CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

20 March 2009


HARI KE DUA CUTI

Agenda Amna hari ini ialah mengziarahi semua mak saudara dan bapa saudarasebelah ayahanda Amna.Dari pagi sampai malam Amna menziarahi mereka, maklumlah adik beradik ayahanda Amna seramai 9 orang.Program ziiarah nie bermula pukul 8:30 pagi setelah Ummi zah sekeluarga datang jemput Amna kat rumah Tok Bat di Key Bee
.

Keluarga Ummi zah sekeluarga



Ibu dan nenek Amna tengah menjamu di rumah kakak sulung Ayahanda Faqiha

Saudara mara AF (1)

Saudara mara AF 2

Saudara mara AF ( 3)

Amna dan Ibu bergambar di Muara sungai Tok Bali

Bergambar di depan rumah usang ayahanda kat kg

19 March 2009

Hari Pertama cuti
Hari nie Ibu dan Cik Naa bawa Amna ke Tesco kat tepi sungai Kelantan sambil2 membeli barang-barang untuk Tok Bat buat hadiah sempena mesyuaratPIBG kat sekolah Tok Bat.Sebelah malam pula Cik Naa belanja makan kat restoran terapung di muara sungai Pantai Sabak
Amna skg, setakat pandai meniarap nie..bangkit dari tidur terus meniarap

Seronak aa Amna , ibu nak belikan dia alat mainan tu

Ibu,belanja donuts untuk adik2 kat rumah.

Bapa saudara dan mak saudara Amna Faqiha

Menjamu selera di Restoran terapung di muara sungai Pantai Sabak


Kwe Tiau Lakna

18 March 2009


AF DI LCCT

Alhamdulillah,skg nie Amna telahpun selamat sampai kat kg untuk bercuti selama lima hari...Semalam,setelah pulang dari tempat kerja jam 5 petang,ibu terus ambil Amna kat Taska. Setelah pastikan tiada apa lagi yang tertinggal , lebih kurang jam 6.30 ptg kami bertolak ke LCCT.Dalam fikiran rungsing jugak takut2 Amna menangis dalam kapal terbang nanti,maklumlah inilah pertama kali Amna naik flight selepas di lahirkan..dulu masa fist dia naik kapal terbang ok tak buat hal..tapi masa tu dia dalam peyut ibu lagi he he he

Ibu dan Amna di LCCT tengah "chek-in" beg


Sementara menunggu waktu berlepas, Amna dan ibu sempat lagi ronda kedai2 kat dalam LCCT
Setelah selesai ronda2 berehat kejap sementara pintu gate di buka.. nasib baik Amna ok malam nie...tak meragam, kalau kat rumah waktu nie Amna dah zzzzzzzz .

Wah bersemangat beeetul ibu nak balik kg, siap beratur kat depan sekali,sambil berborak2 dengan kawan baru

Amna pulak cukup ceria malam nie, macam tahu2 nak balik kampung, kalau macam niebulan depan kita balik kg lagi yeaa.


Sempat lagi bergambar dalam "kapa tube" sebelum ianya berlepas..ccaya lah Amna

Sarapan tetap sarapan..walau dimana berada.. Amna Amna

Alhamdulillah selamat sampai di Airport Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa jam 11 malam...walapun agak lewat setengah jam dari jadual asal

Terima Kasih Cik Naa kerana datang jemput Amna kat Airport.

Suasana sibuk di LCCT

16 March 2009


CUTI-CUTI MALAYSIA
Selalunya dua hari sebelum bertolak balik..ibu Amna akan berkemas sedikit demi sedikit barang2 apa yang patut untuk di bawa balik kampung nanti.

Bila beg ini dah di bawa turun dari atas almari,menandakan masa untuk balik kampung semakin hampir

.
Barang2 Amna telahpun ibu isikan terlebih dahulu dalam beg

Minggu lepas Amna dapat 4 pasang kasut hadiah dari

Ibu,Cik Naa,Tok Su dan ayahanda

Kasut yang mana satu sepadan dengan Baju dan skirt nie yea?

Amna bersama teman2 sepermainannya (he he) di atas katil

Aktiviti yang selalu Amna lakukan dihari minggu jika tak keluar kemana-mana

Amna dah boleh meniarap (14/03/09) dengan jayanya

::Try mEnjwB TaG::



Ditag oleh CoNniE.

1. What were you doing five years ago?

Baru kawin..'n' msh apply keje2..tanam anggur jap.

2. What were the 5 things on your to do list today?

  • Siap2 AF ke taska
  • Pegi keje
  • Wat apa2 yg patut kt opih
  • Balik keje
  • Amik AF..hehehe

3. What are 5 snacks that you enjoy?

  • Kropok Ikan
  • Mr Potato
  • Twisties
  • Super Ring..bestt
  • Krepek2 3 Rm10.00

4. What are 5 jobs you've had?

  • Keje kat kat kodai cermin mata..(3 bln jek)
  • Wat SSL..yg k'jaan n Kem. Sumber Manusia wat 6 bulan ..dpt elaun tu di KPKK
  • Keje sambilan kat Biro Tatanegara (1thn++ sbb kawin brenti daa)
  • Keje kontrak kat JPM Putrajaya (1thn++)
  • Keje totap da dpt di opih yang sama..
5. Tag 5 person and who are they?
  • Rosmona - Ibu Hanna
  • Ibu Afiqah
  • Dyla - Ibu Inas
  • Zieha - ibu Firas
  • Gee Ryder - Ibu Aqeel

15 March 2009

PUISI BUAT GURU
Sempena dengan musim cuti persekolahan iniAmna ingin mengucapkan selamat bercuti dan beristirehat buat Tok Bat,Cik Naa dan Mok Jah.InsyaAllah hari selasa nie, Amna akan balik ke kampunguntuk sama2 memeriahkan cuti persekolahan.

Kalau Guru…

Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja perlu dikerah
Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang
Kalau guru kenal pelajar
Di luar kelas dia tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua murid dapat dibimbing

Kalau guru kencing berdiri
Murid pula kencing berlari

Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk

Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar penuh ralat

Kalau guru banyak cakap
Ada murid bertambah gagap

Kalau guru mengajar tanpa nilai
Tidak akan tahu murid pandai

Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun

Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara

Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelas jadi hiruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru tak galakkan mencuba
Murid sekadar asyik menerima

Puisi ini Amna copyright dalam blog http://suzanalelawatty.blogspot.com/, skrg Amna kongsi2kan kat sini...

Oleh kerana Amna tak kemana-mana cuti hujung minggu nie...so tak adalah gambar dan aktiviti terbaru Amna he he..

12 March 2009

AF KE KK LAGI

Semalam AF dan Ibu ke Klinik Kesihatan (KK) Putrajaya untuk rawatan bulanan Amna.Sebelum pergi klinik Ibu bagi Amna minum ubat demam dulu..Nasib baik bulan ni tak ada suntikan, cuma rawatan biasa saja..risau jugak takut2 selepas suntikan Amna demam , maklumlah minggu depan (17/03/09) Amna akan balik kampung bercuti selama lima hari..saja balik kampung pada musim cuti sekolah..meriah ckit.
emm macam bulan lepas jugak...balik dari klinik terus ke food court Presint 9 untuk sesi isi peyut..maklumlah klinik ngan food court bersebelahan jea..

Amna tengah tunggu giliran jumpa doktor

sementara ayahanda order makanan amna dan ibu online tnet dulu

Amana dan ibu tengah layari web apa tuu?

ooo ...tengah hapdet blog Amna Faqiha rupanya

Ibu order nasi kerabu ayam goreng,ayah amna pulak nasi kerabu daging goreng


Dialog ibu dan anak

11 March 2009

AF DI PAMERAN PENGANTIN
Pada hari isnin lepas,sempena dengan cuti Maulidul Rasul Cik Naa dan Ibu bawa Amna ke Pameran Pengantin 2009 di The Mall Shoping Centre iaitu berdekatan dengan PWTC, hai Bu anak baru umur empat bulan tak kandah nak booking set pengantin ker he he..
Antara koleksi dan pameran yang di pamerkan

Kesian kat Amna sampai tertidur..letih yang amat sangat tuu

Sebelum bertolak sempat lagi berposing kat balkoni

Pic AF yang terpilih bln ini

09 March 2009

Masyarakat Islam perlu menghayati makna di sebalik sambutan Maulidur Rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.
Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 128 bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang mukmin.

Ayat ini menunjukkan bagaimana Allah SWT memuji peribadi Nabi Muhammad SAW yang begitu prihatin membimbing dan menyelamatkan umat manusia daripada pelbagai kesulitan di dunia serta keselamatan mereka di akhirat.

08 March 2009

TOK SU DAN ANAK2...?
Pagi tadi (8/03/09) Tok su dan anak2 datang ziarah Amna Faqiha.Sebelum tu kira2 pukul 5.30 pagi cik Naa baru sampai dari kelantan..kira2 meriah jugak la suasana hari minggu kali nie..kalau tak Amna di temani oleh ayah dan ibu sajer..pagi2 lagi ayah Amna pergi ke pasar kat Presint 8 membeli apa yang patut.Ibu bercadang nak buat kuah laksa penag dan laksam kelate..

Laksa dan laksam yang ibu sediakan
Anak2 Tok Su sedang bermain ngan Amna Faqiha

Ibu ,Amna , Cik Naa dan anak2 Tok Su bergambar depan Parkson kat Alamanda
Anak2 Tok Su bergambar sakan kat Alamanda

AF dah nak cuba makan aiskrim

Tok su dan cik Naa sedang menjamu selera di food court Alamanda

Ibu, Cik Naa dan Ayahanda

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna