CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

13 July 2012

Kehepsi Flaming Crunch

 Bagi ambo tak podasss pommmm...
 Untuk si gegirl ni oder yg original lah
3* jerlah

KRR

 Maafkan kami hehehhehe da lama tak oplodddd..dah oplodd temanya makan..makan..makan..
 ke uncle kenny lagiii..peaceeeee


Rasama @ Warta, Bangi

My anak dara yang tak dipisahkan dengan nasi...so... kena oder dan makan tempat yg ada nasiii..
gambar2 makanan lain tak sempat ambil..selamat di ngappppp....

Beger Bakorrr..kaw..kaw...

Haaaaaaaaaaaaaa tuuuu diaaaa...nak makan ni dah tercapai cuma yg beger mcm2 size tu blom lagiii...
makan beger ni pon satu suratan dan kebetulan jer...tak ku sangka dan tak ku duga terjumpe mende nih kat Puchong..

Alkisahnya pi Umah Cik Na kat Puchong..sopim2 kat Car4...pastu otw nak balik umah jumpe food court ..kat situ byk stall..tgk 1 stall tu org berbaris ramaiii..ghupenya "Burger Bakar Kaw-Kaw"..apalagi join beratur..korang dh test kerrr...

Snogurt

 Peaceee & 1 Malaysia dr anak dara & teruna niee...heppy yea dpt guling2 kat katil tuuu..buat mcm umah sendiri..
 Lepas sopimm kat Mydin ternampak tutti frutti snogurt ..time ni baru buka..belon pon masih ada..dpt less lg w/pon kat bunting bgtau sbl kul 6..kami pi dah hampir jam 11mlm..
 Acu try cuba testt..sama jer ngan TF tuu..rega snogurt nih murah ckit laa..opps lopa ni retisss Raja Farah punya owner...sbl ni tgk paper kat Kajang jer..

FLORIA 2012

 Entah mengapa tahun ini tidak berapa ada mood utk menjengah Floria yang baru sahaja habiss..mungkin tajuk dan tema bunga kertas kot..kasihann kan kat bunga tu cantik apa...orang ramai berpusu-pusu melawatnya..cuma kami yg mood nya ke laut sedikit..
 Pergi hari 1st..cumaa singgah sekejap sahaja..

 Rekaan ni boleh dikatakan yg plg menarik dlm khemah tuu...sbb byk tempat yg tak pergi kat luar so tak boleh nak komen dan upload gambar2 lain
Sekain sudaaaa untuk 2012..panjang umur jumpe Floria 2013...tatatatatatatata

Result Semester 1

 Exam Semester Pertama hari tu..walaupun tidak berapa sihat tapi anakku tetap habiskan sessi examnya..markah dapatlah 80% ke atas semuanya..walaupon AF tak menjadi JUARA dlm kelas tp Amna tetap JUARA di hati Ibu...semoga AF lagi gigih untuk meneruskan apa-apa cabaran dan rintangan yg mendatang...

o.k lah untuk umur 4 tahun..

07 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AYAHANDA AMNA

Selamat Hari Lahir buat Ayahanda Amna hari ini..07072012..semoga diberi kesihatan yg baik, kesejahteraan dlm hidup..lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..tahun ni +1 umur kat depan...da jd geng 40-an....tengahari tadi kami sekali lagi ke Restoran Saba di Cyberjaya, ayahanda belanja nasi arab & kebab ayam..



05 July 2012

Taubatan Nasuha-Qasidah Istighfar


Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

04 July 2012

TMFM

Cerita basi baru nak uplod...ni sehari dua sbl TMFM renovate hari tu..sekarang dah buka balikk..



mebelesssssssss

so yummyyyyy

Berkelah d tepi Tasik



F.a.q.i.h.a

"Menang Membeli Alah Memakai" ada kena mengena ker hahahha...ni yg ke 3 sudahhh...harap2 berkekalan lah yea...

Lawatan ke Muzium Istana Negara

Lawatan PUSPANITA MOT ke Muzium2 dah lama...so tengok gambar2 jerlah..












B.O.N.U.S R.A.Y.A 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” kata Najib. Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama


Nota Jariku: *** Emmm syukran2 ya PM...bukan kami x bersyukur tp apa salahnya kalo dibahagi sama jumlahnya x kira apa pangkat atau gred...kalo golongan mcm kami ni x merasa sangat punn..kalo basic 50k bg setgh bln gaji mmg berbaloi2 kan..kalo kami x sempat nak kira da habiss..apa2 ponn thanks againnnnnnnnnnn..semakin nampak kehadiran PR...apa citer MoF ada balance ker nk agih2 bonus tu hehehheheh... ^_^

03 July 2012

Bersabarlah Duhai Hati


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
- Artikel iluvislam.com

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna