CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Besday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

^______^

02 February 2011

CUTI HARI WILAYAH

SELAMAT HARI WILAYAH....

19 January 2011

Thaipusam Day

Hari ini best sebab esok coti..& jumaat kerja & cotiii lagi hahahhha, best nyaaa...

Eppi Thaipusam Day kpd warga India yg menyambutnya esok..

18 January 2011

Hotel konsep ‘Kapal Nabi Nuh’

Cantikkk kan kawan2..

Arkitek Russia membina hotel terapung yang meniru konsep ‘kapal Nabi Nuh’ yang dinamakan “ The Ark“. Perancangan hotel ini dipersembahkan kepada umum pada Hari Isnin (10/1/2011) lalu, dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.
Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini boleh terapung di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang didesign berbentuk cengkerang ini juga boleh menyediakan oksigen bagi penghuninya sebab bahagian dalamnya ditanam pokok.
Hotel ini juga memiliki panel solar dan menampung air hujan yang akan memberikan tenaga dan air secara semulajadi. Bahagian dalam hotel dilengkapkan dengan tumbuh-tumbuhan yang selain memberi kualiti udara yang baik juga boleh menjadi sumber bahan sementara.
Bahagian luar hotel dibuat dari bahan yang transparen untuk memastikan cahaya cukup masuk ke dalam. Kawalan cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khas juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ke dalam.
Hotel ini dibangun oleh firma arsitek Remistudio Russia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, “Hotel ini dibangun untuk mendukung sistem kehidupan yang independen.”
Ia di atas permintaan untuk dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan alam sekitar yang ekstrem akibat dari aktiviti manusia yang merosakkan alam sekitar.
Untuk membangun sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, “Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiens dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam mengeluarkan oksigen. Bumbung yang transparen mebuat tanaman boleh mendapatkan cahaya yang cukup.”

BesEday C.Nie

Eppi Bebeday to U..amna cakap..Eppi Beseday buat c.Ni aka mak sedara amna..hari ni 18 Januari...smoga murah rezeki dapat markah tinggi nanti dpt posting kat semenanjung yea..pantai timur ker..dah hampir 4thn dok sebelah utara..praktikal pon kat sana...balik key bee jerlah c.Ni..boleh??
sempena bebedaY..c.Ni nak adiah ker..nanti amna bagi pezen yea minggu depan..o.klah c.Ni ..take care, see U ..muachh..muachh

11 January 2011

PESANAN BUAT SUAMI

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

IkEa oh IkeA



Ahad lepas kami ronda2 cari pasal kat IKEA...menghilangkan boring Amna ..iyo la tuuu..kannnnnnnnnn..
temankan c.Na & ayah ngah amna nak cari perabot..maklumlah nak masuk umah baru..kena barang2 baru hehehe..so, ibu pun apa lagi cari la barang2 perlu...Amna pon sokaa gedik2 tengok katil..siap 'landing' 2  tak nak bangun..main menan2 yg ada kat situ...

Kalo jalan2 tak sah la kalo tak menjamu selera kat cafe ikea tuu..Wajib..lepas makan kami pi umah c.na kat Puchong..

09 January 2011

Cinta Buta

Berjaya habiskan menonton slot Cerekarama semalam..kalo tidak separuh @ suku jalan saja...kelakar pon ada citer tu..hero lelaki si 'Ahmad Dhani' sebijik sama dengan member masa 'study' dulu namanya saiful..tengok2 last tu nama pelakon orang lain..& pastinya soka lagu tema nya..layanzzz

05 January 2011

~Dapat Hadiah Tahun Baru 2011~

 beskal ala2 amna dapat


Amna dpt cincin 'mickey mouse' dan yg bawah ibu punya
Amna nak yg ini tp besar la..


semua gambar2 adalah di Google...semalam kami bercanda di Alamanda....sebelum balik kami dinner kat Rasamas dulu...



04 January 2011

Emooooo.dgn bergaya...bukan Elmo song... ;-)

Menguji 'emo' sungguh Amna hari ini...tetiba tak mahu pergi Taska...sebelum ini elok & suka jer pi 'skolah', semalam baru pindah tempat dr 2bln-2thn ke kelas 3thn-4thn....semlm pun nangis masa ayahanda hantar..
pagi tadi boleh dia merengek..'tak nak' & menangis sesungguh hatinya..
tinggallah dengan C.Na...lepas tu tidur may B x puas tidur kot..slp tu mood nya elok..c.Na pi hantar ok plakkk..hari ni nak naik keta pi 'skolah' hehehhehhe

30 December 2010

TAHNIAH buat Harimau Malaya

Tahniah..& hipp Horeyyy dapat coti2 esok...terima kasih buat pasukan bolasepak malaysia yg menang semlm 4/2 dengan Indonesia..semangat betoi diorang main..nasib baik menang tuu dpt USD100.... tuu...setiap org nnti dpt RM10k tauuu malaysia nk bagi kalo menang..apa2 pun kita coti esok..

huhu sedihnya amna kat kampung nih..x dak aral ibu balik lg mlm ni..yiehaaaa...amna tunggu ibu tauu..mizz uuuu muachhhhh..itupon kalo jadi la...

pagi tadi masuk opiss kepala pusing kn pi.. audi dengar ceramah ..penceramah indon marii plop namanya sdh sedia maklum En Rezki Albertha dr Zaci Millenium..aduyaii..pasal Lotus Notes email nk tukar kpd Outlook X-press..via OWA apo ntahhh..microsoft exchange..la..apo2 pon wait & seeee..mcm2 ado..nk key-in data la bla..bla..bla..fokus..fokus jange dok fokus

24-28 Disember 2010

Coti...coti..coti lagiiii...ibu, ayah & amna balik ke kampung pd 24 Disember 2010 mlm sabtu hari jumaat hingga 28 Disember 2010 tp ibu tambah sehari lg semlm, kali ini balik sebab nak temankan bonda ibu kerana tok bat nak pergi hantar adik ibu aka pokcik P gelaran utk amna panggil ke Bota-Sri Iskandar, pokcik P dpt lanjutkan pelajaran di UiTM dlm Dip. Rekabentuk Dalaman..TAHNIAH..apa2 pun semangat nk blajar itu penting walaupun di mana kita berada..

Pada mulanya dia berbelah bahagi sbb dpt 2 tawaran satu lg di KKTM sambungan sijil dr kos Kejuruteraan Senibina yg dia ambil sbl ini..ibu harap pokcik P memilih peluang yg betul..

Perjalanan pulang t.bat dan adik2 dr perak, mereka lalu ikut Simpan Pulai ke Cameroon Highland dan melalui Lojing utk ke Gua Musang..t.bat kata lagi dekat utk ke kelate dr ikut Grik.. kat CH tok bat belikan ole2 tak sah kalo tak beli tea strawbery, buah limau ala2 sunkist tp besarr..& buah cinta..x rasa lagi sbb blom masak hmpir seminggu lg katanya..ini buah cinta yang di google:


 buah cinta ini x apa..jgn buah chentaa dot..dot...dot


 teh

 limau yg manis


20 December 2010

Buku Harian Rasmi 2011

Hari ini dapat Buku Harian Rasmi dan Planner 2011...terima kasih...
tema kaler tahun ini ala2..black gitew..tulisan silver..gambar x ada..smoga trus brsemangat utk bekerja d tahun 2011...

02 December 2010

SSPN

Sudahkah kawan2 semua mendaftar akaun SSPN utk anak2 anda?..jika belum msh belum terlewat...walaupun anda rasa tidak perlu @ tak penting apa salahnya kan hanya mndaftar utk masa hadapan anak2..mana tahu di masa hadapan kita perlukannya...kalau tak hanya sbg simpanan...
Hari ini terlaksana sudah niat untuk buka akaun SSPN amna..di bank M****NK..walaupon hati 'panas' sbb lama menanti prosesnya...tapi nasib baik staff bank itu mohon maaf sbb kelewatan itu ...untuk keterangan lbh lanjut blh lawat web SSPN

Maklumat Am:

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)  
adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan 
insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau 
Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan
rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran 
pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua 
pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Syarat Penyertaan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Hubungi Kami:
No. Telefon : 03-2080 4455
No. Faks      : 03 - 2098 6589
E-mel           : webmaster@ptptn.gov.my



























































01 December 2010

Mak Andam versi tahun 3000


RM...RM...RM

Syukur Alhamdulillah ..hari ini kami warga penjawat awam di berikan "bantuan kewangan" sebyk RM...., gunakanlah ia sebaik2nya...berbelanja ikut keperluan & berhemah..hehehe..adakah?????



dan ini kalo anda2 semua nak print jadual gaji tahun 2011 boleh la amik kat sini: jadual gaji 2011


17 November 2010

SALAM AIDILADHA


Selamat Hari Raya Aidiladha..........buat semua blogger2 dan semua umat Islam di dunia..


08 November 2010

Majlis Kenduri Kesyukuran Amna Faqiha sempena Hari Jadi yang ke 2 thn

Pada hari sabtu...6/11/2010....Ibu telah mengadakan satu majlis kenduri kesyukuran sempena dengan kelahiran Amna Faqiha yang ke 2....Alhamdulillah majlis telah berjalan  cukup meriah dgn di hadiri ...saudara mara, kawan2 lama dan sahabat handai satu tempat kerja.....
Amna bergambar kenangan dgn kek hari jadinya
Sesi upacara potong kek bermula
Selamat Hari Jadi yang ke 2 Anakku...
semoga panjang umur serta menjadi
anak yang Solehah
Cenderahati buat tetamu yang hadir
Antara lauk pauk yang Ibu sediakan untuk
 santapan para tetamu
Antara tetamu yang hadir......Terima Kasih
Amna bersama kawannya....Mikail
Amna bergambar dengan Ibu...sebelum tetamu datang
Amna bersama kasut koleksinya


AF

Ucapan Dan Kad Raya Buat Amna