CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

22 June 2012

Lawatan ke Muzium TUDM, Sg Besi

Foto2 sudah laama terperap dlm draft..foto ni sempena lawatan opis ibu ke Muzium TUDM..sebenarnya 3 muzium yang kami lawati hari tu dua lagi Muzium DiRaja dan Muzium Negara...ni anjuran PUSPANITA MOT..
Kapal 1st ni diberikan nama Rajawali..masih lg blh guna...kapal ni lalu Tol kat Penang ..
macam Charlie..
Kat dlm kapal..saper penah merasa naik ni biasanya pi LIMA
ni Landasan besi kat Sg Besi..ori tauu..ni kat airport 1st..ada yg elok..ada yg dah mereput..kayo mokcik kalo dpt coriii ni jual kat besi burukk ( tak kan ku buat..harammmm)

Sayapnya dari kanvas macam dlm citer omputih tuu
Model-model kapal yang Malaysia beli
Paling kiut miutt..kecikk jerr
Terima kasih daun keladi cenderamata dr air force - TUDM Sg BEsi dan staff2 yg melayan kami dengan baik...siap disediakan jamuan lagi

21 June 2012

Lakaran Retissss Taska

Cantik kannnn ni contoh ajer..bakal Taska kat MOT ..kat bangunan baru nanti

Solat 5 Waktu Sehari, Tapi Apa Pun Tak Faham...

Bahasa memainkan peranan penting di dalam kehidupan setiap manusia di seluruh dunia di mana ia menjadi kunci utama komunikasi yang memberikan kefahaman yang lebih tepat dan mudah bagi sesuatu perkara atau perlakuan.
Tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa terpenting di dunia memandangkan ia adalah bahasa ilmu dan dipertuturkan oleh masyarakat dunia di seluruh rantau benua.
Bahasa Melayu juga penting di kalangan masyarakat Malaysia memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara yang digunakan setiap hari dan difahami oleh seluruh rakyat.
Namun sebagai umat Islam, penulis berpandangan bahawa Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang perlu dipelajari, difahami dan dikuasai walaupun hanya diperingkat asas.
Sebagaimana maklum, setiap umat Islam yang mukallaf diwajibkan menunaikan solat lima waktu setiap hari tanpa kompromi dan setiap kali bersolat, kita seolah-olah sedang berkata-kata serta memuji kebesaran Allah SWT.
Jika tidak silap penulis, setiap pergerakan di dalam solat akan melibatkan penggunaan Bahasa Arab di mana setiap lafaz, surah dan sebagainya menggunakan bahasa syurga tersebut.
Tidak pernah pula kita dengar mana-mana umat Islam yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Latin, Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil atau Bahasa Melayu ketika bersolat.
Persoalannya, apakah kita faham sepenuhnya kata-kata yang terbit dari mulut ketika menunaikan solat?
Fahamkah kita apa yang kita tuturkan melalui doa iftitah, Al-Fatihah, ayat-ayat Al-Quran atau surah, takbir, tahmid, doa qunut dan sebagainya ketika melakukan solat?
Dan tidak pernahkah terdetik dihati kita untuk mengetahui dan memahami segala kalam yang dipertutur di hadapan Allah SWT itu?
Sesungguhnya penulis berpendapat bahawa sekiranya kita tahu, memahami dan mengerti tentang komunikasi dengan Allah SWT itu, sudah tentu ia akan menambah rasa zuhud, khusyuk serta rasa tawadhuk kita terhadap Yang Maha Esa.
Mungkin jika kita faham dan mahir berbahasa Arab, maka kaki kita tidak akan lenguh dan hati kita tidak akan menjerit “kenapa Imam ni baca panjang sangat!” ketika solat tarawikh di bulan Ramadhan.
Penulis sebenarnya rasa tersentuh apabila seorang pakcik berumur 82 tahun begitu “steady” berdiri qiam ketika solat tarawikh tahun lalu walaupun imam yang merupakan seorang ustaz dari Maahdad Tahfiz berdekatan membaca surah Yusuf sehingga tamat untuk satu rakaat.
Bila ditanya, pakcik itu selamba menjawab bahawa dia seronok mendengar “qasasul anbiya” (cerita para nabi) yang diceritakan di dalam surah tersebut sehingga dia leka dan menguatkan keimananannya kepada Allah SWT.
Bila ditanya lagi, pakcik itu memberitahu bahawa dia memang faham dan menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Semuanya kerana Bahasa Arab, bukan?
Jika kita belajar Bahasa Inggeris untuk ilmu, Bahasa Melayu untuk kebangsaan, apa salahnya kita berusaha mempelajari Bahasa Arab untuk Islam dan iman, kan?

15 June 2012

AF


Semenjak dua menjak ni kebizian melanda wehhh.. drafttt berderet2 tunggu Q tp tak sempat nok publish huuuuu

Sarapan Nasi Lemak home made maaa




Mungkin belum rezeki - Nora

KELUARGA bahagia... Nora dan Johan Nawawi (kiri) bersama anak-anak mereka, Mohd. Syakir Iman (dua dari kiri), Mohd. Syakir Alif (kanan) dan Putri Nur Dahlia.
JIKA hendak dibandingkan populariti mahupun penghargaan yang diterima penyanyi bersuara gemersikini sepanjang hampir dua dekad menjadi artis, boleh dikatakan ia tidak setimpal dengan kredibilitinya.
Namanya beberapa kali tersenarai dalam acara anugerah berprestij antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik, tetapi jarang benar Nora menerima pengiktirafan.
Kalau ada pun, sewaktu Anugerah Industri Muzik Kelapan (2001) apabila album Kirana memenangi tiga anugerah utama termasuk Album Pop Terbaik dan Lagu Terbaik untuk Menyemai Cinta Bersamamu dalam acara tahunan tersebut.
Lalu, persoalan yang timbul apakah Nora tidak dihargai sebaik-baiknya oleh industri mahupun peminatnya walhal dia bukan penyanyi sembarangan?
“Jujurnya, saya akui di awal pembabitan pernah terbit rasa kecewa tetapi lama-kelamaan semua itu saya anggap sebagai resam dalam dunia seni.
“Lagipun, soal penghargaan itu tidak pernah saya fikirkan atau utamakan. Sudah pasti kita mahukan sesuatu sebagai penghargaan atas kerja keras terhadap lagu mahupun album yang dihasilkan.
“Bagi saya, kalau kita terlalu mengharap tetapi akhirnya kemenangan tidak berpihak kepada kita, perasaan kecewa akan sentiasa menyelubungi," ujar Nora sambil tersenyum ketika ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi terbarunya, Hikmah di Saloma Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini.
Menyambung bicaranya, isteri kepada komposer terkenal Johan Nawawi ini memberitahu, dia cukup selesa dengan apa yang dimiliki hari ini biarpun ada yang melihat dirinya tidak diiktiraf seperti artis lain.
Pemilik trofi Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik Kedua (1994) ini juga menjelaskan dia menjadi matang seiring dengan pembabitan dalam dunia seni.
Sepanjang berada di dalam industri, dia sudah berhadapan dengan onak duri dan ranjau yang menjadikan dirinya kuat setiap hari.
Sejak bergelar juara Bintang HMI 1991, penyanyi yang memiliki vokal mantap ini tidak perlu menunggu lama untuk menarik perhatian peminat muzik tanah air.
Pernah dilabelkan sebagai klon kepada penyanyi hebat, Aishah di awal kemunculan, ternyata Nora membuktikan dia mempunyai bakat tersendiri.
Sebagai artis, dia mahu bertahan lama di dalam industri dan seandainya dirinya terus dikaitkan dengan mana-mana artis, sudah pasti dia tidak mampu membina legasi seni sendiri.
Menerusi album pertamanya, Sandiwara (1994), Nora berjaya menyakinkan peminat hiburan bahawa dia mampu berdiri dan mempopularkan namanya sendiri tanpa dibayangi sesiapa.
Terima kasih kepada lagu keramat, Di Persimpangan Dilema, karya ciptaan Adnan Abu Hassan manakala lirik nukilan Elyna itu dengan sekelip mata telah menaikkan nama Nora sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.
Ditambah pula dengan penjualan album tersebut yang mencecah suku juta salinan sekali gus meletakkan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dalam liga tersendiri.
Rentetan daripada kejayaan itu, penyanyi ini sudah merakamkan lebih daripada 10 buah album solo dan kompilasi yang telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai seorang penghibur.
Tiada rezeki
Atas alasan itu, dia benar-benar bersyukur apabila dirinya masih lagi diterima dengan baik oleh peminat dan karyawan seni meskipun penampilan dirinya kini sudah berubah.
“Apa yang membanggakan dan membuatkan saya terharu apabila diterima ketika sudah menjadi isteri. Ternyata peminat menerima kehadiran saya tanpa memikirkan soal status," katanya lagi.
Seperkara yang menjadi persoalan di kalangan peminat apabila Nora masih lagi belum berpeluang mengadakan konsertnya sendiri biarpun sudah hampir 20 tahun menjadi penyanyi.
Walhal, kalau hendak diukur kepada pengalamannya, penyanyi lagu Sandiwara ini memang sudah layak untuk menghiburkan peminat di pentas yang besar.
Ditambah dengan koleksi lagu-lagu popularnya yang sudah mencapai status malar segar mampu menambahkan merit buatnya jika Nora mahu beraksi dalam sebuah konsert.
Tidakkah Nora berasa kecil hati tentang perkara ini sedangkan ada di antara penyanyi seangkatannya yang sudah jauh ke hadapan berbanding dirinya.
Sekali lagi, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengukir senyuman dan memberikan pendapatnya.
“Mungkin saya belum cukup glamor agaknya untuk menarik perhatian penaja (ketawa). Apabila memperkatakan tentang soal konsert ini, bohong kalau saya kata tidak teringin untuk berbuat demikian.
“Saya sedar soal populariti juga memainkan peranan penting kerana konsert bukan sesuatu yang kecil. Semua perkara biarpun dianggap remeh perlu diambil kira.
“Barangkali belum rezeki saya untuk menyanyi dalam sebuah konsert dan menganggap semua ini ada hikmahnya.
“Kalau diberi peluang mengadakan konsert, saya akan melakukan yang terbaik dan semaksimum mungkin agar ia menjadi konsert pertama dan terakhir saya," kata pemilik nama penuh Wan Nora Afiza Ariffin dalam nada penuh optimis.
Sudah puas
Jika artis lain merasakan diri mereka belum puas dengan pencapaian di dalam bidang seni, tetapi berbeza pula dengan Nora.
Tanpa selindung, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu-lagu balada ini memberitahu dia cukup bertuah kerana berpeluang bekerja dengan komposer hebat yang tidak lokek memberikan karya-karya hebat kepadanya.
Lantaran itu, apabila dia kini sudah berhijrah dan merancang untuk kekal dengan apa yang dilakukannya kini, sedikit pun tidak timbul perasaan ralat di hatinya.
Dalam konteks ini, Nora memberikan contoh terhadap evolusi lagu-lagu nyanyiannya setiap kali melahirkan album terbaru.
“Lagu Menyemai Cinta Bersamamu misalnya, saya bereksperimen dengan muzik yang menggunakan elemen orkestra dan ternyata ia diterima dengan baik.
“Begitu juga dengan Samudera yang mengambil inspirasi dan semangat lagu Mentera Semerah Padi. Hasilnya, lagu itu memenangi kategori Etnik Kreatif pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 pada tahun 2007," kata Nora yang juga popular dengan lagu-lagu seperti Dendam Dalam Diam, Naluri (Hadirlah Kekasih) dan Gerhana Kasih ini lagi.
Terbaru, apabila lagu Pedoman nyanyiannya bersama Voices of Ummi memenangi Lagu Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 tahun lalu.
Meskipun Pedoman pernah ditolak oleh sebuah kumpulan vokal tetapi Nora menganggap lagu itu sudah menjadi rezekinya.
“Lagu apa sekali pun waima lagu kerohanian atau ketuhanan, apa yang penting adalah kreativiti untuk mencorakkan lagu itu.
“Memang menjadi impian saya untuk muncul dengan lagu seperti itu yang disuntik dengan koir dan menjadikan ia sebuah lagu yang besar. Alhamdulillah, percaturan itu berjaya dan mendapat sambutan baik peminat," ujarnya bersungguh.

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna