CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

09 March 2012

PERJUMPAAN KHAS PENJAWAT AWAM


 Mendapat sambutan yang menggalakkan
 Walaupun dah penuh..tetap nak masuk juga..

 Hujan dari malam hingga ke pagi..


Sessi Penerangan sehari sebelum perjumpaan bersama penjawat awam

 Tuan TSUB(S) memberi taklimat kepada urusetia-urusetia dalam dewan Perdana..bertuah kami hari tu dapat melawat tempat2 yg pada hari biasa tak dapat masuk kalau tiada urusan..
 kat dewan Plenary..ada sessi rehearsal PABM..malam tadi dah final..negara Afghanistan yang jadi juara..kelakar sungguh

K.L.C.C part 1

 Hampir seminggu baru sempat upload gambar2 kami ke KLCC..
 Sekali dapat masuk kat petrosains tp yang free..
 Buat apa tu Amna?
 VroOm..VroOmmm


 naik motor ngan ayahanda
Jumpa plak fimble ni kat sini..patutlah tak ada kat Alamanda dah terbang ke sini rupanya..kat Sogo pun ada 1 ..

08 March 2012

SBPA Dimansuhkan dan SSM Diberi Penambahbaikan

Perdana Menteri mengumumkan hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan. SSM atau Skim Saraan Malaysia akan digunapakai semula dan diberi penambahbaikan. Itu lah pengumuman khas dan berita baik yang disampaikan pada semua penjawat awam setelah SBPA mendapat kritikan ramai penjawat awam yang tidak berpuas hati.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Dalam tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.
Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.
Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.
Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan  beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.
“Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini,” katanya.
Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

sumber : Malaysiakini

::5S:: again..& again

Hari ni MPC bakal mengaudit buat kali ke-2 ..."5S"
Boleh ker menda2 ni suma tak ada huuu...boyimmm maaa


Kami sedang menunggu kehadiran MPC...dan petang ni dipaksa reLa ke PICC demi majlis esokkk..

:: WordLEsS WeDnesdAy ::

 Nak tengok ngan my GegiRL..

06 March 2012

Sera-Badai Asmara


Selamat Hari Isnin semua..hari ni hari kasih-kasih dengan my Gegirl kat rumah...hari jumaat amna tak berapa sihat..kalau ikutkan nak ke tadika hari ni tapi biar dia betul2 sihat..esok bolehlah pergi tadika yea sayang...

03 March 2012

Sopim-sopim

HAri ni ada jualan..sambungan dari jumaat lepas..biasalah selepas gaji..cuci2 mata pon kuar jugak $$$$, kat jualan beli sepit & skarf Amna, sarung bantal..kismis bersama kacang2, sarung bantal dan kek yang pelbagai perisa..kemudian keluar sekejap pi COSWAY Presint 14, ..
hasil kat COSWAY..

^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
 Masker...best ni..hitam2 si masker bioglo..
 Dark coklat..buy 1 free 1...nak habis stok kot..
 Nak clearkan tangki sinki..nak cubalah ..
 Kek kat jualan ..Danish pastry
3 ketoi kek choc chezz, ori chez & pandan layer

Berbowling lah kite

 Malam tadi seksyen ibu ada lawan bowling..saja suka-suki...amik 2 game tapi satu game pon tak sempat nak habiss..sebab balck out maa..ibu lontar baru kali-3...macam la pandai sangat..dah lama tak main..bertahun2 sudaa..Amna nak ikut..datang bersama c.Na family..bawa bekal biskut untuk amna..dah ada tanda2 nak demam..pagi ni duk ngan ayahanda rehat kat rumah..

 Barisan2 handalan juara bowling

 Apa lam kotak tuu..

 Chaiyok2 ..semangat berkobar2 tapi apakan daya ..ada halangan dek kebakaran janakuasa kat Bangi berdekatan dengan kilang SONY...permainan ditunda ..

 Bukti kegelapan melanda kami di ALamanda..sib baik ada lilin kek besday..macam parti BBQ plakk..

Ada sambutan kek besday Gegirl & boBoy yang lahir bulan Feb & Mac..

Pembangunan di Putrajaya

 Semasa karnival WOW Putrajaya ada booth Perbadanan Putrajaya..kat dalam tu ada pelbagai model tentang pembangunan yang akan dibangunkan dan pelbagai buku-buku perancangan akan datang sebagai bahan rujukan...antaranya model institusi pendidikan..kalau tak silap model bangunan kat atas tu kolej kat Presint 5..bestkan dok tepi tasik..kalo masa study ngantuk leh la tengok view  yang comel tuu..
 Kebanyakan model ni semuanya ada pokok-pokok kat atas bumbung atau di setiap tingkat..menhijaukan bumi katakan..
 Tak diberitahu nama projek apa.

Apartmen mewah..sebelum nih pernah masukkan dalam blog tapi hanya gambaran pelukis ni dah jadi model..tak lama jadi la kan..mesti juta2 ..tak pun riban2..kat presint 5 jugak..

Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?

semakan semula gaji sbpa Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?
Agak berlainan dengan versi Cuepacs yang mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA pada 19 Mac 2012 ini setelah ditunda daripada tarikh 12 Mac 2012. Ada tarikh baru lagi?


Pada asalnya inilah butiran makluman yang diberikan oleh pihak Cuepacs :
  1. Pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA 2012 dilakukan di Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang bakal dianjurkan Cuepacs di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2012 ini
  2. Pengumuman melibatkan keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu semakan semula gaji SBPA (Skim Baru Penjawat Awam) 2012
  3. Cuepacs mahu menggesa sekurang-kurangnya 20,000 penjawat awam wajib hadir menyertai perhimpunan khas itu untuk menyuarakan tuntutan bersama berhubung isu SBPA
  4. Cuepacs mahu peluang kedua diberi kepada kakitangan awam untuk memilih opsyen melanjutkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun, walaupun tarikh penyerahan borang bagi tujuan itu berakhir 31 Disember lalu (antara tuntutan terbaru)
Sepatutnya semak dahulu dengan teliti barulah diumumkan dan tidak membuat semakan “asal ada”. Jangan dah umum, ada lagi semakan semula buat kali ……………………
Walaubagaimanapun, berita terbaru SBPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan semakan semula gaji SBPA 2012 hanya akan siap pada awal bulan April. Itu baru selesai semakan. Kalau baru siap semakan, pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA 2012 belum boleh diketahui lagi?

02 March 2012

~~MeNu hArI Ahad~~

Menu hari ahad lepas ..ada saudara ibu datang berkursus kat INSPEN dari kelate..tumpang sekejap sebelum pakcik driver datang jemput...menunya Gulai lemak ikan, sayur kailan bersama ikan tenggiri jeruk, ikan goreng dan paru masak merah..

Kenapa yea..

No comments yet.

Close this window
  Semalam lagi terperasan part komen2 ni macam bertukar kan..?...Apa2 sajalah asal leh komen kannn

Tonsil

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak.

Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah.

Radang tonsil seperti dalam gambar diatas biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas.

Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali.

Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.


Alahai shiann my Gegirl dah ada tanda2 tadi. batuk2 & suara dh garau dah huhu..2 bulan sekali..1 bulan sekali...#pengsan&pitam ibu nak coti ni..ni Ayahanda la yea handle sebab dok nak pi klinik kannn... =)

Lavienda Namiraz

Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli,27, selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lavienda Namiraz pada 26 Februari lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Kata penyanyi lagu Penantian ini, walaupun hasratnya untuk melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu secara normal tidak kesampaian dia bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
“Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan.
“Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Berkongsi pengalamannya ketika melahirkan anak sulung itu, Bienda berkata dia terpaksa menjalani pembedahan demi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerana leher bayinya terbelit tali pusat.
“Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin.
“Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.
“Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan,” katanya.
Bienda berkata, bayi tersebut baru sahaja pulang ke rumah pada Rabu kerana terpaksa ditahan selama empat hari.

Tonsilitis jangkitan pada tekak

ANDA mungkin pernah diberitahu doktor anak anda yang sakit tekak mengalami tonsilitis. Tonsilitis adalah jangkitan virus atau bakteria pada tonsil iaitu tisu lembut terletak di setiap belah di belakang tekak. Ia adalah jangkitan biasa pada kanak-kanak yang membuatkan tonsil membengkak dan sakit. Kebanyakan kes tonsilitis berpunca daripada jangkitan virus dan boleh dirawat di rumah dengan mengambil ubat sakit tekak. Tonsilitis yang disebabkan jangkitan bakteria agak jarang berlaku dan memerlukan antibiotik. Satu ketika dulu pembedahan membuang tonsil (tonsilektomi) sering dilakukan pada pesakit kanak-kanak yang kerap mengalami tonsilitis. Bagaimanapun, kini pembedahan hanya dilakukan jika rawatan lain tidak menunjukkan kesan. 

Apabila bakteria dan virus memasuki badan melalui hidung atau mulut, tonsil bertindak sebagai penapis manakala sel darah putih akan menyelaputi atau menelan bakteria atau virus untuk dimusnahkan. Ini akan menyebabkan sedikit jangkitan pada tonsil. Tonsilitis berlaku apabila jangkitan menjadi lebih serius dan tonsil membengkak serta alami keradangan. Seperti disebut di atas, kebanyakan tonsilitis berpunca daripada jangkitan virus, termasuk virus yang menyebabkan mononukleosis (virus Epstein-Barr). Jika disebabkan jangkitan bakteria, jenis yang biasa ditemui ialah Streptokoki kumpulan A. 
Gejala 
Antara amaran awal yang menandakan masalah ini disebabkan jangkitan bakteria streotokokal, termasuk kesakitan dan keradangan secara tiba-tiba, nodus limfa di tengkuk membengkak dan kurang kesesakan hidung. Jika tonsilitis disebabkan jangkitan bakteria, anak akan diberikan antibiotik. Bagaimanapun, oleh kerana kebanyakan kes disebabkan jangkitan virus, maka pesakit hanya memerlukan rehat dan penjagaan di rumah. 
Antara gejala tonsilitis ialah: 
* Tonsil bengkak dan merah 
* Ada tompokan putih pada tonsil 
* Sakit tekak 
* Sukar atau sakit untuk menelan 
* Sakit kepala 
* Demam dan menggigil 
* Nodus limfa (pada rahang dan tengkuk) membengkak 
* Hilang suara 
* Sakit perut 
Siapa yang berisiko mendapat tonsilitis? 
* Kanak-kanak (lebih kerap pada kanak-kanak sekolah) 
* Individu yang berhubung rapat dengan orang lain. Bakteria dan virus tonsilitis juga cepat merebak seperti virus selesema. Ia lebih cepat merebak di tempat yang ramai orang seperti sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak. 
Bila perlu mendapatkan nasihat doktor? 
Walaupun tonsilitis bukanlah masalah serius tetapi ada kalanya ia boleh menyebabkan komplikasi jika tidak dirawat. Oleh sebab itu anak perlu diperhatikan dan segera bawa berjumpa doktor jika mereka mengalami: 
* Sakit tekak melebihi 48 jam 
* Demam melebihi 39 darjah Celsius 
* Tidak boleh menelan kerana tonsilnya bengkak atau sakit 
* Sakit tekak diikuti sakit perut terutama jika anak muntah 
* Tengkuk menjadi tegang atau berasa lemah 
* Air liur meleleh 
Ujian dan pengesahan 
Doktor akan memeriksa tonsil dan belakang kerongkong untuk melihat tanda jangkitan seperti kemerahan atau nanah. Ujian ini, termasuk: 
* Calitan kerongkong - Ujian ini mudah dan doktor hanya perlu mencalit belakang kerongkong untuk mendapat sampel. Sampel kemudian akan dihantar ke makmal untuk ujian kehadiran bakteria streptokokal. Keputusan ujian boleh diperoleh dalam masa beberapa minit atau sehingga 48 jam; bergantung kepada kaedah digunakan. 
* Kiraan jumlah keseluruhan sel darah (CBC) - Dalam sesetengah kes, ujian darah boleh membantu mengesahkan punca jangkitan. Melalui CBC, sampel darah akan dihantar ke makmal untuk penilaian kehadiran sel darah putih yang tinggi atau sel tidak normal yang menandakan jangkitan. 
Komplikasi 
Apabila dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan. Ini akan menyebabkan apnea tidur (kerap terjaga ketika tidur) dan beberapa masalah kesihatan lain. Malah, jika tidak rawat tonsilitis juga boleh mengakibatkan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya (lelangit lembut). Nanah ini boleh merebak memasuki salur darah, ke leher atau dada; bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku. Sesetengah jenis bakteria Streptokokal menyebabkan tonsilitis mengakibatkan keradangan buah pinggang (nefritis) atau demam reumatik iaitu keadaan serius yang memberi kesan buruk kepada jantung, sendi, sistem saraf dan kulit. 
Rawatan 
Bagi tonsilitis disebabkan virus, tidak memerlukan rawatan khusus, sebaliknya banyakkan berehat di rumah. Ambil ubat sakit tekak (yang boleh dibeli di farmasi) untuk meredakan gejala. Antibiotik hanya diberikan bagi tonsilitis akibat jangkitan bakteria. 
Contoh ubat digunakan ialah penicilin (pil) yang perlu diambil selama sekurang-kurangnya 10 hari. Walaupun anak anda mungkin berasa lebih baik dalam masa beberapa hari tetapi dia masih perlu menghabiskan semua ubat. Menghentikan pengambilan ubat terlalu awal boleh mengakibatkan jangkitan berulang semula. Jika ujian streptokokal menunjukkan keputusan positif, anak perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 24 jam rawatan antibiotik sebelum kembali ke sekolah atau dihantar ke pusat jagaan harian. Jika dia sukar menelan, antibiotik akan diberi dalam bentuk suntikan. 
Walaupun kini pembedahan pembuangan tonsil bukan lagi menjadi pilihan tetapi ia masih dilakukan jika rawatan lain tidak berkesan. Biasanya pembedahan dilakukan pada kanak-kanak jika dia : 
* Mempunyai lebih daripada tiga episod tonsilitis setahun dalam tempoh tiga tahun 
* Jika ada nanah yang tidak hilang selepas mengambil antibiotik 
* Jika tonsil menjadi besar dan menghalang pernafasan 
Penjagaan di rumah 
* Ambil ubat sakit tekak dan banyakkan berehat di rumah. Pesakit akan pulih dalam masa satu hingga dua minggu. 
* Minum cecair suam seperti teh, sup atau bubur 
* Kumur dengan air garam suam 
* Ambil parasetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan demam dan kesakitan 
* Kerap basuh tangan untuk mengelakkan jangkitan 
* Tutup mulut dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk 
* Jangan berkongsi gelas atau peralatan makan 
* Jauhkan diri daripada individu yang sakit akibat tonsilitis

01 March 2012

Cahaya Malaika - Anak MAwi & Ekin

Akhirnya dapat gak tengok anak mawi hehehe

WWW atau DCC


30 April ni , JPJ akan buka tempahan untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang bermula dari WWW kepada orang ramai.  Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha , tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu
  • nombor bernilai utama : minimum RM10 ribu
  • nombor menarik  : minimun RM2 ribu
  • nombor popular : minimum RM300
  • nombor semasa : minimum RM300
Takat ni harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.
Bagi mereka yang berminat nak dapatkan nombor pendaftaran yg mereka minat , sila ikut produser yg ditetapkan oleh JPJ. 

 Nombor2 plat terkini ... i loike WWW 1810 atau DCC 1810 =)
Perak AHV2817
Selangor BLP4934
Pahang CCY4793
Kelantan DBY8420
Johor JNL355
Kedah KDD8409
Langkawi KV1637D
Labuan LD8467
Melaka MCD9445
N Sembilan NCQ4852
Pulau Pinang PKM1720
Kuching QAA6031A
Sri Aman QBB1751
K Samarahan QCC3203
Limbang QLA5806
Miri QMS5802
Kapit QP6723
Sarikei QRG3076
Sibu QSW912
Bintulu QTJ3930
Perlis RK142
Kota Kinabalu
SAB8254H
Beaufort SB4685B
Lahad Datu SD6273H
Kudat SK1573A
Sandakan SS588R
Tawau ST2673R
Keningau SU6240B
Terengganu TBF2235
Kuala Lumpur WWK694

 Boleh check kat website  JPJ 

Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta


Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta

KUALA LUMPUR – Kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang mendapat sambutan para penonton televisyen di Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura mendorong penerbitnya, Les’ Copaque Production bercadang menubuhkan sebuah taman tema karekter itu.
Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.
“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.
“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.
Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini.

WOW...bestnyaaaa...Amna mesti sukaaa..

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna