CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

14 August 2012

S.o.G.o

 Ahad baru-baru ni mengharungi lautan manusia kat Jln TAR, Masjid India dan Sogo..ayahanda memaksa ibu untuk pergi bersama heheheh...
 Dapat kat AF lagiii...ibu tak dapat apa-apa..kasut tu ditaja oleh Cik Nie sempena gaji pertama..terima kasih daun keladi..duit raya jgn lupa tauu..
 Tuan empunya kasut dan selipar...oh semenjak dh besauu nie susah bebenorr nak beli & pilih kasut..nak pilih sendiri..abis try tak tau yg mana dia berkenan..kat Bata tak ada pilihan ..ni pi Sogo..itulah akhirnya menjadi pilihan anak daraku nan seorang nih..dua tu RM90.90..cantik nombornya..
 Barbie tu pon masih baru..suh amik yg lain tak nak...nak jugak besau saiznya..bila muat tak tahu..pakai kat rumah dulu
Model yang tak sah kalo tak masuk fotonya...

Baju Raya 2

Baju Raya AF tahun ini...nanti boleh buat baju basahan...kalau boleh semua nak finkkkk..pengsan makcik menengoknya..baju kurung tu order ngan sinarinspirasi...sebenarnya kawan ayahanda AF tapi ibu tak beritahu pun masa order...mana tahu kan dapat lagi murah..tak nak lah mcm tu..lain kali boleh order lagi..gaun & blouse dari PPG dan Pooh..peminat setia PPG dr kecil 

RM & Sampul Raya

 Saper nak duit raya..meh sini...
Sampul raya ..ayahanda yg bawa balik..

Acara AF


TEMAN 2012

 Boleh terlupa nak hapdet pasal TEMAN sukan kat sekolah AF..kejadian sebelum puasa baru-baru nie..
 AF kat depann tu bersama bestfrenz Shana, Shasha dan Alisha..tak boleh berpisah, kalo hilang salah sorang mencari laa..
 Mana AF?...
 Hadiah-hadiah yang disediakan..apa yg bakal AF dapat..ada rezki dapatlah..
 Acara untuk umur 4 tahun..AF la tuuu..acara kutik coklat..AF mcm biasa lah bukan kutip tp tengok jer org dok mengutip..mana nak dia berebut dan rimas-rimas giteww..

 Bestfrenz nama Alisha
  Menunggu untuk acara bawa bola pingpong dlm sudu
 Pemenangnya..dikira menang jugaklah kan di tempat kedua..dpt Perak..Tahniah buat anak ibu dan kawan-kawannya...
 Yeay..Naib Johan acara bawa bola ping pong dalam sudu
AD datang memeriahkan dan menyokong AF..

13 August 2012

Baju Raya

 Bungkusan lagi...syokkk..hari-hari dok tunggu..sampai ko tidokk..mcm tak dok keje kan..sambil-sambil keje lah..maklumlah dok admin..apa-apa hal sampai kat bahagian kite kannn..
 Extra baju kurung si gegirl nie..dua helai lagi ada kat kampung..upah jahit sebelum Ramadhan lagi..bestnya oder ni kalo beli 3 helai dapat percuma t-shirt..
Best kainnya..sejukkk...sedan-sedan elok la dgn AF...saiz 4 utk umur 4 tahun..model baru sembuh choc. pox..

ClensUp

ClensUp®

Kesihatan Yang Hebat Bermula Dengan Kolon Sihat!
Sistem pencernaan manusia adalah sistem yang sungguh kompleks, berfungsi untuk menghadamkan makanan, menyerap khasiat-khasiat makanan dan menyingkir bahan buangan. Bermulanya saat sesuatu makanan memasuki rongga mulut sehingga bahan buangan disingkir daripada tubuh kita, waktu perjalanan ini dinamakan waktu transit. Lebih lama waktu transit ini, lebih lamalah bahan-bahan bertoksid berada di dalam sistem anda.
Selain daripada itu, satu lagi faktor yang penting dalam penjagaan kolon (usus besar) ialah populasi bakteria baik. Koloni bakteria baik ini akan mengawal populasi bakteria penyebab penyakit daripada berkembang biak dimana bakteria ini akan mengeluarkan bahan-bahan toksid seperti radikal bebas mahupun bahan-bahan yang boleh mengakibatkan berlakunya kanser. Nisbah populasi yang sihat di antara kedua-dua bakteria ini ialah, 80 peratus bakteri baik, 20 peratus bakteria penyebab penyakit. Malangnya, rata-rata usus manusia pada zaman sekarang mengandungi populasi bakteria penyebab penyakit sebanyak 85 peratus. Ini adalah disebabkan oleh pola pemakanan manusia zaman sekarang, dimana pengambilan makanan yang diproses lebih tinggi di samping kurangnya pengambilan makanan yang berserat tinggi.
Apakah Serat Makanan ?
Serat makanan, terbahagi kepada dua jenis iaitu serat larut dalam air dan serat yang tidak larut. Serat terdiri daripada sel-sel tumbuhan yang sungguh kompleks yang tidak boleh dihadamkan atau dihadamkan sebahagian sahaja oleh sistem pencernaan tubuh.
Serat makanan bertindak seperti “penyapu”, membersihkan kolon dengan membuang dan meneutralkan, toksin, lendir berlebihan juga menggalakkan pembiakan bakteria yang baik untuk kesihatan kolon yang optima.
Serat tidak larut air akan menambahkan saiz najis dan memudahkannya disingkirkan, menolong mengelakkan terjadinya sembelit dan penyakit kolorektal yang lain. Proses penyingkiran najis yang sihat akan mengurangkan waktu transit untuk penyingkiran yang lengkap.
ClensUp® Uptrend2u™
ClensUp™ Uptrend2u™ ialah minuman botanikal semulajadi mengandungi serat dari tumbuh-tumbuhan. Dirumuskan di USA, ClensUp™ Uptrend2u™ dengan ramuan terpilih seperti Beta-Glukan, FOS(frukto-oligosakarida), serat oat, wheatgrass, barleygrass, bayam dan psyllium husk untuk penjagaan kolon yang berkesan seterusnya memelihara kesihatan secara am.
Psyllium Husk
Psyllium Husk is high in dietary fibre. It forms a viscous gel in the stomach to increase bulk, reduce bowel transit time, maintain the optimal function of the intestines, and regulates blood sugar levels. According to the USFDA, psyllium husk also helps to regulate blood pressure and reduce blood cholesterol level especially the LDL.
β-glucan
β-glukan ialah sejenis bahan aktif di dalam serat larut oat. USFDA memperakui bahan ini berkesan di dalam mengurangkan kolesterol darah dan mengawal atur tekanan darah, dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit angin akhmar dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.
FOS (Fructo-oligosachharide)
FOS ialah bahan prebiotik dan bifidogenik. Bahan ini memberi khasiat untuk perkembangan bakteria baik di dalam kolon dalam mengimbangi populasi bakteria baik untuk kesihatan usus yang hebat.
Barleygrass And Wheatgrass
Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin-vitamin, garam galian, klorofil dan SOD iaitu enzim anti-oksida yang membantu melenyapkan radikal bebas, membantu dalam proses penghadaman, ditoksifikasi (penyingkiran toksin), dan menggalakkan metabolisma fisiologikal yang normal.
Saranan Penggunaan
Campurkan sepeket ClensUp™ Uptrend2u™ dengan 250ml air pada suhu bilik di dalam pengocak, kocak hingga larut dan terus diminum. Boleh diambil satu atau dua peket sehari. Penting untuk meminum air kosong/mineral sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.
Sijil Halal
Klik sini untuk Sijil Halal.
Harga Runcit Setiap Unit
ClensUp®: RM121.60

Ber'ClensUp'

Tahun 2012 banyak barang-barang diorder dengan on9 sahaja..berkenan jer bagitau pokcik rimau..dia mengaum setuju haaa sampai lah barang...senang..cuma harap-harap tak ada lah yang tertipu dengan penjual yg tidak bertanggungjawab..Nauzubillah...mitak dijauhkannnn..nie yang ibu punya..tujuannya nak cuci usus..adalah rasa lemon skitt..kalo tengok iklan ada mcm-mcm daun spt barli...cium bau mcm daun senna pon ada..daun yg tuk cherry berry tu biasanya digunakan utk kuruss...kaler air pon ijoo...apa-apa pun...gunalah sbb dah beli...proses mcm biasa tak ada lah mcm contoh yg dia bagi...salah satu sebab ibu jenis yg lps makan terus proses so output jika makan clensUp nie macam biasa jerlah...

Biskut Raya

 Tahun ini paling tak ada oder biskut raya..hanya satu jenis ini sahaja..ini pun bukan kategori biskut..hanya badam celup coklat..yang penting anakanda makan...setakat ni dia makan lah beberapa biji sekali makan..
Sedap jugakk...oder ngan boss kat opisss..ms sbl puasa ramai yg bawa tester kat opis...

09 August 2012

Agar-agar Karamel

 Kenapa ibu tulis agar-agar bukan puding karamel...sebab senang jer ..guna agar-agar lah kann..tak susah-susah nak guna telur dan kukus...bahan-bahan hanya serbuk agar-agar, susu cair 1 tin, gula untuk karamel, kastad dan esen vanilla..
Bebas telur..tidak hanyir hehe..yang nie gula tak berapa nak hanguss

Colek Ayam ala Ayahanda

 Di sebabkan kerinduan keamatan colek kat kampung maka Ayahanda sudi membuatnya untuk kami..terima kasih daun keladi...kalo org luar mesti tak tahu apa itu maksud colek..kalo kat luar colek ni macam air pencicah lah..pelabagai jenis colek yg ada..blh dibaut sendiri atau guna yg dah siap dijual...kalo rojak beza cuma rojak kelate ada mee...colek ayam ni kat kelate jer kot..glamor time puasa..hari biasa jarang ada...colek ikan..sotong..dll setiap hari ada..biasa dijual kawasan pantai...mebeless opss...ini bahan-bahan asas yang ayahanda sediakan,.ada paru goreng terlebih dahulu, colek malass ( cucur ), tauhu goreng, keropok, fishball goreng, ayam goreng, salad dan timun..
 Colek ayam versi kedua...kuah/colek ayahanda buat sendiri menggunakan nisee(gula melaka), bijan, kacang tanah dan cili..
Colek ayam versi pertama...sebelahnya ada colek buah...ada timun batang, mangga epal dan sengkuang..colek made in Adabi...

Iftar ke-2

 Ibu masak nasi Ayam dan agar-agar Karamel..ayah buat colek ayam, onde-onde serta butir nangka..c.na bw puding roti dan air melon

Gula hangus nampak la mcm karamel sikit..yg sebelum ni pucat saja..

Iftar 1

Masih dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah...hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun 2012 akan meninggalkan kita...sempat ke tidak untuk kita mengharungi bulan Ramadhan tahun-tahun hadapan..insyaAllah jika diberi kesihatan yg baik..panjang umur berjumpa lagi...

Tahun ini belum iftar di luar lagi...walaupun berbuka tak masak cuma tunjuk-tunjuk sahaja tapi tetap berbuka di rumah...lagi selesa kannn..(ayahanda bila nak berbuka kat luar ni)...Esok Jumaat C.na & Ngah nak mengajak kami beriftar di rumahnya di Puchong...

Dua minggu lepas hari Ahad kami mengajak C.Na berbuka di rumah..dua kali lah kami ktung ktang kat dapur sekali lagi Sabtu lepas ..hehehe..
 Kali pertama c.na sponsor nasi kerabu..kami sediakan kuih, colek buah dan colek ayam...sedapnya..
 Ada agar-agar karamel, kuih-muih, onde-onde c.na tak ada kelapa, nasi kerabu dan air pelbagai rasa
 Model yg ada chicken pox
Colek ayam yang famos kalo di Kelate..ready made oleh ayahanda..


Kurma..kurma..kurma

Kurma...kurma..kurma....Alhamdulillah dapat rezeki kurma...hari ini masih ada lagi yang bagi walaupun Ramadhan dah menghampiri penghujungnya...kami sebelum puasa sudah beli sekotak buat persediaan bulan puasa dan sekotak dikirimkan buat keluarga tercinta..

 Kurma pak Yusuf Taiyoob menjadi pilihan..kalau sesiapa perasan dari highway nak menuju Pulau Pinang ada Kilang pak yusuf ni..
 Kurma Wasem ni dapat daripada Kelab Kebajikan dan Sukan
Marya..kelasss gitewww marya...tak tau dr saper..apa-apa ponn terima kasih kpd yg sudi memberi..kami menerima seadanya...

06 August 2012

Nasi Bukhari- cadangan menu Iftar dari C.Na

NASI BUKHARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Enak dimakan bersama ayam panggang halia resepi Chef Hanieliza
(nnt akak masukkan resepi dlm entry selepas ni ya...xdan laa ni.. )

Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...

Angan2 Resepi Raya ni

Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Cik Nie sponsor Pes dr Sarawak

03 August 2012

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM SEDAP

~~~~Selamat berbuka Puasa~~~



Resepi kuih badak berendam yang sangat sedap dan mudah serta bagaimana cara membuat kuih badak berendam dan resepi.
Sebelum itu apa salahnya kita mengetahui lebih lanjut mengenai kuih badak berendam ni.
SEJARAH RESEPI KUIH BADAK BERENDAM
Kuih badak berendam juga dipanggil sebagai sopang di Negeri Sembilan dan kuih tradisional yang sangat popular di kalangan kaum melayu di Malaysia , terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih badak berendam dibuat daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan tetapi bahagian tepung ini dibuat tawar sebab ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Selalunya kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.
RESEPI KUIH BADAK BERENDAM
Berikut merupakan beberapa resepi yang diambil dalam beberapa laman dan ianya sangat sedap
Resepi Kuih Badak Berendam 1
Bahan untuk inti kelapa kuih Badak Berendam:
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup
rasa
1 helai daun pandan
Cara membuat inti kelapa:
1.Masak gula melaka & gula pasir
bersama air hingga gula larut.
2.Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api.
3.Akhir sekali, masukkan tepung
jagung dan digaul rata hingga inti
pekat.
4.Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.
Bahan untuk kuah Kuih Badak Berendam
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau
tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup
rasa
Cara membuat kuah:
Satukan semua bahan lalu dikacau
sehingga pekat.
Bahan untuk kulit Kuih Badak Berendam:
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)
1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)
Cara membuat kulitnya:
1. Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain.
2. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. 3. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan.
4. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang
mendidih itu.
5. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap.
6. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.
Anda boleh mencuba resepi kuih badak berendam ni dan resepi lain. Semoga berjaya

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna