CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

11 March 2009

AF DI PAMERAN PENGANTIN
Pada hari isnin lepas,sempena dengan cuti Maulidul Rasul Cik Naa dan Ibu bawa Amna ke Pameran Pengantin 2009 di The Mall Shoping Centre iaitu berdekatan dengan PWTC, hai Bu anak baru umur empat bulan tak kandah nak booking set pengantin ker he he..
Antara koleksi dan pameran yang di pamerkan

Kesian kat Amna sampai tertidur..letih yang amat sangat tuu

Sebelum bertolak sempat lagi berposing kat balkoni

Pic AF yang terpilih bln ini

09 March 2009

Masyarakat Islam perlu menghayati makna di sebalik sambutan Maulidur Rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.
Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 128 bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang mukmin.

Ayat ini menunjukkan bagaimana Allah SWT memuji peribadi Nabi Muhammad SAW yang begitu prihatin membimbing dan menyelamatkan umat manusia daripada pelbagai kesulitan di dunia serta keselamatan mereka di akhirat.

08 March 2009

TOK SU DAN ANAK2...?
Pagi tadi (8/03/09) Tok su dan anak2 datang ziarah Amna Faqiha.Sebelum tu kira2 pukul 5.30 pagi cik Naa baru sampai dari kelantan..kira2 meriah jugak la suasana hari minggu kali nie..kalau tak Amna di temani oleh ayah dan ibu sajer..pagi2 lagi ayah Amna pergi ke pasar kat Presint 8 membeli apa yang patut.Ibu bercadang nak buat kuah laksa penag dan laksam kelate..

Laksa dan laksam yang ibu sediakan
Anak2 Tok Su sedang bermain ngan Amna Faqiha

Ibu ,Amna , Cik Naa dan anak2 Tok Su bergambar depan Parkson kat Alamanda
Anak2 Tok Su bergambar sakan kat Alamanda

AF dah nak cuba makan aiskrim

Tok su dan cik Naa sedang menjamu selera di food court Alamanda

Ibu, Cik Naa dan Ayahanda

07 March 2009

TIPS CARA MENDIDIK ANAK SEDARI AWAL



Setiap pasangan dan ibubapa mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang.Untuk itu marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama..

Menurut salah seorang Pakar Motivasi,antara kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak Iaitu;

1) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

2) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

3) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

4 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

5) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
6) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
7) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
8) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
9) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

10) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
11) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

02 March 2009

AF DI ONE UTAMA
Semalam (1/03/09) Amna Faqiha(AF) ronda-ronda kat One Utama PJ.Kesian jugak kat Amna, sebab dah dua minggu lebih dok kat rumah jea.. pada awalnya bercadang nak ke Mydin kat Presint Diplomatik Putrajaya jea..entah camana boleh terlajak sampai One Utama Plak .

AF dah pandai bermain dengan mainannya

Lusa, umur Amna Faqiha dah nak masuk 4 bln

AF sedang bersarapan depan burger king kat One Utama PJ.

Gambar atas 5/10/2008 , Amna Faqiha malu untuk bergambar,sebab tu dia bersembunyi didalam baju ibu.
Gambar bawah 1/03/2009, Amna Faqiha dah bersedia untuk bergambar setelah 9 bulan lebih bertapa

Bergambar depan aquarium One Utama PJ

Amna nak mainan apa? habaq jea..Ibu nak belanja jea tuu

15 February 2009

14/02/09 = 100 hari
Tanggal 14/02/09 genaplah usia Amna Faqiha (AF) 100 hari. Skg nie AF dah cuba2 nak meniarap,tapi belum berjayalagi sepenuhnya,mungkin akhir bulan nie dah boleh kot.Semalam Cik Na dan Ibu bawa AF jalan-jalan kat Alamanda.Nasib baik Cik Na datang cuti hujung minggu nie, dapatlah AF dan ibu keluar , kalau nak harapkan ayah Af, asyikterperap kat rumah jea.laptop laptop he he
Gambar terbaru Amna Faqiha..usia 100 hari

Amna Shoping apa kat Alamanda tu?

Cik Na dan Ibu sedang menjamu selera di noodle station...
mana Amna faqiha???

Amna Faqiha sentiasa dalam dakapan Cik Na


12 February 2009

AMNA FAQIHA KE KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA
Semalam ibu bawa Amana Faqiha ke Klinik..untuk suntikan bulanan...risau jugak takut2 demam..nasib baik masa nurse suntik, Amna menangis kejap je.

Amna sedang menunggu Nurse bagi suntikan

Selepas balik dari klinik Ibu belanja nasi kerabu
di Food Court Presint 9
Amna di pangkuan Ibu
Ibu letak 'kain tuala basah' kat kepala Amna,
sebab suhu badannya agak panas ,tapi tak demam
Kecian kat Amna

09 February 2009

UMUR AMNA FAQIHA DAH 3 BULAN 5 HARI
Sedar tak sedar skg nie umur Amna Faqiha dah masuk 3 bulan..cepat betul masa berlalu, rasanya seperti baru semalam Amna di lahirkan.Apa-apapun..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ILAHI kerana proses pembesaranya berjalan dengan baik tanpa ada sebarang risiko...Amna nie semakin hari semakin GEBU hehe..tambah2 tang pipi tuu..kalau bulan lepas berat timbangannya 5 kg lebih..bulan nie mungkin dah naik 7 kg kot...

Gambar terbaru Amna Faqiha
Hari pertama kelahiran 04-11-08

01 February 2009


TOK SU DATANG ZIARAH AMNA FAQIHA
Pukul 11.am tadi (AHAD) Tok Su dan family datang ziarah Amna Faqiha..ibu sempat goreng bihun walaupun kesihatanFaqiha tak mengizinkan..Faqiha ucapkan terima kasih buat tok su sekeluarga kerana bersusah payah bawa alat mainan buat Faqiha..JAZAAKA ALLAHU KHAIRAN KHASIIRA..
Tok Su dan anak2 sedang memasang alat mainan untuk Amna Faqiha
Anak2 Tok Su sedang bermain dengan Amna Faqiha

Alat2 mainan yang Tok Su bagi kat Amna Faqiha

Anak sulung Tok Su

Anak ke 2 tok su


Hero tunggal tok su



Amna Faqiha jumpa doktor

Semalam (sabtu) ibu bawa Amna Faqiha ke klinik Lita Alis kat prisent 9G,kerana ada tanda2 seriawan (serawam) dalam mulut..tapi alhamdulillah semuanya ok..


Sempat lagi tersenyum sebelum pergi klinik

sementara menunggu doktor panggil sempat lagi..bersarapan..
doktor sedang bertanya sesuatu kat ibu tentang masalah Amna Faqiha


AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna