baik kepada mereka itu, kita lihat wajah mereka kelam, mereka juga penuh kemarahan, kebencian dan ketakutan. Kecuali mereka yang memaafkan kekasaran yang dilakukan kepada mereka.
Semoga kita berazam kurangkan menjerit kasar kepada anak-anak dengan sengaja.
Ibu Rose

08 July 2015

Penghujung Ramadhan tahun 2015

Beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua...adakah kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramdahan seterusnya.. semoga kita semua diberi peluang ya.. in sha Allah..Aamiin..Aamiin..

Waaa...waa syawal bakal menjelma.. semoga kami dapat balik beraya di rumah ayahanda bersama di kampung halaman...raya pertama tanpa ibunda tercinta..sedihhh..Al-Fatihah semoga mak damai dan tenang di sana..kami semua akan menyusul cuma tak tahu bila masanya...

Image result for sad

Igauan 07 Julai 2015

Sudah lama tidak mencoret catatan disini...merindui tapi tak berdaya untuk 'mengupdates' selalu... semalam sempena besday suami merupakan satu igauan ngeri buat kami..kerana Amna tidak dapat dikesan sementara selepas kelas KAFA nya...rasa macam tiada jantung dan degupan memikirkan kemana lah anakku yg bertuah ini..biasanya dia akan duduk tunggu kat hentian sebelah dalam sekolah..menunggu dgn penuh sabar ayahnya datang menjemput...

Sempat beberapa ibu kepada kawannya kami telefon takut Amna ada bersama mereka..tiba-tiba terbuka pintu lif dan keluarlah dia sambil mengucapkan salam..Assalamualaikum...oh perasaan kami waktu itu semua ada...tapi di sabarkan oleh ayahnya...dia merasakan dah besar dan pandai naik llif sendiri..tapi bagi diri ibu kau tetap anak kecil kami yg perlu kami jaga dan tatang sepenuhnya...

ibu kelu dan biarkan dia bersoal jawab dengan ayahnya..mencuri dengar perbualan mereka berdua sambil ada esakan dari Amna...rupa2nya kawannya Aisha Humaira yg bersekolah KAFA di An-Najjah datang ke sekolah dan mengajak Amna ke sekolahnya...tanpa memikirkan apa akibatnya jika dia ke sana tanpa pengetahuan kami...walaupun bersebelahan tapi kami tidak terfikir untuk mencari di situ...oh anak..anak bertuahku...ibu dan ayah mohon sangat2 tidak diulangi lagi ya sayang...

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna