^______^
24 June 2013
Jerebuuuuu oh Jerebuuuuuuuu
Jerebu
ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak
partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan
terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara
semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila
partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok
ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang
demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan
- Hindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu!
Indeks
Pencemaran Udara (IPU) diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus
(10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan
kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan
ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan
kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:
Nilai IPU / Status- 0 - 50 / Baik
- 51 - 100 / Sederhana
- 101 - 200/ Tidak Sihat
- 201 - 300/ Sangat Tidak Sihat
- 301 - 500/ Berbahaya
Untuk mendapatkan bacaan IPU terkini sila layari www.doe.gov.my
Keadaan
jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua
orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, alahan
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
- Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Sekiranya anda tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
- Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah serta kurangkan aktiviti sukan di luar rumah!
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
- Anda juga digalakkan untuk meminum air secukupnya dan sekiranya
anda tergolong dalam kelompok yang berisiko tinggi, anda dinasihatkan
mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu
berterusan pada tahap berbahaya di kawasan anda.
19 June 2013
Bekal Nasi Lemak
Semalam AF dok zikir nak bawa bekal nasi lemak..ingat pagi tu dah lupa..mitak lagi nak..senang citer bawa bekas suh ayahnya tapau jer kat makcik jual nasi kat sekolah..senang citer..budak2 makan bukan banyak sangat..masa balik dia tunjukkan bekas yang kosong..licinnn..baguss anak ibu..semangat nak makan dengan kawan2..pagi tadi mitak lagi nak nasi lemak..bekas tak bawa..nasi lemak bungkuslah hari ni..semoga anak ibu bahagia dan sihat sejahtera selalu..
Proton Saga SV
Ternyata harga serendah RM33,438 membuatkan banyak pihak terfikir untuk membeli Proton Saga SV. Bersesuaian dengan harga rendahnya, SV adalah singkatan kepada Super Value. Dengan promosi bayaran serendah RM250 sebulan, adakah anda akan mempertimbangkan Proton Saga SV untuk dijadikan milik anda?
Proton Saga SV didatangkan dengan 6 warna pilihan iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver dan Blue Rock. Harga RM33,438 adalah untuk varian gear manual (solid) dan RM33,888 untuk varian gear manual (metalik). Manakala untuk varian CVT harganya ialah RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metalik).
Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km. Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Adakah Proton Saga SV akan menjadi pilihan anda sekiranya membeli kereta baru di masa hadapan?
18 June 2013
Lirik Putih Putih Melati – ST12
Siapa
bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati
Kalau ada
hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati
Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati
Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima
17 June 2013
Bukit Gambang Resort City
Kami akan ke sini tak lama lagi.. bagi kajian kedua SPS bahagian...kami berdua sahaja ..ibu dengan AF..ayah tak nak ikut..katanya tunggu akhir tahun ini..nak ke sini...tadi masa meeting kata boleh tambah so, nak ajak cik na dengan AD pastu kata tak boleh plakk..kalau hubby boleh ditimbang2.. cuma ada bayaran..tak kisahlah kami akan bayar ...tak apalah tak ada rezeki kali ini..masa pi Cherenggin bawa c.na ..kali ini ingatkan dia tak nak ikut..huhuhu...kami dapat bilik studio deluxe..
tak ada tub ker...kalau ada bestkan AF..nanti pi theme park mandi puas2..
Kat sini ada 3 tema resort..Caribbean Bay Resort, Arabian Bay Resort dan Global Heritage..yang ini Arabian lah..kami dok kat sini nanti..tengok bangunan macam opis kat sini jer hikhikhik..tak boleh dipisahkan dengan tema bangunan nie..
Kiddie slide..bolehlah AF mandi manda kat sini..
Wave Pool..katanya kat sini "Best water Park in Malaysia" Bukit Gambang resort City...leisure at its best..
Boleh jenjalan kat Bandar Kuantan... ^____^
07 June 2013
03 June 2013
Selamat Pengantin Baru..31 Mei 2013
Selamat Pengantin Baru buat Cik Nie - Hanani & Hazman yang telah melangsungkan perkahwinan pada 31hb Mei 2013 (Jumaat) di Masjid Ahmadi, Kg Cherang, pada jam 10.00 pagi..hantaran dapat seutas gelang dan RM, Tahniah2..petangnya jam 3.00 ptg rombongan dari pihak lelaki tiba bagi meneruskan acara perkahwinan yang berlangsung pada hari yang sama...dah hampir dua hari majlis ini berlalu..betapa cepat masa berlalu hari yang ditunggu2 sudah menjelma seterusnya berlaku begitu pantas..
Subscribe to:
Posts (Atom)