CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

17 February 2012

Selamat Hari Lahir buat adindaku...

Selamat Hari Lahir buat adindaku Ahmad Azwan..besday boy yang ke-20..hensom tak adik saya..hehehe..kecik2 dulu orang panggil Bosnia kat dia..maklumlah masa dia lahir tahun peperangan kat Bosnia Herzegovina.. dalam family kami couple besday boboy & gegirl dua org dlm bulan yg sama..ada Jan, Feb, Ogos, Sept, dan Oktober..8 beradik campur mak ngan bat sama 10 ahlinya..semoga P.Cik Wan menjadi insan yang berguna untuk Agama, bangsa, negara dan keluarga..terutama berbakti pada kepada mak dan Bat..jangan lupa sambung study tauu..dok praktikal bebaik..


14 February 2012

Besday GirL remaja Gold..2

Pagi hari ahad Amna dok berzikir nak makan esrem kat Alamanda..dan setiap kali balik transit nampak bas nadi putra..nak naik bas..tanya nak pergi mana..dia jawab nak balik umah tok bat..jauhhh dik oiii 9 jam...krammm vontot mak ...=)...so..selepas asar bersiap-siap nak ke Alamanda..dah tau ni mesti ayahanda nak celebrate bebeday ibu kannn...petang tu kami tunaikan impian anakanda nak naik bas...masa kat hentian c.Na call nak pergi Alamanda juga...kami tak boleh batlkan janji dengan Amna..so jumpa di sana...

 Peace yorrrrr..eppy dpt naik bas..usik dia..ms bas lalu depan umah..jom balik dah sampai..tak nak dia..kan nak pi alamanda..hahaha
 Ayahanda belanja kami kat pokcik Kenny...bestttt
 tengokk tuu..semangat peacee totap hadooo
 besday girl with gegirl comey =)

 peace nak kuar tuu
 Ayahanda punya..ayam, nasi, mac.chez & muffin
 Ibu punya..ayam, mac.chez, coleslow, corn & muffin..amik corn sebab amna sokaa..
  Puas hati yea..dapat gak esremm..esrem BR lagiiii

Bekpes spesel dari Ayahanda Amna

Pagi-pagi 12hb Feb 2012..ayahanda amna masak bekpes spesel..nasi goreng, pisang goreng & goreng kpok lekor dari kelate..terima kasih 4 my hubby...

13 February 2012

Besday GirL remaja Gold..1

 Sewaktu hampir masuk waktu zohor hari sabtu..ibu menerima panggilan dr c.Na supaya bersiap-siap nak ke Sogo..hah Sogo lagi..bersiaplah ibu dan amna sebab ayahanda tak mahu ikut..seperti biasa mahu naik mainan2 ini..peace yg tak berapa peace tu tak lekang mesti ada.. =)
 A.ngah amna belanja ..ibu ambil nasi bersama kuah asam pedas, ikan cencaru sumbat cili & tauhu, cendol tu c.na dan a.ngah yg habiskan..terasa santan tua ..=(
 Mereka berdua memang suka asam laksa..yg memang masam haha
 Wah! bebeday girl dapat suprise kek awal sehari..
 Choc Indulgence lah..terima kasih yea..balik makan ngan ayahanda kat rumah
 A.ngah punya perisa durian apakah namanya kek ni
Amna dok feeling2 kek dialah tu..makan tidaknya sebab durian hehe..peberet dia mestilah Nasi ayam..

Ais kacang..ais kacang

 Petang-petang dapat ais kacang merah sedap woooo...dalam plastik tu air kacang merah yg di kisar..campur bersama cendol, sagu, ais dan santan ..sedappnya sejuk-sejuk...memang kaw-kaw rasa kcang merahnya...rindu rasanya ..
coklat hadiah dari c.Nie..dapat dari abe jemang bagi bebeday c.Nie..so ada 3..c.Nie bagi Amna 1..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya ibu masih dapat melihat dunia hari ini khususnya..semoga ibu berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yg serba mencabar..terima kasih buat ayahanda dan amna yg sentiasa disisi..semoga kekal abadi..

11 February 2012

Menu tengahari 06 Feb 2012

Sekejap sahaja 7 hari berlalu...masa amat berharga jika berada di kampung..dikesempatan yg sempat ibu masak-masak buat keluarga..menu tengahari ini sebelum bertolak balik ke putrajaya..ada sayur lemak petola, sotong brown masak merah, ikan gelama masin, ikan kerisi & cermin goreng, budu bersama kacang botol, ikan bilis goreng bercili dan kailan ikan masin..agak meriah jugak dan air sirap laici..
Kids Chef yang rasa dulu..
Amat sukakan mug biru ni..amna cakap mug ni dia punya..sebenarnya mug c.na..nak buat macam mana dah dia suka..

Air sirap laici..laici tenggelam kat bawah

09 February 2012

TERKINI : Semak Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!!

Kepada kalangan pembaca yang terdiri daripada kakitangan awam ternanti-nanti berita terkini tentang perkembangan semakan sbpa gaji baru 2012, kami ada sertakan draf cadangan memaparkan formula gaji baru yang baru sahaja dikemukakan oleh Cuepacs. Semak lampirannya….. 
Kami perhatikan cadangan gaji yang dikemukakan tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan & peningkatan.

Kalaulah betul seperti ini..oklah kannnn...ada sedikit peningkatan

04 February 2012

B.B.Q

 Juadah bbq kami





Malam tadi kami adik beradik berbbq di halaman rumah..

03 February 2012

Bakso

Bakso..makan bakso ni kat hentian Gua Musang yang baru..makan semasa perjalanan balik ke Kelantan...pada malam hari wilayah..order bubur dan soto habis..nasib baik bakso ni supnya sedap..yang kreatif dan unik kat sini semua nama gerai bermula pangkal huruf A..seperti aufa, amar, amir, aisyah dan azhan..disamping itu ada kedai pizza MFC..tapi masihh belum beroperasi....

Skim 1Care For Malaysia : Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran? Setuju?

Khabar angin skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit

February 01, 2012
Logo gerakan #taknak1care — Sumber: laman Facebook #taknak1care
KUALA LUMPUR, 1 Feb - Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa  pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.
Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.
Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.
Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.
Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.
The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.
Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac
Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.
Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.
Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .
"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.
Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.
"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.
"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.
Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.
"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.
Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.
"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.
"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.
"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.
Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.
CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.
The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan.

Perodua Alza SR (Smart Ride)


Perodua akhirnya dah pun melancarkan varian terbaru bagi kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza SR (Smart Ride)  bagi versi mampu milik dengan harga yang lebih murah. Apa yang membezakan Perodua Alza ini berlainan dengan varian standard adalah :

Perbezaannya Perodua Alza SR (Smart Ride) VS Perodua Alza (varian Standard)

  • Warna : Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple
  • Tiada air bag
  • Tiada ABS
  • Tiada EBD
  • Tiada BA
  • Tiada butang audio di stereng
  • Di bahagian dashboard hanya satu tone sahaja
Selepas kami lihat perbezaan dengan model standard, betulkah ini versi Smart Ride atau ia sebenarnya adalah ” Safety Reduced”?

Harga Perodua Alza (SR) – Harga Atas Jalan (OTR)? 

  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50

01 February 2012

dah tak takut lagiii

video terkini kat One Utama

SELAMAT HARI WILAYAH

SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012

Perayaan Hari Wilayah Persekutuan disambut pada tarikh 1 Februari setiap tahun, bagi
memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah
Persekutuan dan sambutan pada tahun ini merupakan perayaan kali kelapan yang
menggabungkan ketiga‐tiga wilayah berkenaan sejak wujudnya Kementerian Wilayah
Persekutuan pada 27 Mac 2004.
Untuk Kuala Lumpur, ini merupakan sambutan yang ke 38.
Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah “Rakyat Bersatu
Wilayah Persekutuan Maju”.
Tema ini dipilih, selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana
Menteri, di mana untuk mencapai pembangunan yang utuh dan berterusan ia
memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu serta saling memahami di antara
setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Adalah diharapkan dengan penggunaan tema ini, mampu merangsang seluruh warga
Wilayah agar dapat seiringan dengan Kerajaan; bersama-sama memajukan dan
memakmurkan bumi Wilayah Persekutuan yang tercinta ini sebagai sebuah bandar
raya metropolis yang lestari untuk dihuni sepanjang masa.

A. KONSEP SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012

Penganjuran majlis sambutan akan berkonsepkan 1Malaysia, melibatkan pelbagai
peringkat warga ketiga-ketiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya serta
Labuan. Bagi memeriah dan memupuk jatidiri warga Wilayah Persekutuan,
penglibatan pelbagai jabatan/agensi Kerajaan, badan korporat, pihak swasta dan
NGO, parti politik, institusi pendidikan di seluruh Wilayah Persekutuan akan
digembelengkan sepenuhnya.
Pelbagai program dan acara sambutan telah dirancang sebagai satu inisiatif untuk
menceriakan lagi program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan bagi
menggerakkan penyertaan aktif komuniti setempat ke arah pemupukan semangat
perpaduan warga kota dalam menanamkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan.

B. PELANCARAN DAN FESTIVAL

Pada tahun ini, sebaik sahaja Majlis Pelancaran dan Perbarisan tamat, Festival Hari
Wilayah Persekutuan 2012 akan terus diadakan.
Festival akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari 2012.

***SELAMAT HARI WILAYAH KPD WARGA WILAYAH PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR DAN LABUAN***

1U - siri 2

"bondaku si ikan kaloi
Timbullah bonda
ooh timbullah tunjukkan diri
nasi melukut dengan sayur keladi
nasi melukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari"
ini bukan ikan kaloi..ini ikan kap daa...tempat yg wajib singgah kalo ke 1utama..

 semenjak skolah tadika ni ada perubahan..dah tak takut ikan kat sini..datang tahun lepas msh lagi takut nak dekat dgn ikan..sekarang siap bg roti yg dibawa ..(#oh pitam melihat kegebuan ibu disitu... #pitam sekali lagi)
 sedapp tak roti ni...
 Kolam sebelah ni byk ikan besar-besar
Jom kite cuci mata kat dalam plak..

1U

 Cuti2 hari minggu - hari sabtu kami ke 1 Utama..biasalah aktiviti org yg tak ada aktiviti hehhehe..ambil dari tingkat atas..kurang jelaskan..mai kita zoOm apa gambar tersebut..
zOom punya zOom nampak la sedikit.. itu dalam cengkerang tu Naga..sekeliling mcm pearl tu telur la kot..kata tahun naga mestilah ada naga kan temanya..
 ini gegirl yg semua nak naik menan2 kat sini..semenjak dua menjak dh besar ni
dialog: ibu & anak:
anak: ibu, nak naik keta
ibu: tadi kan dah naik..
anak: nak naik..nak naik
ibu: naiklah
anak: ibu ada duit..
ibu: tak adalah (saja nk mengusik)
anak: nak duittttt..(oklah sayang..rm1 se x naik)
 ni plak memang memaksa ibu dan ayah utk amik troly keta ni..
Sukakan berjaya dapat keta

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna