CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

24 November 2014

Majlis Graduasi 2014 2

Akhirnya terjawab sudah persoalannya...  *_______ *


 Sahabat-sahabat 6 Inovatif 2014 bersama-sama Guru-guru yang banyak melayan karenah anak-anak didik tanpa jemu..Terima Kasih Cikgu...

Dapat dua piala..1 untuk tempat pertama dan 1 lagi untuk tahun 6..gambar piala ada 1 shj

 Graduasi bersama Pn Husna
Amna bersama dengan Cikgu Kelas 6 Inovatif, Cikgu Shida..


MAJLIS GRADUASI TADIKA GENERASI 15 NOV 2014

Tanggal 15 November 2014 (Sabtu) tibalah masanya yang ditunggu-tunggu untuk meraikan majlis Konvokesyen Tadika Generasi, yang ke 14 tahun.. lama tu..kalau sekolah dah tingkatan 2 umur penubuhan tadika tu, he he he, berdebar-debar ni..sebab 1st time pi majlis kat tadika Generasi, 2 tahun sudah raikan di Tadika Muhammad Al-Fateh (TAFIST), mana-mana sambutan semuanya ada keistimewaan yang tersendiri..tak kisahlah asal kami heppi...

 Beberapa hari sebelum konvo ..amna ada beritahu dia dapat anugerah sebab dapat tempat pertama dalam kelas... wahhhh..dalam hati tu debar2 juga..nak percaya memang tak mustahil sebab tahun lepas kat Mafist dia tersenarai juga penerima anugerah seramai 6 orang untuk umur 5 tahun, kalau betul Alhamdulillah kan.. ayahnya saja nak mengusik ..katanya betul ker...amna dapat ...iskhh betull...dia cerita ..kawannya yang beritahu nampak kertas kat meja komputer cikgu senarai nama, Amna pertama, kedua lelaki dan ketiga kawannya Farzana, ...keesokkan hari pun dia tak puas hati sebab ayahnya macam tak percaya...budak2 biasanya cakap betul...kasihan pulak walaupon ayahnya saja nak menyakat.....luahan hatinya.." ibu..ibu..ayahkan tak percaya..nanti ibu tengok kat konsert..amna dapat anugerah.. iyalah anakku..ibu percaya dan yakin pada anakanda...syukur...kalau bab belajar dia semangat dan rajin kata cikgu Shida. guru kelasnya cuma tetap malu2 dengan cikgu untuk beramah mesra..dengan kawan-kawan ok...aduhai anak..ibu pun tak tahu nak cakap macam mana dah...

Pagi kejadian tu macam biasa Amna pergi kelas dulu...kena ada kat dewan Melati, Perbadanan Putrajaya sebelum jam 1.30 tgh, bersiap-siap terus ke dewan...kami dah ada kat dewan barulah cik Nie datang untuk memberi sokongan...bermacam-macam gaya kanak-kanak dan anugerah di beri..dari 7 bulan pon ada dapat piala..bertuah maknya...kecik2 anak dah boleh simpan piala..untuk acara potluck kami bawa kek sahaja...pastu boleh tertinggal tupperwarenya he he...


 TAHNIAH Amna Faqiha....semoga kejayaan sentiasa mengiringi Anakanda..Aamiin..




07 November 2014

FROZEN ......

Hari ini buat sedikit persiapan kat tadika untuk Amna sambut besday yang ke 6 tahun di tadika Generasi...kenangan bersama kawan-kawan kat tadika..dah tak lama nak sekolah betul-betul dah kat SK Putrajaya, 




04 November 2014

HAPPY BIRTHDAY YG KE 6 TAHUN


4 NOVEMBER ~ SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA KAMI~~~

 SELAMAT HARI LAHIR AMNA FAQIHA- YANG KE 6 TAHUN, SETIAP HARI AMNA DOK MENGHITUNG BILA TIBA SAAT 4 NOV, DARI AWAL TAHUN SUDAH SET DALAM HAND PHONE..APA YANG DIA NAK, DARI KEK HELLO KITTY HINGGALAH TUKAR FROZEN...

 HARI BERLALU TAK TERHITUNG SAATNYA...

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DALAM HIDUP ....KEJAYAAN AKHIRAT DAN DUNIA..ANAK SOLEHAH IBU DAN AYAH...INSYAALLAH


27 October 2014

Mak ....Damailah engkau di sana

Hari ini genap seminggu Mak telah meninggalkan kami: 20 Okt - 27 Okt 2014
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oh Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Ibu
Kini aku hilang tempat mengadu
Oh ibu
Damailah engkau di sana
Ku taburi doa mewangi
hadiah dari anakmu
Ibu

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna