CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

25 January 2012

Riang Ria di Taman Botani eps. 1

 Citer di awal tahun ni..tak silap 2hb Januari 2012..sempena kehadiran pak cik din amna ke putrajaya...p.cik din ni baru balik dari Kota Kinabalu..Sabah bah..pi panjat gunung tuu..pi 25hb Dis 2011..balik 1hb Jan 2012..lama tu pi lain tahun..balik lain tahun heheeheh..kumpulan dia pi khatam Al-Quran kat puncak kinabalu..kawan2 dan ustaz2 dari Maahad Tahfiz Daril Naim...
 Petang tu ajak lepak2 king kat Botani..jumpa la si tramp ni..patot la pi tak pernah ada prkhidmatannya..rupanya tak bergerak..di rantai di galangi rindu kat sini

 Tak nak tengok henpon camera  la plakk..kalo nak tau belakang tu umah PM tauu

20 January 2012

:: CNY ::

Selamat Hari Raya ber Happy New Year buat kaum Cina yg akan menyambutnya pada 23hb-24hb Jan 2012, kita semua pon Happy dapat cuti2 selama 4 hari..nak balik kampung tak jadi minggu ni..so tunggu minggu seterusnya....

19 January 2012

Rahsia Solat ::

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

18 January 2012

:: WordLEsS WeDnesdAy ::

10 TANDA ANAK ANDA BIJAK

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-


1. Mengekalkan Maklumat

Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.

Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.

Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.


p/s – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya. & ciri2 diatas ada yg dimiliki oleh Amna ms 2thn lps - sekrg..Alhamdulillah..

17 January 2012

Komik Transformasi

Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu-Cikgu & Ibubapa Yang Dah 


komik najib 5 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?
Kalau sebelum ini komik “Transformasi Najib” ini boleh didapati di pasaran pada harga RM13.90 senaskhah termasuklah kedai buku utama seperti MPH Bookstore. Walaubagaimanapun, terdapat dakwaan terbaru yang mengatakan komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah.

Komik Transformasi Najib : Sudah 8 Kali Ulang Cetak

Ada kalangan ibubapa telah memperolehi “komik Najib” semasa menghadiri mesyuarat PIBG. Setakat ini dikatakan Komik Najib ini telah diulang cetak sebanyak 8 kali sejak mula diterbitkan pada tahun 2011. Adakah kerana komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah, menybabkan ia terpaksa diulang cetak sehingga beberapa kali?
Kalau diikutkan sebenarnya Komik Najib ini ada dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Nak tahu apa yang terkandung dalam komik Transformasi Najib ini yang mempunyai sebanyak 109 mukasurat?
Di bawah ini kami sertakan antara isi kandungan berserta gambar komik Transformasi Najib ini :

Komik Transformasi Najib : Rosmah Mansor Sebagai “Tulang Belakang”

komik najib 2 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?

Komik Transformasi Najib : Sila Sokong Kerajaan Bukannya Pembangkang

komik najib 3 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?

Komik Transformasi Najib : Ketika Detik-detik Pengunduran Tun Mahathir Sebagai Presiden UMNO Semasa Perhimpunan UMNO

komik najib 4 Komik Transformasi Najib Berada Di Sekolah Pula? Ada Cikgu Cikgu & Ibubapa Yang Dah Dapat?
P/S : Cikgu-cikgu ada yang dah dapat komik ini? Ada kalangan anak-anak anda di sekolah sudah menerima komik Transformasi Najib ini?

11 January 2012

Syukur Alhamdulillah..my geGirL Amna dah tak sedih2 lg bila nak tinggal pagi2 kat sekolah..minggu lepas mesti menangis sekejap..kalo dengar memang runtun lah jiwa raga ibu..rasa nk belajar sekali dlm kelas tuu..tp apakan daya tak boleh..selepas waktu belajar masa untuk ke transit naik van dan berada di sana amat disukainya..minggu ni pagi & petang beress..semalam lagi lah macam tak nak balik..nak dok umah ni..(transit)..turun tangga mcm bukit sikitt tu pon..nana nak tengok belakang(umah) dulu..aduhaiii anak ibu suka sangat yea dok situ..nanti ibu beli sebuah umah teres yea.. Amna dah dapat 6 buah buku latihan..nanti belajar rajin-rajin tau..buku yang ibu beli kat rumah pun kena buatlah ..dah lama ibu beli tauu..amna jer tak nak buat..mood belum datang yea..


Updates: walaupun mungkin lewat tp bagi kami adalah perubahan yg menggembirakan bila Amna dah pandai nak buang air sendiri kat tandas..sbl ni mmg nangis la dan semalam nak duduk atas mangkuk tandas..letak la pelapik utk budak punya..dh bertahun ibu beli baru nak guna..ada yg dh lama tak gunakan pampers tp anak dara kami beransur2 nak belajar ..apapun TAHNIAH ibu ucapkan kpd Amna..good Girl...

06 January 2012

Abu Ada Ayam - Malay Phonics Song


Amna suka sangat video ni..video terkini yg dia suruh ayahanda buka...ibu tak pernah tengok cuma dengar shj dan cari kat you tube jumpa..rupa2nya dlm vcd bacalah anakku..nanti thn depan amna jumpa..mesti terkejut sbb pernah tengok kann..buku2 bacalah anakku yg cik su & p.su lie ada tp cover versi lama...

03 January 2012

Hari pertama Amna ke Tadika Islam Muhammad Al Fateh (TAFIST)

Intan payung nan seorang nih..semangat nak pi sekolah..setiap hari lah dok sebut nak pi sekolah Tafist
Masa sampai tak ramai lagi yg umur 4 tahun..kira amna la yg first..tu pilih dok depan sbb dah niat kalo boleh biar dia dok depan senang cikgu nak pantau..cikgu Rahimah bagi mainan supaya tak boring..
Tengok kawan ramai tu amna tapi tak di hiraunya ..bukan nak pi bertegur sapa..mungkin perubahan tempat, suasana, cikgu & kawan2 menyebabkan amna tak dapat sesuaikan diri lagi..menangis meraung kalo ibu bangun..tak ambil cuti ingatkan dia ok..pastu dengar2 ada taklimat utk ibu bapa..alang2 dah mcm tu amik cuti kecemasan la jawabnya..ramai jgk yg menangis..lastly ibu bapa keluar dan cikgu tutup pintu..apalagi meraung lah kat dalam tu..
Kalau nangis mesti muntah lah si amna ni.dah salin baju kurung dah sbb muntah...tu ibu dok luarr tengok dari jauh sbl cikgu tutup pintu..kejap2 dia tgk..kita ada tak apa..memang aktif dia..cikgu tanya..ramai2 jawab dia pon..angkat tangan..tp kejap2 mata dok melilau cari ibu..nak buat mcm mana kalo tak tutup pintu nnti keluarlah budak2 tu..

Kat tepi tu twins..pernah jumpa masa kat kolam..tak sangka sekelas ngan amna
Masa makan..mulanya tak nak dia dok sendiri nak kita teman..lama tu blh tp kita ada kat depan..makan satu jer roti ngan air milo..
Suasana kat transit..lps kelas 11.15..makan & naik van ke transit presint 9 kat petronas..rumah teres 2 tingkat..bah. bawah utk boboi..kat atas gegirl..saja petang tu pi awal..sampai amna tidur & mcm dia tahu ibu sampai..dgr dia nangis..
Semangat tu dok makan nasi goreng sebelum balik..sbl makan baca doa dulu..ada beberapa suap lg dia tolak pinggan kat cikgu suh suapkan.. hari 1st solat zuhur berjemaah jerla..tak sempat asar sbb pi amik awal..kalo kat rumah dah tak kaco ibu solat sejak besar ni...dia plak bg arahan kat kita.." jgn kaco nana nak solat" ..jgn kaco ibu solat..hehe

Ala ala resepi Ibunda

Kali ini tentang resepi dari buah labu..dulu2 mak selalu buat..tapi tak sempat nak tanya resepi..pernah tengok & agak2 jerla asal menjadi kann..semangat nak buat..beli buah labu kat pasar..resepi ni asal dari Thailand dgn nama Sangkaya Fakthong, ada org panggil kastard labu & seri kaya labu..
Boleh ikut suka nak potong mcm mana posisi atas tu..saya pon ikut suka hehhe
Bersihkan segala biji2 labu..supaya senang nak letak karamel
Dah siap letak karamel..telur, susu cair & gula..tgk resepi lain diorg ltk santan, gula melaka
Dah settle leh kukus ikut kesesuaian besar kecik labu..labu bah. atas tu letak kat tepi..
Masak sudaaa..dah sejuk boleh potong2..
emmm..sedapppp

Sarapan pagi...tahun baru..1/1/2012


Domino's Pizza...Sempena malam tahun baru 2012




Hari Terakhir Amna kat Taska Sri Perdana

Hari Jumaat 30hb Disember 2011 hari terakhir Amna berada di taska yg pernah di huni hampir 3 tahun..mungkin ramai ibu bapa yg bercuti jd tak ramai yg ada hari tu..
Buat 'peace' atau. 1 Malaysia..hehehe
Bersama Cikgu Miza..terima kasih buat cikgu yg menjaga Amna sepanjang berada di taska

31 December 2011

30hb Disember 2011

Hari ni Amna last kat Taska Sri Perdana ...dok situ dari umur 3 bulan hingga 3 tahun 1 bulan..pagi tadi ibu goreng-goreng mee buat cikgu..ayahanda ada beli biskut ngan coklat cloud 9 buat kengkawan amna..hajat di hati nak belikan kek tapi plan tak menjadi huhu

30 December 2011

TADIKA ISLAM MUHAMMAD AL FATEH a.k.a AL FAAQIHIIN

Macam2 aksi..sessi men'try' baju skolah baru..almaklumlah kat Taska Sri Perdana tak ada pakaian seragam..ni aksi james bond ...007..

 Ala-ala menari inang ka zapin nih..
 Penat lah aksi2 berdiri..duduk la plak
 Kat luar rumah sambil menghirup angin sepoi2 bahasa..
Bag sekolah yg ni Google nanti amik yg betul ms nk pi skul..serupa tp x sama..amna punya warna purple..terjumpa plak kat uptown Damansara..sbl ni dok tgk pink sajokk..dah berbiji2 bag anakku..semua msh elok kat luar cuma kt dlm ada skit2 kesan koyak & ada nk putus talinya..ibu beli smoga Amna semakin bersemangat nak bersekolah, nak belajar, jumpa cikgu, kawan2 dan suasana yg baru...ibu doakan agar Amna Faqiha mendengar kata cikgu..belajar rajin2...menjadi insan cemerlang di dunia & akhirat..mnjadi kebanggan keluarga..sbl ni ikut mood nak solat nnti dh belajar Iqra', solat, kn makin rajin tauuu..sjk besar dah tak kacau ibu..dia plak yg bagitau kite .." jangan kaco nana nk solat" jgn kaco ibu solat" ..

29 December 2011

LESEN memandu automatik akan dilaksanakan di seluruh negara bermula pada bulan Mei depan selepas kurikulum memandu disemak semula, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata kurikulum memandu yang baru itu akan membolehkan pelajar kelas memandu untuk belajar memandu dan mengambil ujian dalam kereta transmisi automatik.

"Kementerian tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan lesen memandu kereta transmisi automatik untuk membolehkan pengendali sekolah memandu bersedia untuk transformasi ini. Kita perlu memberikan mereka masa mereka untuk menggantikan kereta transmisi manual dengan kereta transmisi automatik dan perubahan ini memerlukan kos yang tinggi," katanya kepada Bernama.

Beliau menyatakan walaupun lesen memandu transmisi automatik diperkenalkan, pelajar boleh memilih untuk belajar dan mengambil ujian sama ada secara pemandu kereta manual atau kereta transmisi automatik.

Datuk Rahim menjangkakan bahawa lebih ramai orang, terutama orang yang lebih tua, pelajar dan wanita, lebih suka memandu kereta dengan gear automatik kerana ia adalah lebih mudah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menyatakan bahawa orang-orang yang lulus ujian memandu kenderaan transmisi automatik tidak akan dibenarkan untuk memandu kereta dengan gear manual.

"Hanya orang-orang yang telah mengambil lesen transmisi manual akan dibenarkan untuk memandu kereta transmisi manual dan automatik," katanya kepada akhbar New Straits Times ketika dihubungi semalam.

Mengenai kurikulum memandu yang baru, Datuk Rahim berkata,"ia akan memberi tumpuan untuk membentuk pemandu kenderaan yang cekap dan berdisiplin untuk membantu mengurangkan kemalangan maut kerana faktor manusia adalah punca yang menyebabkan 60 hingga 70 peratus kemalangan. Sebelum ini, kurikulum pemanduan menekankan pemandu berkemahiran dan pengetahuan dalam kod lebuh raya, tetapi sekarang kita mahu melahirkan pemandu-pemandu yang bertimbang rasa."

Mengenai sistem demerit Kejara, beliau menyatakan bahawa tidak ada cadangan untuk menggantikan sistem kerana ia masih relevan dan digunakan di banyak negara.

Di bawah sistem itu, pemandu yang mendapat 15 mata demerit buat kali pertama akan memnyebabkan lesen mereka digantung selama enam bulan.

AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna